Tuesday, March 25, 2014
Tragedi : 'Burung Besi' di Selatan Lautan Hindi
Hari ini, kesedihan menyelubungi seluruh rakyat Malaysia dan ahli keluarga penumpang dan anak kapal MH 370 apabila di isytiharkan oleh YB Perdana Menteri Malaysia, Dato' Seri Najib Tun Razak pada pukul sepuluh malam tadi, bahawasanya, kedudukan terakhir pesawat itu di kesan di selatan Lautan Hindi.
Pengisyhtiharan tersebut juga dibuat berikutan pengiraan yang dibuat oleh agensi yang berkaitan di UK bahawa objek yang dikesan oleh satelit milik kerajaan Australia, berkemungkinan besar adalah serpihan MH 370, menggunakan kaedah pengiraan manual kurun ke 19.
Sepanjang 18 hari pencarian yang melibatkan 26 buah negara, pelbagai spekulasi timbul berikutan punca sebenar penerbangan balik dilakukan selepas terbang di udara 120 batu nautika di timur perairan Kota Bharu, Kelantan.
Walau bagaimanapun, pihak yang bertanggungjawab bertegas agar masyarakat dan agensi-agensi yang terlibat tidak melakukan sebarang teori sehingga kotak hitam atau Flight Data Recorder di temui, bagi menghormati sensitiviti ahli keluarga penumpang dan anak kapal tersebut.
Pada hari ini juga, bendera kebangsaan, Jalur Gemilang, diturunkan separuh tiang menandakan seluruh rakyat Malaysia bersedih dan berkabung dengan tragedi menyayat hati ini.
Pesawat MH 370 dilaporkan hilang pada 8 Mac 2012 selepas hilang daripada radar pada jam 1.30 pagi.
Al Fatihah.
[Semoga pencarian kotak hitam dipermudahkan dalam masa berbaki 12 hari dari sekarang]
Saturday, March 15, 2014
Friday, March 14, 2014
Hamba dan Khalifah
Manusia diciptakan daripada tanah bukanlah ciptaan tanpa tujuan. Jika
robot diciptakan manusia untuk meringankan beban manusia,
maka manusia dicipta untuk beribadah kepada Allah S.W.T. Sebagaimana firmanNya dalam
surah Az-Zariyat, “Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan agar mereka beribadah kepada
Ku” (51:56). Apabila dikatakan tentang ibadah, kita sering memikirkan amalan ritual
,fardhu ain atau fardhu kifayah sahaja. Sedangkan setiap perlakuan seseorang itu jika diniatkan dengan niat
yang betul boleh menjadi ibadah.Rasulullah S.A.W pernah bersabda yang bermaksud,
“Sesungguhnya setiap perkara itu, bermula dengan niat….” (HR Bukhari& Muslim).Niat amatlah penting dalam amalan seseorang muslim itu.
Hal ini kerana apabila sesuatu amalan tidak disertai niat yang murni kerana Allah
Ta’ala, amat ditakuti sekiranya amalan-amalan tersebut umpama debu-debu yang
berterbangan, kosong tanpa pahala. Sebagai contoh, kita membeli barang-barang keperluan untuk anak-anak yatim,
maka pembelian kita itu dikira sebagai ibadah.
Sebagai seorang manusia yang
diciptakan dengan sebaik-baik kejadian, kita haruslah sedar bahawa tujuan manusia diciptakan oleh
Allah SWT adalah untuk menjalankan peranannya sebagai hamba Allah dan dalam masa yang
sama menjadi khalifah di muka bumi ini. Antara tugas khalifah ialah untuk memakmurkan alam dan mentadbir umat manusia supaya dapat menjadi umat
yang berakhlak, bertamadun dan berilmu.Segala petunjuk dan panduan untuk mentadbir alam ini telah diterangkan oleh
Allah dalam al-Qur’an malahan juga diterangkan oleh Rasulullah S.A.W pada zaman para
sahabat dahulu. Sebagaimana wahyu pertama yang diturunkan kepada baginda Rasulullah
“Iqra’!”,bacalah dengan nama Tuhanmu yang menciptakan. Ayat ini menunjukkan bahawa
Islam amat mementing ilmu. Maka setiap manusia haruslah berusaha untuk mencari ilmu dimana sahaja mereka berada. Ilmu ini jugalah
yang akan menjadikan manusia sebagai umat yang berilmu pengetahuan dan bertamadun.
Mendepani alam realiti kini, harapan agar umat Islam
menjadi khalifah yang merealisasikan ajaran Islam
dan melaksanakannya dalam semua aspek kehidupan seakan tidak terlaksana secara sepenuhnya.Hal
ini kerana pemikiran sebahagian kita yang telah dijajah oleh idealism-idealism
barat dan menyebabkan kita disempitkan kefahaman mengenai Islam
itu sendiri. Justeruitu, kita haruslah bersedia dari segi spiritual, intelektual, emosional dan fizikal bagi mendepani cabaran-cabaran
masa kini.
Subscribe to:
Posts (Atom)