Showing posts with label Isu Semasa. Show all posts
Showing posts with label Isu Semasa. Show all posts

Thursday, August 18, 2011

hulurkan tangan ringankan beban



Sumbangan boleh dibuat dalam bentuk tunai atau cek yang boleh dimasukkan ke dalam akaun Global Peace Mission di nombor akaun: 14-023-01-002922-4 (Bank Islam Malaysia Berhad) atau nombor akaun: 5642-2161-1602 (Maybank Berhad). Sebarang pertanyaan boleh terus menghubungi Sekretariat GPM di talian 03-61883230


n 03-61883230

Sunday, October 4, 2009

Isu sebat Kartika: JAG dan SIS jangan masuk campur!

Isu sebat Kartika Sari Dewi Sukanor semakin panas apabila Kumpulan Tindakan Bersama untuk Persamaan Jantina (JAG) dan Sisters in Islam (SIS) mengatakan hukuman sebat itu melanggar hak asasi manusia dan menjatuhkan maruah si pesalah. Justeru, mereka menggesa agar hukuman sebat yang diperuntukkan dalam Mahkamah Syariah dinilai seterusnya dimansuhkan. Persoalannya, siapakah yang lebih berhak menjatuhkan hukuman?

Isu sebat Kartika ini bermula apabila model yang berusia 30-an itu telah ditangkap oleh pegawai Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) atas kesalahan meminum arak (tiger beer) secara terbuka di Hotel Legend, Cherating, Kuantan pada 11 Julai 2008 yang lalu.

Kartika telah didakwa di Mahkamah Syariah dan dijatuhi hukuman denda RM 5000 (atas permintaan si pesalah sebagai ganti kepada hukuman penjara atas beberapa alasan yang diterima) dan sebatan sebanyak enam kali.

Hukuman sebat yang dijatuhkan adalah hukuman maksimum yang telah termaktub di dalam undang-undang Syariah Islam dibawah Seksyen 136 dan Enakmen Adat Melayu 1982 (dengan pindaan) 1987:

“ sesiapa yang minum arak atau sebarang minuman yang memabukkan yang tidak boleh dikenakan hukuman hadd mengikut Hukum Syarak adalah bersalah atas suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, dikenakan hukuman denda tidak melebihi lima ribu ringgit atau penjara selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya dan disebat enam kali.”

Memang jelas, Mahkamah Syariah telah menjalankan tugasnya dengan baik. Namun, sebaliknya berlaku, apabila pihak yang tidak berotoriti telah masuk campur seperti JAG dan SIS. Kedua-dua pihak tanpa segan silu mempertikaikan hukuman yang telah dijatuhkan seterusnya telah mencabar kredibiliti Mahkamah Syariah itu sendiri yang seharusnya tidak berlaku.

Perlu diperjelaskan disini bahawa hukuman sebat ini tidak melanggar hak asasi manusia apatah lagi diskriminasi terhadap wanita yang diuar-uarkan oleh beberapa pihak yang tidak bertanggungjawab. Selain telah termaktub di dalam undang-undang Syarak, hukuman ni diperkukuhkan lagi dengan persetujuan dan penerimaan Kartika terhadap hukuman yang telah dijatuhkan keatasnya. Beliau dengan rela hati bersedia untuk disebat dan mahu hukuman itu dipercepatkan setelah ditangguhkan buat kali pertama bagi menghormati bulan Ramadhan yang lalu.

PKPIM UIAM menggesa agar JAG dan SIS, janganlah jadi seperti ‘lebih sudu daripada kuah’ dan jangan masuk campur urusan Mahkamah Syariah. Kami juga menggesa agar mereka tidak diberi ruang yang berlebihan dalam media arus perdana dan media haruslah bijak menapis segala bentuk kenyataan yang mengelirukan orang Islam dan bukan Islam di Malaysia ini.


