Menurut satu sumber yang tidak dapat dipastikan kesahihannya menyebut tentang kenyataan Rektor yang cukup berlawanan dengan versi karektor di dalam isu ini seperti yang dilaporkan sebelum ini.
Menurut sumber tersebut, Rektor dikatakan telah mengeluarkan kenyataan bahawa beliau tidak akan mengesahkan cadangan cabinet MPP UIAM yang dicadangkan kepada beliau hasil daripada permesyuaratan pimpinan pilihan mahasiswa UIAm di dalam PRK 06 yang lepas. Beliau menambah, sekiranya disahkan sekalipun, beliau akan melambat-lambatkan proses pengesahan tersebut.
11 comments:
Can you make an English version of the site. I'm not understanding anything about the website or your organization.
terima kasih di atas komentar. momentum telah pun mengambil kira langkah-langakah di dalam usaha ini. di sebalik penampalan notis-notis kecil (yang saudara kira sebagai zalim terhadap makcik-makcik cleaner), momentum sudah pun menyerahkan surat bantahan rasmi kepada pihak berwajib UIAM.
penampalan-penampalan notis-notis tidak bertujuan untuk mengotorkan UIAM tetapi untuk membina kesedaran.
terima kasih
thank you forthe comment. we are trying...
Terima kasih kepada saudara/ri momentum UIAM atas respon ini, Ia adalah sesuatu yang bagus.
Mohon maaf jika saudara terasa dengan istilah zalim yang saya gunakan. Saya meyakini bahawa Allah akan memelihara hak saudara jika saudara memelihara hak mereka.
Saya tidak mahu peristiwa herdikan mandur yang berlaku dek kempen kesedaran seperti ini berlaku di hadapan saya sekali lagi seawal jam 8.00 pagi mereka mencari rezeki dan kes seorang yang berpangkat makcik patah kakinya kerana kempen poster sebegini (kerana ia diletak di tempat tinggi atas alasan kempen kesedaran.) pada dua tahun lalu.
Ia bukan soal mengotorkan semata-mata. Jika perkara diatas berlaku lagi yang mendapat nama adalah wakil-wakil SRC yang dilihat sebagai penggerak blog ini, bukannya saudara yang menyembunyikan nama (yang sudah tentu terlepas dari akauntibiliti).
Jika hendak berkempen kesedaran saya cadangkan saudara
1. Membuat surat bantahan dll (seperti yang telah dilakukan)
2. Menghantar salinan kepada wakil-wakil pelajar kolej yang mewakili seribu pelajar setiap kolej.
3. Salinan yang diedar selepas solat jumaat
4. Muhasabah diri dan keadaan diri mengapa ujian ini terjadi sebagai usaha pembersihan hati bersama-sama
Tetapi jika saudara menghantar surat tidak bernama dan sembunyi-sembunyi. PIhak perwakilan kolej tidak menerimanya sama sekali, (praktis biasa, akan dibiar atas meja. Praktis yang diamalkan jika benar disiarkan dalam newsletter, etc). Mereka amat telus dan terbuka untuk menerimanya dan akan memberikan sokongan jika ia benar dan menepati susunan perlembagaan dan undang-undang UIAM.
kami hanya memerhati dari jauh.
Congrats momentum!
Secara umum, saya setuju dengan Sdr Zamri. Niat beliau begitu baik demi kepentingan pelbagai pihak.
Objektif membina kesedaran sudah baik. Terlalu baik. lagi suci. Tetapi modus operandi untuk memastikan mesej tersebut sampai ke segenap pelusuk UIA perlu dipertimbangkan kembali.
Jangan sampai objektif yang suci dicemari dengan kekotoran modus, sampai kekotoran modus pula yang diambilpeduli oleh massa. Objektifnya pula dibakulsampahkan.
Gerakan mahasiswa perlu lebih kreatif agar mesej kita sampai dan pada masa yang sama mengelakkan fitnah.
Cadangan2 dr Sdr Zamri amat wajar dipertimbangkan + idea2 hasil brainstorming di peringkat think-tanker.
Bukan niat untuk mengajar. Saya tau,(dan amat tau) pihak momentum jauh lebih arif dalam bab ni. Cuma saya cuaba memanfaatkan saluran yang ada, demi kebaikan bersama.
Withstand for the sake of ISLAM
terima kasih atas sokongan. cadangan dan idea bernas akan diambil pertimbangan sewajarnya. untuk makluman, usaha untuk mengadakan pertemuan dgn pihak berwajibh sedang giat dilaksanakan.
Sila ke Harapan Online tajaan Wufi untuk membaca komen-komen yang dihantar. Mungkin disitu kita akan dapat jawapan mengapa SRC tidak diendorse lagi sehingga kini.
Satu lagi, mengapa pihak momentum selalu meletakkan bahawa maklumat yang disiarkan adalah dari " sumber yang tidak dapat dipastikan kesahihannya", kalau begini mana kredibiliti ruangan ini?
saya kira hanya sekali pihak momentum meletakkan ayat "daripada sumber yang tidak dapat dipastikan kesahihannya"...
bukankah bagus begitu daripada menipu?
Ye ke sekali ?
1. “Menurut satu sumber yang tidak dapat dipastikan kesahihannya”- Siri 3
2. “Malah ada juga khabar-khabar yang tidak dapat dipastikan kesahihan sumbernya” – Siri 2
Wbagaimnapun persoalannya, bukan sekali atau dua kali atau tiga kali atau berkali-kali. Persoalannya kalau sudah sumber sesuatu maklumat itu datang dari sumber yang tak sahih, kebenaran maklumat yang disampaikan boleh dipertikaikan. Dan kalau ditakdirkan pula memang maklumat itu tak betul, bukankah itu menipu namanya?
Post a Comment