Namun begitu, kekalahan besar BN pada PRU ke-12 yang lalu dan kemenangan di luar ramalan Pakatan Rakyat (PR) menyebabkan rencam politik di
Gagasan Satu
Pendekatan yang wajar dilaksanakan ialah mendedahkan kepada masyarakat khususnya generasi muda yang bakal mewarisi kepimpinan Negara pada masa mendatang dengan kerangka idealisme yang lebih berhemah dan berpandangan jauh. Tidak adil bagi mereka terus bergelumang dalam realisme politik semasa yang akhirnya boleh merugikan mereka. Satu
Oleh itu, idealisme ‘Politik Baru’ sangat penting dalam konteks mengisi kerangka fikir mereka. PKPIM berkeyakinan, proses mengisi idealisme sangat penting kepada generasi muda belia supaya mereka mempunyai halatuju yang panjang dalam memahami politik. Politik bukan sekadar perjuangan wang dan kedudukan semata-mata, tetapi ia satu perjuangan jangka panjang bagi mengangkat martabat agama, bangsa dan Negara.
Demi menerajui usaha murni ini, PKPIM telah mengambil inisiatif untuk menganjurkan satu Kongres Pelajar dan Penegasan Teras-Teras Kenegaraan 2009 dengan bertemakan “Menjana Peneraju Baldatun Tayyibatun Wa Rabbun Ghafur” pada 8 Ogos 2009 bersamaan hari Sabtu Di Wisma Belia, Kompleks MAYC, 40, Jalan Syed Putra, 50460 Kuala Lumpur.
Kongres pelajar yang akan dianjurkan adalah bertujuan untuk mengisi makna ‘Satu Malaysia’ melalui semangat rukun ‘Politik Baru’.Selain itu, kongres ini diadakan sebagai usaha merintis transformasi politik melalui pembinaan pemikiran dan penghakupayaan generasi muda yang mewakili lebih 40% penduduk di Malaysia. Dengan penganjuran kongres ini, ia akan mewujudkan wadah penyampaian dan perbincangan untuk penghayatan makna dan perkaiatan “Satu
Ayuh! Sama-sama berpartisipasi dalam kongres ini.
“Politik Baru adalah landasan untuk memikir, merancang dan merangka dasar dan program pembagunan Negara yang lebih berorientasikan rakyat, iaitu bersesuaian dengan lunas demokrasi. Rakyat memerlukan ruang dan peluang untuk menyuarakan rungutan, pandangan dn gagasan mereka tentang kehidupan dan masa depan mereka. Politik baru menjanjikan perubahan ini.” (YB Datuk Saifuddin, 2009)
Faridah Mohd Tap
Biro Promosi dan Media
Kongres Pelajar dan Penegasan Teras-Teras Kenegaraan 2009
No comments:
Post a Comment