3 Oktober 2009/Sabtu

Thursday, August 13, 2009

Kenyataan Media YB Dato Saifuddin Abdullah

Kongres Pelajar dan Penegasan Teras-Teras Kenegaraan, Sabtu, 8 Ogos 2009

Memperkukuh gerakan badan-badan Islam generasi muda

Umat Islam berada pada situasi yang menuntut ke arah kesatuan dalam pelbagai isu utama seperti politik, ekonomi dan pendidikan. Kesatuan tidak beerti kesamaan dan keseragaman tetapi bersedia meraikan perbezaan di kalangan mereka sebagai rahmat dan bukan titik tolak kepada perpecahan. Setiap perbezaan pandangan harus ditangani dengan semangat persaudaraan Islam.

Pertubuhan-pertubuhan Islam generasi muda perlu menjadikan ilmu sebagai tras perjuangan. Mereka perlu mengamalkan pendekatan berhikmah dalam setiap gerak kerja dan menjadi role model kepada pertubuhan-pertubuhan generasi muda yang lain.

Pertubuhan-pertubuhan Islam ini harus melihat persamaan sebagai titik pertemuan dalam memperkukuh sinergi gerakan dakwah Islamiyyah dalam konteks yang lebih holistik.

Kerajaan bersedia menjadi pelopor kepada usaha murni merapatkan hubungan pertubuhan-pertubuhan Islam generasi muda misalnya melalui Kelab Amal Islami (DAMAI).

POLITIK BARU DALAM PEMBENTUKAN IDEALISME GENERASI BELIA

Sebelum saya lanjutkan bicara saya pada penulisan kali ini, sukalah saya untuk menceritakan sebuah kisah yang pernah diceritakan oleh Pujangga Iqbal, mengenai seekor burung yang lemah kerana terlalu dahaga. Dalam pencariannya mencari air,burung tersebut telah melihat sebutir intan dan tertipu oleh kerana batu yang ditimpa oleh cahaya matahari, terus mematuk kerana difikirnya bahawa batu itu ialah setitis air. Intan tadi menjawab dengan serta-merta:

“Saya bukanlah titisan air embun, saya tidak memberi minuman,
Saya tidak hidup untuk kepentingan orang lain.”

Burung tersebut berasa sungguh sedih lalu ia meneruskan terbangannya hingga ia akhirnya terlihat setitis air embun di ranting dan terus terbang menuju kepadanya bagi menghilangkan dahaganya. Air embun tadi jatuh ke mulutnya, lalu burung tersebut mati.

Moral dari cerita ini ialah bahawa seseorang harus menanamkan kegigihan yang terlahir dalam kalbunya kerana seseorang itu harus menceburkan dirinya dalam penghidupan yang penuh dengan perjuangan dan pertentangan. Perjuangan dalam memartabatkan idealisme generasi muda supaya sama-sama dapat menyumbang ide, tenaga dan masa dalam pembangunan Negara Malaysia yang harmoni hingga titisan-titisan darah yang terakhir.

Cerita yang saya sampaikan sebentar tadi amatlah cocok dengan kandungan tulisan yang akan saya sampaikan. InsyaAllah.

“Satu Malaysia: rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan” merupakan cogan kata bagi Perdana Menteri kita yang ke-6, Y.A.B. Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak. Konsep yang cuba dibawa Y.A.B. telah mengundang pelbagai reaksi dan respons dari pelbagai juzuk masyarakat. Tidak ketinggalan generasi muda belia.

Kerangka fikir satu Malaysia ini masih lagi belum difahami dan dihayati dengan jelas yang akhirnya telah mewujudkan polemik dan salah faham berpanjangan yang menyimpang dari tujuan sebenar konsep itu.

Untuk kita keluar dari kepungan salah faham ini, PKPIM telah mengambil pendekatan dengan menyarankan agar konsep ‘Satu Malaysia’ ini dilihat dari perspektif idealisme “Politik Baru” tetapi pada masa yang sama PKPIM terus setia dengan orientasi gerakan sebagai NON-PARTISAN. Politik Baru yang digagaskan oleh YB Saifuddin Abdullah adalah bertujuan untuk memberi nafas baru yang lebih berhemah dan berhikmah dalam budaya politik di Malaysia. Cita-cita akhir idealisme politik baru ini adalah menyuburkan dan mematangkan demokrasi di Malaysia yang selalu dipertikaikan oleh pelbagai pihak.

