Saturday, June 25, 2011
Orang terakhir masuk syurga
Dalam kitab Sahih Muslim, dalam sebuah hadis riwayat Ibn Mas'ud terdapat sebuah kisah menarik tentang orang yang terakhir masuk syurga dan percakapannya dengan Allah Azza wa Jalla. Kisah ini membuat Rasulullah SAW tersenyum.
Sahabat Ibnu Mas'ud bercerita, " Sesungguhnya Rasulullah SAW bersabda, ' Orang yang terakhir sekali masuk syurga adalah seorang lelaki. Sekali dia berjalan bertatih-tatih. Sekali dia merangkak, dan sekali terkena jilatan api neraka.
Begitulah lelaki itu dapat melepasi neraka, dia menoleh melihat neraka dan berkata, " Maha suci Allah, Zat yang telah menyelamatkan aku darimu." Allah telah memberikan sesuatu yang belum pernah diberikan kepada orang terdahulu dan orang yang akan datang. Lalu, diangkat dan ditumbuhkan sepohon pokok untuknya.
Apabila melihat pokok itu, lelaki tersebut terus berkata, " Ya Rabbi! Wahai Tuhanku! Dekatkanlah diriku pada poko itu. Aku ingin berteduh dibawahnya dan meminum airnya."
Allah Azza Wa Jalla berfirman, 'Wahai Bani Adam! Jangan-jangan jika aku kabulkan kau akan meminta yang lainnya. Dengan cepat lelaki itu menjawab; "Tidak, Tuhanku!"
Lelaki itu pun berteduh di bawahnya dan meminum airnya. Kemudian diangkat dan ditumbuhkan lagi sepohon pokok yang lebih baik untuknya.
Apabila melihat pokok yang lebih baik, lelaki itu berkata, "Ya Rabbi, wahai Tuhanku! Dekatkanlah diriku pada pokok itu. Aku ingin berteduh di bawahnya dan meminum airnya. Aku tidak akan meminta yang lainnya."
Allah Azza Wa Jalla berfirman, ' Wahai Bani Adam! Bukankan tadi telah berjanji tidak akan meminta yang lain? Jangan-jangan jika aku dekatkan kau dengan pokok itu kau akan meminta yang lainnya.'
Lelaki itu berjanji kepada Tuhan bahawa dia tidak akan meminta yang lain. Tuhan pun memaafkan dan memakluminya kera Tuhan Maha Pengasih. Lalu, Tuhan mendekatkan lelaki itu pada pokok yang lebih baik.
Lelaki itu pun berteduh di bawahnya dan meminum airnya. Kemudian diangkat dan ditumbuhkan lagi sepohon pokok yang jauh lebih baik untuknya dari dua pokok sebelumnya.
Melihat pokok itu dekat dengan pintu syurga lelaki itu berkata, ' Ya Rabbi, wahai Tuhanku! Dekatkanlah aku pada pokok itu. Aku ingin berteduh dibawahnya dan meminum airnya. Aku tidak akan meminta yang lainnya.'
Allah Azza Wa Jalla berkata, " Wahai Bani Adam! Bukankah kau tadi telah berjanji tidak akan meminta yang lain lagi?"
Lelaki itu menjawab, " Benar! Tetapi kali ini aku benar-benar tidak akan meminta yang lainnya."
Tuhan pun memaafkan dan memaklumkan padanya. Kerana Tuhan Maha Pengasih, Dia pun mendekatkan lelaki itu pada pokok berhampiran pintu syurga.
Setelah berada berhampiran pokok itu. Lelaki itu mendengar suara kebahagiaan para penghuni syurga. Dia pun memohon kepada Tuhan, 'Ya Rabbi, wahai Tuhanku! Masukkanlah aku ke dalamnya.'
Allah Azza Wa Jalla berfirman, 'Wahai Bani Adam! Apakah yang mesti membuatku mendengarkanmu? Apakah kau mahu aku berikan dunia dan sekaliannya?'
Lelaki itu menjawab, "Tuhanku, adakah Engkau mengejekku? Padahal, Engkau adalah Tuhan Pemilik Semesta?"
Sampai di sini, Ibnu Mas'ud, sahabat Nabi yang meriwayatkan kisah ini, tersenyum dan berkata kepada orang-orang yang mendengar di sekelilingnya.
"Apakah kamu tidak ingin bertanya, mengapa aku tersenyum?"
Orang-orang itu lantas bertanya, "Mengapakah kau tersenyum?"
Ibn Mas'ud menjawab, "Beginilah Rasulullah SAW tersenyum."
