Friday, June 13, 2008

Mahasiswa Berakhlak Pembina Khayra Ummah

Wahai Mahasiswa Islam!


Era globalisasi yang kita tempuhi sekarang begitu mencabar. Tiupan angin globalisasi membawa 1001 ideologi yang mengganggu-gugat kesejahteraan umat Islam memerlukan sistem pertahanan diri yang kukuh padu lagi kebal. Individualism, hedonism, secularism, liberalism dan pelbagai jenis –ism ciptaan barat berlumba-lumba menyerang dan meracuni hati dan fikiran umat Islam. Hanya ‘ilmu dan displin akhlak yang tinggi berpaksikan ajaran Tawhid adalah penawarnya.

Apa reaksi kita sebagai mahasiswa Islam?

Sebagai mahasiswa Islam, perlulah kita berlumba-lumba menuntut ‘ilmu sebanyak yang mungkin dan memanfaatkanya untuk kemajuan tamadun Islam. Tidak lengkap diri seorang mahasiswa itu jika ber’ilmu, tetapi tidak ber’amal dengan ilmunya. Ilmu dan amal harus seiring dan ia terpancar melalui akhlak yang mulia. Justeru itu, Imam Ghazali pernah berkata:

“Bila amalannya berlainan dengan ilmunya, hilanglah wibawanya.”

Nah, kita semua sedang menggalas beban amanah yang maha besar. Amanah untuk mengembalikan dan membina semula Tamadun Khayra Ummah yang menjunjung keEsaan Allah Ta’ala. Ayuh kita semua berganding bahu, bersatu hati dalam merealisasikan cita-cita murni ini. Wallahu’alam.


IDEALISME-INTELEKTUALISME-AKTIVISME


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...