Sebelum kita pergi lebih dalam tentang gagasan Politik Baru ini, marilah kita sama-sama mengimbas kembali keputusan PRU ke-12 yang akan terus tercatat dalam sejarah politik Malaysia bilamana kekuasaan majoriti 2/3 Barisan Nasional telah dinafikan oleh Pakatan Rakyat. Lantaran itu, ada suara-suara yang meramalkan pintu demokrasi di Malaysia sudah semakin terbuka luas dan inilah bibit-bibit kepada politik baru di Negara kita ini.

Dengan kehadiran generasi muda yang menyumbang lebih daripada 40% kepada jumlah penduduk tidak boleh tidak telah memberi kesan langsung kepada realiti politik semasa ini. Partisipasi generasi muda belia kita dalam arus politik Negara memang tidak dinafikan signifikannya. Jika wujud salah urus amanah rakyat, mereka lantang dan vokal dalam menyuarakan pandangan mereka bagi memberi kesedaran dan seterusnya sama-sama membetulkan keadaan. Sesungguhnya ia suatu momentum yang amat menggalakkan.. Generasi muda amat diperlukan dalam menghidupkan gagasan Politik Baru ini kepada realiti politik yang lebih tinggi nilai integritinya pada masa hadapan.

Walaupun begitu, kenyataan ‘Politik Baru’ telah menjadi sesuatu yang biasa dan hilang signifikan dan semangatnya. Namun begitu, menurut YB Saifuddin (2009), Politik Baru ini tidak sama dengan Politik Baru yang dicanang-canangkan oleh pihak-pihak lainnya. Malah, gagasan Politik Baru ini bukan baru dicipta bagi menarik perhatian rakyat, namun telah beliau caknakan dua dekad terdahulu.
Apa yang YB maksudkan dengan “Politik Baru” ini?

“Ia adalah satu pemikiran tentang amalan politik yang merangkumi dua komponen utama, iaitu pertamanya, “integriti politik” dan yang keduanya “Governans Baru”. Aspek yang membuatkan gagasan ini berbeza adalah saya menjadikannya sebagai satu AMALAN dalam berpolitik dan bukannya sebagai RAMALAN semata-mata.”

Kehadiran gelombang idealisme politik baru ini disaluti dengan beberapa prinsip yang dikupas secara ringkas melalui pembacaan dan pemahaman saya terhadap buku tersebut.

Dalam buku ‘Politik Baru: Mematangkan Demokrasi Malaysia’ (2009), YB Saifuddin ada menyatakan yang kita memerlukan aspirasi politik yang murni dan tinggi, atau sekurang-kurangnya tidak berdaki, dan berusaha menghidupkan serta menggerakkan Politik Baru yang menghampiri politik ideal.

Masyarakat awam sering dimomokkan dengan kata-kata, ‘politik adalah kotor’. Ya, mana mungkin kita boleh menyalahkan mereka jika mereka mempunyai persepsi sedemikian rupa kerana politik itu sendiri tidak sunyi dari cacat-celanya yang diakibatkan oleh politikus-politikus licik dan penuh muslihat. Namun, kita cuba melihat kepada aspek positif politik yang secara idealnya ia mampu memberi kebahagiaan dan keharmonian kepada semua orang yang tinggal dalam satu taman dengan pelbagai jenis bunga dan serangga.

Malah tidak keterlaluan untuk saya katakan, ilmu politik harus diajar kepada anak-anak muda kita supaya mereka tahu dan punya perasaan hidup berbangsa dan bernegara yang murni. Saya percaya, dengan adanya sistem pendidikan khusus tentang politik,masing-masing akan lebih menghargai teras-teras kenegaraan khususnya, Malaysia dan seterusnya mengurangkan salah faham sesama rakyat supaya pada akhirnya keharmonian dan kesejahteraan dapat di gapai.

Dalam usaha merealisasikan cita-cita politik ideal ini, jawapannya yang paling pokok adalah dengan menghayati konsep integriti politik. Dalam konteks amalan politik baru, integriti politik membawa maksud politik perjuangan yang beliau berpendapat terdapat tiga rukun penting iaitu idealisme, aktivisme dan intelektualisme. Ketiga-tiga rukun ini harus berjalan seiringan supaya politik perjuangan kita kukuh lagi padu dalam mengejar apa yang dimpikan iaitu memberi kebahagian kepada semua dan mematangkan demokrasi di Malaysia.

