Thursday, June 3, 2010

PKPIM anjur perhimpunan sokong kerajaan Turki


Khamis 3 Jun 2010- Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) bersama-sama badan gabungan Union of NGOs of the Islamic World (UNIW) yang berpusat di Turki telah menganjurkan satu perhimpunan aman di hadapan kedutaan Turki bagi menyatakan sokongan terhadap usaha kerajaan Turki yang telah memimpin gerakan misi kemanusiaan Flotilla untuk rakyat Palestin di Gaza.

Perhimpunan aman yang telah dianjurkan kira-kira jam 10.30 pagi tersebut turut melibatkan Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM), Wadah Pencerdasan Ummah Malaysia (WADAH), Future Global Network (FGN), Persekutuan Pelajar Islam Asia Tenggara (PEPIAT), Global Peace Mission Malaysia (GPM) dan beberapa NGO Islam di Malaysia yang lain.

Dalam pada itu, perhimpunan ini dianjurkan bertujuan untuk menyatakan sokongan penuh keatas usaha kerajaan Turki khususnya dalam membela hak rakyat Palestin di Gaza di samping mengecam serangan yang dilakukan oleh regim Israel ke atas konvoi kapal bantuan kemanusiaan di perairan antarabangsa yang membawa bekalan perubatan, makanan, bahan binaan dan lain-lain keperluan asas menuju Gaza. Di samping itu, perhimpunan ini juga bertujuan untuk mendesak Israel membebaskan Penolong Setiausaha Agung UNIW Mubarak Mutawwa yang juga merupakan seorang pemimpin Islam dari Kuwait.

Perhimpunan yang berlangsung selama hampir dua jam itu dimulakan dengan ucapan dari beberapa pimpinan NGO yang hadir termasuk Perwakilan Global Peace Mission Malaysia (GPM), Tuan Haji Anuar Hasyim dan Presiden PKPIM saudara Muhammad Faisal Abdul Aziz. Dalam ucapan tersebut, kesemua NGO di Malaysia telah bersepakat mendokong penuh kerajaan Turki pimpinan Recep Tayyip Erdoğan yang telah membuat satu usaha yang berani yang harus dicontohi Negara-negara Islam lain khususnya dunia arab.

Dalam perhimpunan tersebut beberapa sepanduk bertulisan telah dinaikkan, antaranya termasuklah 'We support Erdogan’, 'Long Live Turkey!' dan 'Israel is Terrorist'.

Perhimpunan tersebut disusuli dengan satu perbincangan eksklusif perwakilan NGO Malaysia bersama duta besar Turki Barlas Ozener mengenai tindakan proaktif yang boleh diambil secara bersama untuk membela nasib rakyat Palestin.

Dalam perkembangan berkaitan, kesemua NGO yang hadir menyeru agar seluruh rakyat Malaysia untuk turun beramai-ramai ke perarakan besar-besaran yang dijadual akan berlagsung pada hari Jumaat ini dari Masjid Kampung Baru ke Kedutaan Amerika Syarikat.

Tuesday, June 1, 2010

PEPIAT Condemns Israeli Attack against International Humanitarian Aid Flotilla

MEDIA STATEMENT FOR IMMEDIATE RELEASE
South East Asia Muslim Students Federation (PEPIAT)
1st of June 2010

PEPIAT Condemns Israeli Attack against International Humanitarian Aid Flotilla

South East Asia Muslim Students Federation (PEPIAT) strongly condemns the brutal and fatal attack by the Israeli Defence Forces against an international humanitarian aid flotilla of ships (Freedom Flotilla) on international waters which were bringing much needed medical supplies, food, building materials and other necessities into Gaza.

This mission is a collaborative effort between Malaysian NGOs to join an international campaign to break the years of Israel siege on Gaza. They are working with several NGOs which is based in Cyprus, Turkey, Indonesia, and other NGOs from USA, Greece, France, Sweden, Germany, Italy, Venezuella and many other countries. This convoy has been led by an NGO from Turkey named Insani Yardim Vakfi (IHH).

According to the report, these international humanitarian aid flotilla of ships were attacked by Israeli Naval Forces that resulted in the killing of up to 16 people on board these ships and injury of dozens when troops intercepted the convoy of ships dubbed the Freedom Flotilla early on Monday.

In short, we opined that such attacks were totallly illegal, unjustified and disproportionate under international law as the ships intended to supply of 5,000 tons humanitarian resources from donations has been collected such as medicine, medical equipments, generators, food, money to bring relief to the people in Gaza. It is also a devastating and deplorable that the Israeli forces have attacked civilians on the flotilla.

In the name of humanity, we call on international citizens and Muslim community in particular to condemn such attacks by taking to the streets around the world to denounce Israel over its attack on the convoy of Gaza-bound aid ships. We urged all quarter’s particularly Muslim countries to constantly put pressure on Israel by voicing the matter out through international body and review their diplomatic relations with Israel government.

Muhammad Faisal Abdul Aziz
Secretary General
South East Asia Muslim Students Federation (PEPIAT)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...