Saturday, January 23, 2010


PILIHAN RAYA KAMPUS 2010 HAMBAR DAN MEMALUKAN


Alhamdulillah, Pilihan Raya Kampus (PRK) UIAM telah sempurna berlangsung pada hari Khamis, bersamaan 21 Januari yang lepas. Dari pemerhatian penulis, PRK tahun ini agak hambar jika dibandingkan dengan tahun-tahun sebelum ini.

Bermula dengan proses penamaan calon pada 14 Januari hinggalah ke hari pengumuman pemenang pada 21 Januari lepas, semuanya hambar dan lesu. Selain itu, calon-calon juga tidak dibenarkan memberikan 'hadiah' semasa berkempen. Ini pada pendapat penulis merupakan suatu momentum yang bagus. Kita mahukan pengundi-pengundi menilai calon daripada manifesto perjuangan dan kewibawaan mereka, bukannya 'hadiah' yang berlebih-lebihan.

Di UIAM Gombak, terdapat 2 kuliyyah diumum menang tanpa bertanding. Paling mengejutkan, kuliyah Undang-undang yang dikenali sebagai 'kerusi paling panas'. Hanya terdapat 2 calon sahaja yang menghantar borang, dan langsung diumum menang tanpa bertanding. Kuliyyah Seni Bina dan Alam sekitar juga diumum sebagai menang tanpa bertanding. Turut menang tanpa bertanding ialah calon kerusi pelajar internasional. Manakala, di UIAM Kuantan, majoritinya menang tanpa bertanding.

POLITIK FITNAH YANG MENCACATKAN PRK UIAM

Ada satu persamaan antara PRK kali ini dengan PRK-PRK sebelum ini iaitu politik fitnah dan politik label-melabel. Jika sebelum ini 'Teropong' tersebar, pada PRK kali ini, sejumlah besar artikel fitnah tersebar di Kuliyyah Ekonomi yang melabel-label calon PKPIM UIAM sebagai wakil 'Aspirasi' tersebar semasa hari mengundi. Kejadian ini sungguh memalukan.


Inilah artikel fitnah yang tersebar di kuliyyah Ekonomi

Umum mengetahui, 'Aspirasi' dikaitkan dengan Pro-Kerajaan, manakala Pro-Mahasiswa dikaitkan dengan Pembangkang. Dikotomi politik sebegini telah membutakan mata warga kampus UIAM kepada suara ketiga yang non-partisan iaitu PKPIM.

Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia atau akronimnya dikenali sebagai PKPIM merupakan sebuah gerakan pelajar Islam yang bersifat kebangsaan (tapi bukan asabiyyah sempit) dan menjadikan non-partisan sebagai orientasi perjuangannya.

PKPIM komited dengan perjuangannya untuk melahirkan barisan generasi muda yang dinamik dan berketerampilan selain menjadikan ilmu sebagai tenaga penerus momentum untuk membina generasi pemimpin muda yang bakal menerajui negara di masa hadapan.

PRK yang berlangsung baru-baru ini membuktikan perjuangan PKPIM masih lagi panjang. Politik fitnah yang mencalar kewibawaan dan integriti generasi mahasiswa yang berlaku beberapa tahun kebelakangan ini sungguh memalukan. Virus ini jika tidak dihentikan, akan menjahanamkan negara pada masa hadapan. Yang akan sengsara, generasi terkemudian.

Disini, PKPIM UIAM ingin membuat penafian sekeras-kerasnya bahawa AZHARUL AMIN BIN AHMAD NAZARUDIN, calon kerusi Kuliyyah Ekonomi BUKAN CALON ASPIRASI seperti yang didakwa didalam artikel fitnah yang dilakukan oleh mereka yang tidak bertanggungjwab.




Kami juga menggesa, kepada mereka yang menyebarkan artikel tersebut supaya bertanggungjawab dengan bersemuka dengan kami. Sesungguhnya, fitnah itu dosanya lebih besar daripada membunuh. PKPIM UIAM tidak akan tunduk dengan permainan politik kotor ini. Semoga kita semua tergolong dalam orang-orang yang senantiasa bertaubat.

Akhirnya, TAHNIAH kepada semua pemenang, dan kami mengharapkan kepimpinan SRC kali ini menjalankan tanggungjawab dengan seadilnya kepada semua warga pelajar UIAM. Wallahu'alam.

Azharul (berbaju melayu) bersama-sama dengan jentera kempennya


Azharul sedang berkempen di hari terakhir sebelum hari mengundi pada 21 Januari




Laporan oleh,

Faridah Mohd Tap
23 Januari 2010

1 comment:

Siti Raudhah Binti Mawardi said...

Assalamualaikum w.b.t...
saya bersetuju dengan pandangan fa. Agak menyedihkan bila melihat PRK setiap tahun di hujani dengan fitnah. Di saat umat Islam sedang bergelut dengan perjuangan dalam menentang kekafiran 'bantahan penggunaan kalimah Allah dalam penerbitan katholik', masih ada dikalangan umat Islam sendiri yang saling bertikah semata-mata untuk membuktikan diri mereka adalah betul. Malah memfitnah saudara seIslam sendiri hanya kerana ingin mendapat tempat di mata orang. Tidakkah boleh kita sekadar menonjolkan diri kita tanpa memburuk-burukkan pihak lain? jika org lain salah, Rasulullah sudah menunjukkan jln bgaimana utk menegur dn memberi nasihat dan sudahkah dikemukan bukti2 yg menunjukkan pihak lain adlh salah?? Sedar lah...memfitnah itu adlh perbuatan yg sgt keji dan dibenci Allah.
Wallahu'alam.......

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...