"Rasulullah tersenyum kerana Allah, Tuhan seru sekalian alam, tersenyum ketika lelaki itu berkata, ' Adakah Engkau mengejekku? Padahal Engkau adalah Tuhan Pemilik alam semesta?" jawab Ibnu Mas'ud.
Lalu, Allah menjawab, "Aku tidak mengejekmu kamu. Tetapi Aku Maha Kuasa atas segala sesuatu."
Begitulah akhirnya, lelaki itu dimasukkan ke dalam syurga atas belas kasihan dan rahmat Allah SWT, setelah melalui proses yang amat panjang.
Meskipun merangkak, lelaki beriman yang terakhir masuk syurga itu jauh lebih beruntung daripada orang-orang yang tak beriman dan beragama Islam.
Orang-orang kafir kekal selamanya di dalam negara.
"Ya Allah! Masukkanlah kami, umat Nabimu Muhammad SAW ke dalam syurga-Mu, dan selamatkan kami dari api neraka.
*dipetik dari buku Ketika Cinta Berbuah Syurga karangan Habiburrahman El Shirazy
Monday, May 30, 2011
Kisah Nabi Muhammad dan Si Pengemis Buta
Di sudut pasar Madinah Al-Munawarah seorang pengemis Yahudi buta, hari demi hari apabila ada orang yang mendekatinya ia selalu berkata “Wahai saudaraku jangan dekati Muhammad, dia itu orang gila, dia itu pembohong, dia itu tukang sihir, apabila kalian mendekatinya kalian akan dipengaruhinya”. Setiap pagi Rasulullah SAW mendatanginya dengan membawa makanan, dan tanpa berkata sepatah kata pun Rasulullah SAW menyuapi makanan yang dibawanya kepada pengemis itu walaupun pengemis itu selalu berpesan agar tidak mendekati orang yang bernama Muhammad. Rasulullah SAW melakukannya setiap hari hingga menjelang Beliau SAW wafat. Setelah kewafatan
Rasulullah tidak ada lagi orang yang membawakan makanan setiap pagi kepada pengemis Yahudi buta itu. Suatu hari Abu Bakar r.a berkunjung ke rumah anaknya Aisyah r.ha. Beliau bertanya kepada anaknya, “anakku adakah sunnah kekasihku yang belum aku kerjakan”, Aisyah r.ha menjawab pertanyaan ayahnya, “Wahai ayahanda engkau adalah seorang ahli sunnah hampir tidak ada satu sunnah pun yang belum ayahanda lakukan kecuali satu sunnah saja”. “Apakah Itu?”, tanya Abu Bakar r.a. Setiap pagi Rasulullah SAW selalu pergi ke hujung pasar dengan membawakan makanan untuk seorang pengemis Yahudi buta yang berada di sana”, kata Aisyah r.ha.
Keesokan harinya Abu Bakar r.a. pergi ke pasar dengan membawa makanan untuk diberikannya kepada pengemis itu. Abu Bakar r.a mendatangi pengemis itu dan memberikan makanan itu kepada nya. Ketika Abu Bakar r.a. mulai menyuapinya, si pengemis marah sambil berteriak, “siapakah kamu ?”. Abu Bakar r.a menjawab, “aku orang yang biasa”. “Bukan !, engkau bukan orang yang biasa mendatangiku”, jawab si pengemis buta itu. Apabila ia datang kepadaku tidak susah tangan ini memegang dan tidak susah mulut ini mengunyah. Orang yang biasa mendatangiku itu selalu menyuapiku, tapi terlebih dahulu dihaluskannya makanan tersebut dengan mulutnya setelah itu ia berikan pada ku dengan mulutnya sendiri”, pengemis itu melanjutkan perkataannya. Abu Bakar r.a. tidak dapat menahan air matanya, ia menangis sambil berkata kepada pengemis itu, aku memang bukan orang yang biasa datang pada mu, aku adalah salah seorang dari sahabatnya, orang yang mulia itu telah tiada lagi. Ia adalah Muhammad Rasulullah SAW. Setelah pengemis itu mendengar cerita Abu Bakar r.a. ia pun menangis dan kemudian berkata, benarkah demikian?, selama ini aku selalu menghinanya, memfitnahnya, ia tidak pernah memarahiku sedikitpun, ia mendatangiku dengan membawa makanan setiap pagi, ia begitu mulia…. Pengemis Yahudi buta tersebut akhirnya bersyahadat di hadapan Abu Bakar r.a.
nota kaki : Keikhlasan itu penting dalam setiap perkara yang dilaksanakan walaupun pada mereka yang tidak menyukai kita . * Ayuh contohi sifat Rasulullah SAW *