Dengan kata lain, Politik Baru tidak akan dicapai jika tidak didasari idealisme perjuangan yang tinggi. Ketidak hadiran idealisme ini dalam perjuangan hidup bernegara akan menyebabkan segala aktivisme yang dirancang dan dijalankan tidak mempunyai ‘roh’ atau sia-sia. Selain itu, rukun ketiga terpenting ialah dari aspek intelektual. Politik Baru semakin mencabar pada abad globalisasi ini dan menuntut kita kepada ilmu yang tinggi demi mendepani cabaran itu. Semestinya, kekuatan politik itu harus disandarkan kepada kekuatan ilmu langsung menolak politik ampu. Aplikasi ketiga-tiga rukun yang saya sebutkan sebentar tadi akan menjadi cerminan budaya politik Malaysia pada masa hadapan.

Konsep politik berintegriti disulami dengan amalan-amalan murni yang bertitik-tolak daripada konsep amar makruf wa nahi munkar. Kita mahu mewujudkan amalan “kerajaan/politik berilmu dan bukannya kerajaan/politik ampu. Kita mahu lahirkan kerajaan/politik hikmah dan menolak kerajaan/politik fitnah. Seterusnya, kita mahu wujudkan kerajaan/politik bakti dan bukannya kerajaan/politik undi.”

Seterusnya, komponen kedua terpenting dalam amalan Politik Baru yang tertulis didalam buku tersebut adalah mewujudkan suatu kerangka Governans Baru. Ia merujuk kepada kerangka pengurusan Negara yang lebih segar daripada apa yang ada sekarang. Jika sekarang kita terlalu berorientasikan kerajaan/politik, namun dengan gagasan amalan Politik Baru ini, perniagaan dan masyarakat sivil tidak dikesampingkan. Malah ketiga-tiga sektor, politik, perniagaan dan masyarakat sivil saling bergantungan sebagai rakan pembangunan dalam kedudukan yang saksama. Ini termasuklah golongan muda belia. Kita mahu memadamkan dominasi hanya kepada satu pihak sahaja kerana ia akan mempengaruhi kestabilan Governans Baru ini.

“Kesimpulannya, Politik Baru adalah landasan untuk memikir, merancang dan merangka dasar dan program pembangunan Negara yang lebih mesra rakyat, iaitu yang bersesuaian dengan lunas demokrasi. Rakyat memerlukan ruang dan peluang untuk menyuarakan rungutan, pandangan dan gagasan mereka tentang kehidupan dan masa depan mereka.”

Kita amat berharap generasi muda dapat menyelami dan menghayati gagasan Politik Baru ini bersempena dengan Kongres Pelajar dan Penegasan Teras-Teras Kenegaraan. Kalian semua adalah agen perubah masyarakat dan Negara di masa hadapan. Politik Baru menjanjikan perubahan ini.

Wabillahi taufiq wa hidayah, wassalmu’alaikum w.b.t.

Rujukan,

Saifuddin Abdullah. 2009. Politik Baru: Mematangkan Demokrasi Malaysia. Institut
Terjemahan Negara Malaysia, Kuala Lumpur.



Oleh,
Faridah Mohd Tap
Aktivis PKPIM-ABIM-WADAH
6 Ogos 2009

1 MALAYSIA


RAKYAT DIDAHULUKAN, PENCAPAIAN DIUTAMAKAN merupakan satu gagasan YAB Dato’ Seri Mohd Najib bin Tun Abdul Razak dalam menerajui kepimpinan beliau bagi tahun-tahun yang mendatang. Usaha-usaha kerajaan dalam mempromosi gagasan ini terutama dibawah Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan sedang giat dijalankan agar konsep ini dapat dihayati dengan jelas oleh setiap lapisan masyarakat seterusnya cita-cita 1 Malaysia dapat dicapai.

Terbaru, Jabatan Penerangan Malaysia dengan kerjasama Jabatan Penerangan Malaysia dan Universiti Sains Malaysia (USM) telah menganjurkan Seminar Konsep 1Malaysia bertempat di Hotel Marriot Putrajaya selama 2 hari bermula 11 hingga 12 Ogos 2009. Seminar itu telah dihadiri oleh 500 orang peserta terdiri daripada ahli akademik, pelajar dari pelbagai universiti, pegawai-pegawai Kerajaan dan badan-badan bukan kerajaan (NGO).

