Showing posts with label Buku. Show all posts
Showing posts with label Buku. Show all posts

Thursday, June 2, 2011

Seminggu sebuah buku - Tanzim Haraki dalam Islam


Tajuk : Tanzim Haraki dalam Islam

Pengarang : Ahmad Abd Al- Mu'im Al- Badri

Penerbit : Pustaka Salam


Sebagai ahli dalam gerakan Islam yang mengamalkan tanzim haraki, perlulah kita memiliki ilmu-ilmu tentangnya supaya kita boleh mengamalkannya dengan sebaiknya dan sepenuhnya. Berdasarkan buku yang ditulis oleh Ustaz Ahmad Abd Al-Mu’in Al-Badri ini, umat Islam umumnya dan ahli-ahli gerakan khususnya dapat memahami erti sebenar tanzim haraki,hikmah disebaliknya dan ciri-cirinya.

Buku ini terbahagi kepada empat fasal dan setiap fasal mempunyai beberapa perbahasan yang menerangkan dengan lebih terperinci bagi setiap fasal. Pada fasal pertama penulis menerangkan definasi tanzim pada perbahasan pertama,tanzim di sisi syariat dan alasan kewujudannya diperlukan serta faedah tanzim haraki dan ciri-ciri tanzim haraki yang berjaya.

Pada fasal kedua, beliau menerangkan tentang tugas-tugas qiyadah dan kepentingannya serta hukum melantik qiyadah dalam jemaah. Pada perbahasan kedua fasal ini pula beliau menerangkan qiyadah fardiyyah dan jamaiyyah.

Seterusnya pada perbahasan ketiga beliau menerangkan ciri-ciri qiyadah yang Berjaya dan terakhir menerangkan pemilihan qiyadah berdasarkan syura. Rukun tanzim kedua yakni jundiyyah diterangkan pada fasal ketiga buku ini. Dalam fasal ini penulis menekankan tentang ahli-ahli jemaah, bagaimanakah ahli-ahli jemaah yang berjaya dan aspek kehidupan jundi yang perlu dirawat. Akhir sekali penulis menerangkan tentang rukun terakhir tanzim yakni al-khittah (perencanaan). Antara yang diterangkan ialah garis panduan dalam perencanaan,marhalah perencanaan dan wasilahnya.

Sebagai kesimpulan, buku ini perlulah dibaca oleh semua ahli dalam jemaah. Hal ini kerana tanzim haraki amatlah penting dalam gerakan yang dipanggil gerakan Islam. Ahli gerakan juga dapat memahami tanggungjawab mereka dalam gerakan di dalam setiap peringkat tanzim dan memilih cara-cara yang terbaik untuk memastikan tanzim yang di amalkan berjaya.

Thursday, February 24, 2011

Raheeq Makhtum



Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasihani,

Kecintaan pada Rasulullah sering sahaja diungkapkan oleh setiap manusia yang bergelar muslim. Namun, sejauh manakah kecintaan itu harus dipersoalkan. Apakah ungkapan cinta tanpa erti itu adalah satu bentuk kecintaan? Cinta pada Rasulullah seharusnya dituruti dengan amalan sunnah dan pemahaman yang jelas tentang keperibadian Rasulullah. Sebuah buku terbitan Darussalam, Raheeq makhtum merupakan sebuah buku tentang seerah Rasulullah. Buku ini dalam karangan Bahasa Arab telah dialih bahasa dalam beberapa bahasa di seluruh dunia. Kandungan buku ini menceritakan fasa-fasa kehidupan Rasulullah yang dikukuhkan dengan sokongan bukti-bukti lain. Sebuah buku yang harus dibaca dan diteliti oleh semua Muslim agar kecintaan berserta kefahaman tentang sejarah kehidupan Rasulullah mampu meningkatkan darjat seorang yang bergelar Muslim. Dapatkan di kedai-kedai buku berdekatan..


Hidup Biar Berjasa
Memacu Momentum Gerakan Mahasiswa

Monday, December 27, 2010

Buku Aminah- Bunga Kaum Quraisy



JUDUL BUKU: Aminah- Bunga Kaum Quraisy (203m/s)

PENULIS: Ezee Rahmani

TERBITAN: PTS Publications & Distributors Sdn Bhd (2010)



Siapakah dia Aminah binti Wahab binti Abdul Manaf binti Zuhrah binti Kilab binti Murrah? Saya yakin tentu ramai di kalangan kita yang mengenalinya, ibu kandung kepada insan mulia junjungan besar kita Nabi Muhammad s.a.w. Akan tetapi, tentu ramai juga di kalangan kita yang belum mengenali dengan lebih mendalam siapakah dia wanita yang terpilih ini?

Jadi melalui buku ini, penulisnya telah menceritakan kepada kita mengenai kehidupan Aminah dengan lebih terperinci. Hal ini termasuklah mengenai kejelitaannya, keperibadiannya, statusnya di kalangan masyarakat kaum Quraisy pada ketika itu, cerita perkahwinannya dengan Abdullah bin Abdul Mutalib dan sebagainya.

Dengan gaya bahasa dan cara penceritaannya yang menarik, buku ini pasti dapat menarik minta kita untuk mengenali dengan lebih dekat lagi latar belakang keluarga Baginda Rasulullah s.a.w. yang kita sayangi.

Pelbagai kisah, status kebangsawanan dan kemuliaan yang dimiliki oleh keturunan ibu bapa Nabi Muhammad s.a.w telah disentuh dalam novel ini. Perkara-perkara ini tentu akan menjadikan kita bertambah kagum dengan salasilah keluarga Baginda yang begitu mulia dan dipandang tinggi dalam masyarakat Arab Quraisy pada waktu itu.

Sabda Rasulullah s.a.w.:

“Allah memindah-mindahkan diriku daripada tulang sulbi ayah-ayah yang baik-baik ke rahim ibu-ibu yang suci dalam keadaan suci dan terdidik. Sekiranya suatu keturunan bercabang dua, maka Allah menjadikanku berada pada cabang yang terbaik antara kedua-duanya”. (Ibnu Abbas)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...