Kuala Lumpur,7 Mac (Sabtu)- kemuncak Gerakan Mansuhkan Ppsmi (GMP) yang ditunggu-tunggu menyaksikan ribuAN rakyat berhimpun dengan perasaan yang sugguh dukacita apabila Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) mengambil pendekatan berlambat-lambat dalam memutuskan keputusan dasar ppsmi yang sudah terbukti gagal.
Gelombang GMP diketuai oleh Datuk Dr. Hassan Ahmad, mantan Ketua Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka. GMP didokongi oleh individu persendirian, beberapa badan bukan kerajaan (NGO), dan parti politik. PKPIM mewakili suara keseluruhan mahasiswa bagi menentang dasar yang bakal menghancurkan bangsa, agama, dan Negara pada masa jangka panjang.
Setelah beberapa minggu berkempen dengan mengadakan ceramah, forum dan debat di beberapa negeri dan univeristi di
Rakyat mula membanjiri di Masjid Negara, Kompleks Beli-belah SOGO dan Pasar Seni seawal pagi kerana perarakan dijangka bermula pada jam 2 petang. Di Masjid Negara, suasana cukup membakar semangat walau hujan turun renyai-renyai. Laungan anti-ppsmi kedengaran tanpa henti dan bersambut-sambutan.
GMP dibenarkan berhimpun tetapi tidak dibenarkan berarak ke Istana Negara bagi menghantar memorandum bantahan dasar itu kepada Yang di-Pertuan Agong. Namun, semangat juang GMP dan rakyat jelata tidak mempedulikan segala bentuk halangan. Mereka terus melangkah demi kemaslahatan generasi akan datang.
Jalan raya menuju ke Istana Negara dihempas dengan ombak rakyat. Mereka mengiringi wakil-wakil GMP terutamnya
Turut sama berarak ialah Sasterawan Negara, Datuk A.Samad Ismail yang berbaju melayu warna merah jambu dan bersamping. PKPIM begitu terharu dengan semangat yang ditunjukkan beliau. Walau sudah lanjut usia, tetapi semangat beliau ibarat pahlwan muda yang jarang-jarang ditemui di kalangan anak-anak muda hari ini.
Perarakan yang bermula aman menjadi kacau apabila pihak polis dan FRU mula melancarkan serangan pemedih mata bagi meleraikan orang ramai. Orang ramai bertempiran lari bagi mengelak serangan itu. PKPIM begitu kecewa dan membantah sekeras-kerasnya tindakan agresif pihak polis yang telah membahayakan sasterawan ulung Negara, Pak Samad dan orang ramai.
Setelah lebih 2 jam, rakyat akur dan berpatah kembali ke Masjid Negara. Tidak beberapa lama kemudian, PKPIM mengusung keranda 152 yang menjadi simbolik matinya bahasa melayu sebagai bahasa kebangsaan di
Peristiwa Keranda 152 ini pernah berlaku pada tahun 1967 apabila kerajaan pada waktu itu yang dipimpin oleh Perdana Menteri pertama, Tunku Abdul Rahman memperkenalkan undang-undang bahasa kebangsaaan 1967. undang-undang ini ditentang oleh pelbagai pihak kerana mereka berpendirian “ penerusan penggunaan bahasa Inggeris sebagai bahasa rasmi
Masjid Negara mula lengang dari orang ramai sekitar jam 6 petang. Pihak PKPIM dan GMP keseluruhannya berharap KPM akan membuat keputusan secepat mungkin bagi memansuhkan dasar ppsmi ini. Kami berpendapat, jika KPM dan kerajaan mahu terus relevan di mata masyarakat, adalah baik jika ppsmi ini dimansuhkan dan mengembalikan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar sains dan matematik. Antara lain, kami menuntut supaya kerajaan:
1. mendaulatkan Bahasa Kebangsaan,
2. selamatkan bahasa Ibunda dan
3. tingkatkan Pengajaran bahasa Inggeris di sekolah-sekolah.
Faridah bt. Mohd Tap
Aktivis PKPIM & GMP.
Cinta Pejuang (kepada bahasa ibunda)
(1)
Kata katakanlah ada dunia
Juga pada generasi yang akan tiba
Akan duka hati yang memerah cinta
Tiada dapat dianjak dialih hala
Nanti
Sebab dosa yang lahir dari noda.
Janganlah ditangisi bukan nasib kerana celaka
Tuah dan Jebat matinya tiada meniggal baka
Apa yang hendak dimenungkan tak patut bermenung
Belati di tangan terlepas jatuh berganti anggur
Sumpah yang tekad janji dan ikrar berderai hancur
Hati yang pucat, jiwa yang sesat biar terkubur.
Kalaupun mati putih tulang mata terbuka
Kempunankan cinta sebab bisa racun dan tuba
Darah dan nanah berpadu mesra dan membusuk cinta
Tujuh keturunan disumpah seranah mengutuk sesal
Kerana jahil untuk beri tiada dikwal
Jiwa yang kosong budi dan diri kawan sebantal.
(2)
Jiak cinta membakar pada hasrat yang murni
Peduli apa pada umpat dan keji
Cabar dan galang sudah permainan anak pejuang
Untuk ibunda cinta kita tak pernah renggang
Hasrat yang satu tak kunjung padam marak menyala
Tabah dan cekal jadikan tangkal doa setia.
Sekali dalam dada bergegar hasrat tercinta
Padukan tenaga seluruh baka gerak raksasa
Padat dan semrak bersama gerak “Bahsa Jiwa Bangsa”
Terus subur limpah kurnia di tanah pusaka
SEKALI MERDEKA-TETAP BERJAYA.
Mokhtar Yasin
Melaka
28 Februari 1967.
No comments:
Post a Comment