Palestin merupakan tempat yang penuh dengan keistimewaan dan begitu hampir dengan nadi umat Islam.
Walaupun begitu, bumi Palestin ini juga amat penting bagi dua agama samawi lain iaitu Kristian dan Yahudi. Bagi penganut Kristian, mereka percaya bahawasanya Nabi Isa A.S. akan dilahirkan disana untuk menjalankan misi kenabian baginda. Wilayah utama mereka adalah
Kemuncak kepada rentetan siri kekejaman Barat-Israel ialah peristiwa Al-Nakba. Peristiwa yang mencarik maruah agama Islam ini mana mungkin dapat dilupakan. Sedang pihak Israel berpesta kegembiraan meraikan kemenangan mereka mengalahkan tentera Arab pada 14 Mei 1948 di Palestin dan seterusnya menubuhkan Negara haram Israel, umat Islam di Palestin pula kekeringan air mata untuk meratapi nasib malang mereka. Almarhum Yasir Arafat telah menjadikan 15 Mei 1948 sebagai hari malapetaka (al-Nakba) buat warga Palestin dan umat Islam secara amnya. Pada tarikh tersebut, 800,000 penduduk Palestin telah dihalau dengan sungguh hina oleh ‘makhluk asing’ bernama regim Zionis. Bukan setakat di halau dan menjadi pelarian di tanah air sendiri, malah regim Zionis itu telah melancarkan pembersihan etnik dengan melakukan pembunuhan kejam secara sitematik ke atas warganegara sebenar Palestin. Misi mereka cuma satu, menghilangkan rakyat Palestin berbangsa Arab apatah lagi beragama Islam buat selama-lamanya diatas muka bumi ini. Setelah 60 tahun peristiwa itu berlaku, konflik Palestin-Israel tidak sedikitpun menunjukkan tanda-tanda untuk selesai. Rakyat Palestin terus menderita dengan kekejaman luar biasa regim Zionis. Angka kematian rakyat Palestin tidak terkira banyaknya dan terus-terusan meningkat saban hari.
Bagi memperingati peristiwa malang tersebut, saban tahun umat Islam dari seluruh dunia mengadakan pelbagai aktiviti sebagai usaha untuk membebaskan bumi Palestin dari cengkaman ‘makhluk asing’ yang tidak berperikemanusiaan itu.
Menurut Sdr. Aminudin bin Ramli selaku pengerusi demonstrasi tersebut, demonstrasi yang dihadiri oleh lebih seratus orang itu adalah bertujuan untuk memperingati dan memberi kesedaran kepada umat Islam
Peristiwa Al-Nakba ini sepatutnya mampu membuka mata setiap orang Islam betapa pentingnya seluruh umat Islam dari pelbagai ceruk benua bersatu di bawah satu panji Islam yang tulen. Tulen lagi suci dari pelbagai ideologi politik kotor dan semangat nasionalism ciptaan barat yang hanya memecah-belahkan umat Islam. Seharusnya kita sebagai umat Islam mampu mengalahkan musuh-musuh Islam dan menjadikan dunia ini aman kerana Islam itu ertinya keamanan. Tetapi, ia mungkin satu utopia selagi mana umat Islam yang terdiri lebih dari 1/3 billion penduduk bumi ini tidak bersatu.
Justeru itu, adalah penting bagi ketua-ketua dari seluruh Negara Islam mengambil langkah dan pendekatan baru yang boleh menyatu-padukan seluruh umat Islam naungan mereka dengan memberi suntikan nilai spiritual Islam yang tinggi. Kerjasama dari badan-badan bukan kerajaan dan individu juga tidak dinafikan kepentingannya. Masing-masing memainkan peranan yang tersendiri dan saling bantu-membantu bagi melaksanakan misi mengembalikan maruah dan kegemilangan Islam di mata dunia. Organization of Islamic Conference (OIC) perlu memainkan peranannya dengan lebih efektif dan tegas dan bukannya sekadar ‘OOO…I SEE!’ Dalam konteks isu Palestin, OIC harus menyatakan pendiriannya dengan jelas, bukan senyap seribu bahasa tidak peduli. Jika ini tidak berlaku, OIC perlukan anjakan paradigma atau lebih ekstrim, dibubarkan sahaja. Sebagai alternatif, tubuhkan satu organisasi Islam dengan suntikan semangat baru yang terdiri daripada pemimpin-pemimpin Islam seluruh dunia yang berjiwa jihad Hasan al-Banna- ikon pejuang Islam di bumi Palestin. Boleh jadi, OIC bertukar kepada United Muslims (UMs). Kalau ada United Nations (UNs), maka UMs tidak akan kedengaran canggong. Barangkali itu cuma cetusan idea yang mungkin berguna pada masa hadapan.
Kesimpulannya, ketuanan dan kemuliaan Islam harus dipertahankan. Tidak kira kita dimana, Islam harus dijunjung. Bak kata pepatah yang telah diadun semula, ‘di mana bumi di pijak, di situ Islam dijunjung’. Adapun begitu, senjata yang paling ampuh untuk berhadapan dengan musuh-musuh Islam adalah ‘kuasa satu’.
WAHAI SEMUA KAUM MUSLIMIN, BERSATU!
‘Perjuangan Islam adalah Nyawa Setiap Muslimin, Selagi Bernyawa Selagi itulah Perjuangan Harus diteruskan’
2 comments:
Hi There I'd like to congratulate you for such a terrific quality site!
I was sure this is a nice way to introduce myself!
Sincerely,
Laurence Todd
if you're ever bored check out my site!
[url=http://www.partyopedia.com/wedding-party-supplies.html]wedding Party Supplies[/url].
Hello. My wife and I bought our house about 6 months ago. It was a foreclosure and we were able to get a great deal on it. We also took advantage of the 8K tax credit so that definitely helped. We did an extensive remodeling job and now I want to refinance to cut the term to a 20 or 15 year loan. Does anyone know any good sites for mortgage information? Thanks!
Mike
Post a Comment