Seminar ini telah dirasmikan oleh YB Dato’ Seri Utama Dr. Rais Yatim selaku Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan. Dalam ucaptama, YB telah menyatakan penganjuran seminar ini sesungguhnya menunjukkan Kementerian beliau serius dalam melestarikan semangat 1Malaysia yang diumumkan oleh YAB Perdana Menteri. Tambah beliau lagi, seminar ini adalah salah satu inisiatif Kementerian bagi memberi ruang dan peluang kepada golongan pendidik, belia dan mahasiswa bagi mendalami, menghayati dan memahami konsep membina Negara bangsa yang sebenarnya. Beliau turut sering mengulang-ulang kenyataan “satu untuk semua, semua untuk satu” dalam menerangkan konsep 1Malaysia.

Konsep 1Malaysia yang diperkenalkan sejurus selepas peralihan kuasa pemerintahan kepada YAB Dato’ Seri Najib telah menggariskan 2 aspek penting iaitu:
1) penerapan teras-teras perpaduan yang menekankan aspek penerimaan kepelbagaian etnik, perinsip-prinsip kenegaraan dan keadilan sosial.
2) Penerapan nilai-nilai aspirasi termasuklah budaya berprestasi tinggi, budaya ketetapan, budaya ilmu, integriti, ketabahan, kesetiaan, kebijaksanaan dan budaya inovasi.
Kedua-dua aspek ini yang menjadi nadi pembangunan Negara bangsa yang harmoni dipercayai dapat digapai sekiranya pengisian yang sewajarnya dilakukan agar nilai tersebut boleh mencambahkan budaya pemasyarakatan di Malaysia.

Bagi menilai konsep 1 Malaysia dari sudut perspektif orang muda, PKPIM telah menganjurkan satu Kongres Pelajar dan Penegasan Teras-Teras Kenegaraan pada 8 Ogos 2009 (Sabtu) yang lalu brtempat di Wisma Belia, Kompleks MAYC, 40 Jalan Syed Putra, Kuala Lumpur. Daripada kongres itu PKPIM yang mewakili suara golongan muda peringkat kebangsaan telah membuat beberapa resolusi penting yang akan menjadi kerangka gerak kerja kami bagi sama-sama menyumbang kepada pembangunan Negara berteraskan semangat intelektualisme, spiritualisme, idealisme dan aktivisme.

Thursday, July 16, 2009

AKHIRNYA…KEDUDUKAN PPSMI TERJAWAB

Keputusan pemansuhan ppsmi yang diumumkan oleh Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin pada 8 Julai yang lepas telah menamatkan segala teka-teki rakyat Malaysia tentang kedudukan dasar pelajaran baru itu yang berkuatkuasa pada 1 Januari 2003. Kami pihak PKPIM UIAM ingin mengucapkan Tahniah diatas keputusan bijak beliau mengenai dasar itu.

Sebelum keputusan itu dibuat, kita pasti tidak akan lupa dimana puluhan ribu rakyat daripada pelbagai latar belakang etnik telah berkumpul pada sebuah perhimpunan raksasa-100 ribu yang di anjurkan oleh Gerakan Pemansuhan Ppsmi (GMP). Ia merupakan peringkat terakhir untuk mendesak kerajaan terutama Kementerian Pelajaran Malaysia untuk memansuhkan dasar ppsmi yang terbukti merugikan Negara dalam jangka masa pendek dan panjang. .

Jika sebelum ini, demonstrasi selalu dikaitkan dengan parti pembangkang, namun peristiwa 7 Mac yang lalu telah menyaksikan kita tentang ‘trend’ baru di mana ahli akademik dan cendikiawan Negara turut berpartisipasi dalam demonstrasi. Ini membuktikan mereka juga menjalankan tanggungjawab sosial kerana isu ppsmi ini sangat dekat di hati mereka.

