Friday, June 13, 2008

Presiden UIAM dipecat


Presiden UIAM, YB Tan Sri Dato’ Seri Sanusi bin Junid akhirnya meninggalkan dunia UIAM pada 2 JUN 2008 yang lalu.


Beliau yang pada mulanya ingin mempertahankan jawatan Presiden UIAM walau bagaimanapun tidak kesampaian apabila dipecat daripada jawatan itu. Pelbagai spekulasi telah di buat akibat pemecatan beliau. Semuanya berkaitan dengan permainan politik!


Beliau telah dikatakan menggunakan kedudukannya sebagai ‘ada udang di sebalik batu’ yang mempunyai agenda politik tersendiri. Tambahan lagi, beliau adalah orang kanan Mahathir yang setia dan juga juru kempen kepada Mukhriz, anak Mahathir. Adakah pemecatan beliau di sebabkan itu???


Walau apapun sebabnya, kami mengucapkan jutaan terima kasih atas jasa yang dicurahkan sepanjang kepimpinan beliau di UIAM. Kepada Presiden baru, YB Tan Sri Mohd Sidek Hasan, kami mengucapkan selamat datang ke Taman Ilmu dan Budi. Semoga dengan kehadiran beliau, UIAM akan bertambah maju.


‘Hidup Biar Berjasa’

Mahasiswa Berakhlak Pembina Khayra Ummah

Wahai Mahasiswa Islam!


Era globalisasi yang kita tempuhi sekarang begitu mencabar. Tiupan angin globalisasi membawa 1001 ideologi yang mengganggu-gugat kesejahteraan umat Islam memerlukan sistem pertahanan diri yang kukuh padu lagi kebal. Individualism, hedonism, secularism, liberalism dan pelbagai jenis –ism ciptaan barat berlumba-lumba menyerang dan meracuni hati dan fikiran umat Islam. Hanya ‘ilmu dan displin akhlak yang tinggi berpaksikan ajaran Tawhid adalah penawarnya.

Apa reaksi kita sebagai mahasiswa Islam?

Sebagai mahasiswa Islam, perlulah kita berlumba-lumba menuntut ‘ilmu sebanyak yang mungkin dan memanfaatkanya untuk kemajuan tamadun Islam. Tidak lengkap diri seorang mahasiswa itu jika ber’ilmu, tetapi tidak ber’amal dengan ilmunya. Ilmu dan amal harus seiring dan ia terpancar melalui akhlak yang mulia. Justeru itu, Imam Ghazali pernah berkata:

“Bila amalannya berlainan dengan ilmunya, hilanglah wibawanya.”

Nah, kita semua sedang menggalas beban amanah yang maha besar. Amanah untuk mengembalikan dan membina semula Tamadun Khayra Ummah yang menjunjung keEsaan Allah Ta’ala. Ayuh kita semua berganding bahu, bersatu hati dalam merealisasikan cita-cita murni ini. Wallahu’alam.


IDEALISME-INTELEKTUALISME-AKTIVISME


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...