Kementerian Pelajaran akan menggunakan sistem pendidikan vokasional Finland dalam memantapkan sistem pendidikan vokasional di 68 buah Sekolah Menengah Vokasional seluruh negara ini, termasuklah memperkenalkan kursus baru bagi memenuhi keperluan semasa.
Timbalan Menteri Pelajaran, Dr Mohd Puad Zarkashi, berkata langkah itu diambil berikutan Finland bukan sahaja terkenal dengan sistem pendidikan vokasional bertaraf global yang berjaya mengeluarkan pekerja mahir, malah sistem pendidikannya diakui sebagai yang terbaik di dunia.
Finland adalah antara negara dalam Kesatuan Eropah yang sederhana besarnya dengan keluasan 338.000 kilometer persegi dan dengan penduduk 5.25 juta orang. Sebanyak 92 peratus penduduknya bertutur dalam bahasa rasmi negara itu iaitu Finnish, manakala selebihnya menggunakan bahasa Swedish sebagai bahasa rasmi.
Walaupun negara ini relatif kecil, Finland ialah pusat dan pejabat pembangunan teknologi Nokia- bersama-sama dengan 800 syarikat teknologi tinggi lain. Sebahagian kecanggihan dan kepakaran teknologi Finaland melimpah ke negara jirannya, Rusia. Finland terletak tidak jauh dari lingkaran Kutub Utara, dianggap sebagai satu daripada tiga negara yang paling kompetitif di dunia.
Kerajaan Finalnd melakukan banyak perkara bagi pembangunan pelajar-pelajarnya. Pelajar-pelajarnya sentiasa sibuk mengikuti dan melaksanakan program pendidikan. Namun, pada masa yang sama, tidak ada peperiksaan kebangsaan atau ujian akhir tahun. yang ada hanyalah penilaian yang beterusan, -iaitu gabungan antara ujian bulanan dan penilaian guru.
Sistem pendidikan Finland adalah sistem pendidikan percuma. pendidikan wajib selama sembilan tahun bermula pada usia tujuh tahun. Makanan diberikan secara percuma kepada pelajar-pelajar sekolah rendah dan menengah. Setelah tamat sekolah rendah, terdapat pilihan sama ada ke sekolah aliran vokasional atau aliran akademik.
Murid-murid di Finland menikmati sejumlah hak sosial, seperti penjagaan kesihatan dan makanan percuma pada waktu persekolahan, meliputi sekitar satu pertiga dari keperluan nutrisi harian mereka.
Selain itu, pelajar berhak menerima bantuan buku dan bahan pembelajaran percuma. Bagi yang tinggal berjauhan dan sukar ke sekolah, mereka diberi bantuan perjalanan. Pendekatan terhadap pendidikan umum di Finland juga berbeza yang mana hanya ada satu peperiksaan awam iaitu pada peringkat akhir menengah atas yang dinamakan Matriculation Examination.
Ibu bapa juga boleh mengikuti perkembangan anak secara "online" manakala pihak sekolah akan menyediakan pengkalan data yang lengkap tentang murid untuk disemak oleh ibu bapa. Dari segi pengurusan disiplin pelajar, tidak akan ada pelajar yang akan dibuang sekolah. Penekanannya ialah kepada "penyelesaian hingga ke akar-umbi" jika timbul sebarang masalah disiplin pelajar. Selain itu, hanya 15 peratus permohonan untuk menjadi guru yang diterima. hanya yang mempunyai ijazah peringkat Master diterima menjadi guru. Secara berterusan, guru-guru dihantar berkursus pada waktu cuti panjang bagi mempertingkatkan pengetahuan dan kemahiran mereka.
Sistem pendidikan Finaland berfokus pada keperluan pelajar dan menolak sistem pengasingan pelajar mengikut kebolehan. Dengan demikian, akan mengurangkan jurang pendidikan antara "yang berada" dan "tidak berada" dan mempertingkatkan tahap pestasi pencapaian pelajar dan orang dewasa secara menyeluruh.
Jika kita perhatikan ia sangat berbeza dengan sistem pendidikan negara kita dan perbezaan yang paling ketara ialah pendidikan di Finland tidak terlalu tertumpu kepada peperiksaan tetapi lebih bersifat menjadikan pelajar mampu berfikir dan berdikari.
Pidato Expresive Corner disampaikan oleh Abdussalam
Presiden BEDSA UIAM
No comments:
Post a Comment