Selepas peristiwa itu, aktivis GMP yang diketuai Datuk Dr. Hassan Ahmad ternanti-nanti akan keputusan dari pihak KPM. Setelah KPM bertukar kepimpinan yang sekarang ini dipertanggungjawabkan di bawah pimpinan Tan Sri Muhyiddin Yassin, beliau akhirnya mengumumkan pemansuhan ppsmi yang akan dilaksanakan secara berperingkat sehingga 2012. Ini bermakna subjek sains dan matematik akan diajar dalam bahasa Melayu di sekolah-sekolah Kebangsaan dan bahasa Mandarin dan Tamil bagi sekolah-sekolah jenis Kebangsaan.

Keputusan itu dibuat setelah mengambil kira kajian-kajian para penyelidik tempatan dan antarabangsa tentang keberkesanan ppsmi dalam meningkatkan penguasaan berbahasa Inggeris dikalangan para pelajar. Kajian oleh sebilangan professional dari UPSI yang di ketuai oleh Professor Emeritus Dato’ Isahak Haron mendapati lebih daripada 75% murid-murid tahun 5 yang menjadi bahan sampel dari pelbagai etnik menghadapi kesukaran atau agak sukar belajar sains dan matematik dalam bahasa inggeris. Malah, lebih 80% pelajar Melayu menghadapi kesukaran belajar kedua-dua subjek tersebut dalam bahasa inggeris berbanding bangsa Cina dan India. Selain itu dapatan kajian mendapati secara relatif, 70% pelajar dan lebih tinggi iaitu hampir 75% pelajar Melayu tidak boleh menjawab item-item dalam bahasa inggeris. Ini menunjukkan kebolehan berbahasa inggeris masih ditahap yang rendah walau mereka sudah didedahkan kepada polisi tersebut sejak 2003 lagi.

Kajian lain yang dijalankan oleh sekumpulan 50-pengkaji dari kalangan pensyarah daripada tujuh universiti tempatan (UPM, UiTM, UPSI, USM, UUM, UMS dan UTM) mendapati peratusan pelajar yang gagal (D dan E) dalam kedua-dua subjek di beberapa negeri seperti Perlis, Kelantan, Sabah dan Sarawak adalah lebih daripada 50%. Menurut kajian DBP-UKM pula, pencapaian pelajar dalam subjek sains, matematik, bahasa Melayu dan bahasa inggeris merosot selepas ppsmi dilaksanakan secara rasmi. Inilah yang dikatakan, “yang dikejar tak dapat, yang dikendong berciciran.”

Bagaimana pula dengan pencapaian pelajar kita di arena antarabangsa? Sebuah dapatan kajian yang didedahkan oleh PKPIM berhubung “Trends in International Mathematics and Science Study (TIMSS 2007) yang dianjurkan oleh International Association for the Evaluation of Education Achievement (IEA) menunjukkan pencapaian para pelajar kita telah jatuh merundum akibat kesan langsung dasar ppsmi ini. Untuk pengetahuan umum, Malaysia merupakan salah sebuah Negara yang menyertai kajian tersebut bersama-sama 49 Negara yang lain dari seluruh dunia. Responden terdiri daripada 4,466 orang pelajar tingkatan 2, 150 orang guru masing-masing mengajar sains dan matematik daripada 150 buah sekolah di seluruh Malaysia. Penting untuk dinyatakan disini bahawa pelajar tersebut adalah produk ppsmi.

Menurut kajian TIMSS 2007 itu, pencapaian pelajar kita dalam subjek matematik jatuh dari tangga ke-10 pada tahun 2003 ke tangga ke-20 pada tahun 2007. Bagi subjek sains pula, pencapaian kita jatuh dari tangga ke-20 pada tahun 2003 ke tangga ke-21 pada tahun 2007. Lebih malang, Malaysia tidak mencapai skor purata paling minimum iaitu 500 yang ditetapkan oleh IEA berbanding tahun-tahun sebelum ppsmi diaplikasikan ke dalam sistem pendidikan Negara kita.

Daripada kajian itu, terdapat hubungan positif di antara bahasa pengantar bagi mengajar sains dan matematik dengan pencapaian cemerlang yang diperoleh. Menariknya, lebih daripada 90% pelajar yang mendapat pencapaian yang tinggi dalam kajian tersebut adalah dari Negara-Negara yang menggunakan bahasa ibunda mereka sebagai bahasa pengantar dalam pembelajaran dan peperiksaan seperti Jepun. Taiwan, Korea, Sweden, Australia, Scotland, Russia dan USA.

