Sunday, March 5, 2017

3 SEBAB ANDA PERLU HADIR KE BITARA CAMP

"Boleh jadi kita suka benci, meskipun perkara tersebut sebenarnya baik untuk kita. " PKPIM UIAM Gombak bakal menganjurkan Tamrin Jundi @ Asas atau Bitara Camp bagi ahli - ahli junior PKPIM. Ikuti warkah Presiden PKPIM UIAM dalam menjustifikasikan hujah kenapa perlu menyertai tamrin ini.

[ SERUAN KE TAMRIN JUNDI PKPIM UIAM GOMBAK] 1. Bismillahi 'r-rahmani 'r-rahim. Assalammualikum wbt. Segala pujian hanya kelada Allah tuhan sekalian alam. Salawat dan salam atas junjungan mulia baginda Rasulullah s.a.w, 2. Alhamdulillah dengan limpah dan kurnianya kita masih dapat bernafas dan menghirup udara segar pemberiannya, Adik- adik yang dikasihi sekalian, 3. InsyaAllah pada tangal 10 hingga 12 Mac 2017 akan datang, PKPIM-IIUM akan mengadakan satu kem yang diberi nama Kem Bitara. Kem Bitara ini adalah tamrin jundi yang akan menfokuskan adik- adik yang baru memasuki UIAM yang biasanya dijalankan setahun sekali, 4. Dalam mendepani era globalisasi dan kepesatan teknologi kini, begitu banyak cabaran dan dugaan kepada umat islam, serangan pemikiran kepada umat islam kini melahirkan banyak ajaran dan fahaman yang boleh membawa kecelaruan akidah. Peperangan ideologi dan intelektual kini kian membarah memberi pelbagai kesan negatif kepada individu muslim kini. 5. Selari dengan masalah ini maka kita mengadakan satu tamrin untuk mengingatkan kembali nilai- nilai sebagai seorang muslim dan daie disamping membawa gagasan mahasiswa bitara. Tamrin merupakan satu medium pengukuhan pemahaman. Dalam tamrin ini pelbagai perkongsian dan aktiviti yang menarik akan dijalankan untuk mengukuhkan pemahaman adik- adik. Wadah ini boleh digunakan sebaik mungkin kerana penceramah yg dijemput bukan calang- calang. Adik- adik yang dihormati sekalian, 6. Tamrin merupakan salah satu tuntutan jemaah yang seharusnya kita ikuti bersama selain daripada usrah dan muktamar. Dengan mengikuti tamrin ini selesailah salah satu tangungjawab adik- adik kepada jemaah. 7. Selain itu, tamrin juga merupakan satu medium untuk lebih mengenali dengan lebih mendalam sahabat- sahabat perjuangan, apabila kita bersama- sama keluar dalam satu tamrin, semangat daripada sahabat- sahabat kita akan dapat rasai selain lebih dekat mengenali semua. 10. Tamrin merupakan satu tahapan yang perlu dilalui oleh semua, salah satu tahapan tarbiyah yang sepatutnya kita semua rasai, amat rugilah jika tahapan ini tidak dirasai sepenuhnya oleh adik- adik, tamrin ini dijalankan bukan untuk kami tetapi untuk adik- adik semua, Adik- adik yang dirahmati Allah sekalian, 11. Saya mewakili Pimpinan PKPIM-IIUM menyeru adik- adik untuk sama- sama menggagahkan diri untuk hadir ke kem bitara ini, insyaAllah dengan penyertaan adik- adik akan ada hikmah, 12. Sebagai kata penutup suka untuk saya memetik surah Al Baqarah ayat 216 yang berbunyi, " ... tetapi boleh jadi kamu tidak menyenangi sesuatu, padahal itu baik bagimu, dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu, padahal itu tidak baik bagimu. Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui." 'Hidup Biar Berjasa' Sekian, salam tamrin. Mohammad Ridhwan Bin Rosli, Presiden, PKPIM-IIUM

P/S: Berminat untuk sertai? Hubungi nombor yang tertera di poster di bawah ini.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...