Manusia diciptakan daripada tanah bukanlah ciptaan tanpa tujuan. Jika
robot diciptakan manusia untuk meringankan beban manusia,
maka manusia dicipta untuk beribadah kepada Allah S.W.T. Sebagaimana firmanNya dalam
surah Az-Zariyat, “Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan agar mereka beribadah kepada
Ku” (51:56). Apabila dikatakan tentang ibadah, kita sering memikirkan amalan ritual
,fardhu ain atau fardhu kifayah sahaja. Sedangkan setiap perlakuan seseorang itu jika diniatkan dengan niat
yang betul boleh menjadi ibadah.Rasulullah S.A.W pernah bersabda yang bermaksud,
“Sesungguhnya setiap perkara itu, bermula dengan niat….” (HR Bukhari& Muslim).Niat amatlah penting dalam amalan seseorang muslim itu.
Hal ini kerana apabila sesuatu amalan tidak disertai niat yang murni kerana Allah
Ta’ala, amat ditakuti sekiranya amalan-amalan tersebut umpama debu-debu yang
berterbangan, kosong tanpa pahala. Sebagai contoh, kita membeli barang-barang keperluan untuk anak-anak yatim,
maka pembelian kita itu dikira sebagai ibadah.
Sebagai seorang manusia yang
diciptakan dengan sebaik-baik kejadian, kita haruslah sedar bahawa tujuan manusia diciptakan oleh
Allah SWT adalah untuk menjalankan peranannya sebagai hamba Allah dan dalam masa yang
sama menjadi khalifah di muka bumi ini. Antara tugas khalifah ialah untuk memakmurkan alam dan mentadbir umat manusia supaya dapat menjadi umat
yang berakhlak, bertamadun dan berilmu.Segala petunjuk dan panduan untuk mentadbir alam ini telah diterangkan oleh
Allah dalam al-Qur’an malahan juga diterangkan oleh Rasulullah S.A.W pada zaman para
sahabat dahulu. Sebagaimana wahyu pertama yang diturunkan kepada baginda Rasulullah
“Iqra’!”,bacalah dengan nama Tuhanmu yang menciptakan. Ayat ini menunjukkan bahawa
Islam amat mementing ilmu. Maka setiap manusia haruslah berusaha untuk mencari ilmu dimana sahaja mereka berada. Ilmu ini jugalah
yang akan menjadikan manusia sebagai umat yang berilmu pengetahuan dan bertamadun.
Mendepani alam realiti kini, harapan agar umat Islam
menjadi khalifah yang merealisasikan ajaran Islam
dan melaksanakannya dalam semua aspek kehidupan seakan tidak terlaksana secara sepenuhnya.Hal
ini kerana pemikiran sebahagian kita yang telah dijajah oleh idealism-idealism
barat dan menyebabkan kita disempitkan kefahaman mengenai Islam
itu sendiri. Justeruitu, kita haruslah bersedia dari segi spiritual, intelektual, emosional dan fizikal bagi mendepani cabaran-cabaran
masa kini.
No comments:
Post a Comment