Secara ringkas, ppsmi bertanggungjawab dalam mempengaruhi pencapaian pelajar-pelajar kita yang pada pandangan penulis amat teruk. penulis juga yakin, ramai yang sependapat dengan penulis. Oleh yang demikian, sekali lagi kami PKPIM-UIAM juga sebagai penyokong GMP mengalu-alukan keputusan pemansuhan ppsmi dan sekalung tahniah buat Tan Sri Muhyiddin Yassin. Kami berharap segala mekanisma dan kaedah pembelajaran yang efektif dapat diketemukan segera bagi membantu para pelajar untuk menguasai subjek sains, matematik dan bahasa Inggeris dengan lebih mudah. Pada masa yang sama memperkasakan dan memartabatkan Bahasa Nasional iaitu bahasa Melayu yang termaktub dalam Perlembagaan Malaysia. Wallhu’alam.

Ditulis oleh,
Faridah Mohd Tap
PKPIM-ABIM-WADAH
Gombak, Selangor.

IRAN BERGOLAK

Tiada siapa menyangka pilihan raya Republik Islam Iran pada 12 Jun yang lalu telah menyebabkan demonstrasi besar-besaran yang menarik perhatian masyarakat dunia. Demonstrasi itu dikatakan yang kedua terburuk dalam sejarah Iran selepas Revolusi Iran 1979 yang berlaku 30 tahun dahulu.

Kemelut di Iran itu bermula apabila penyokong calon reformis, Mir Hossein Mousavi membantah keputusan pilihan raya yang memberi kemenangan besar kepada Presiden Mahmoud Ahmadinejad.

Keputusan pilihan raya yang menyebelahi Ahmadinejad melayakkan beliau meneruskan kepimpinan sebagai presiden Iran untuk tempoh empat tahun yang akan datang selepas menang buat pertama kalinya pada pilihan raya 2005 .

Mousavi dan pengikutnya tewas pada pilihan raya itu dengan memperoleh hanya 33 peratus buangan undi berbanding 66 peratus yang dimenangi oleh Ahmadinejad.

Mereka membantah keputusan itu dengan mengatakan terdapat penipuan dalam pilihan raya yang sudah berlangsung seminggu yang lalu dan mendesak supaya pilihan raya baru diadakan semula. Mereka mengadakan bantahan jalanan berhari-hari lamanya supaya desakan mereka dituruti.

Melihat kepada bantahan jalanan di Iran yang telah meragut sejumlah nyawa , pemimpin agung bersejarah Ayatollah Ali Khamenei mendesak agar demonstrasi dihentikan. Beliau juga mengumumkan bahawa kertas undi akan di kira semula untuk meleraikan kekusutan itu. Langkah itu diambil sebagai satu-satunya cara terbaik bagi mengelakkan konflik dalaman Iran yang lebih parah.

Ramai beranggapan, konflik yang berlaku di Iran sekarang ini mempunyai agenda politik untuk menjatuhkan Ahmadinejad. Umum mengetahui, Ahamdinejad merupakan pemimpin Islam yang lantang mencabar Amerika Syarikat terhadap dasar luarnya. Hubungan Iran-AS juga bertambah keruh apabila Ahmadinejad enggan menghentikan aktiviti pengayaan uraniumnya.

Kalau dinilai dari segi latar belakang calon, Mousavi lebih di senangi oleh pihak AS kerana pendekatannya yang sederhana berbanding Ahmadinejad yang lebih konservatif. Malah, penyokong Mousavi juga kebanyakannya terdiri daripada golongan elit dan generasi muda Iran yang tinggal di luar Negara terutama di AS dan Eropah. Manakala Ahmadinejad amat popular di kalangan golongan miskin Iran dan ini juga dkatakan faktor yang menyumbang kepada kemenangan beliau.

Walaupun begitu, menurut Prof. Madya Ruhanas Harun, pensyarah Program Pengajian Strategi dan Hubungan Antarabangsa/ Penyelidik Bersekutu Institut Kajian Rantau Asia Barat (IKRAB) dalam ruangan soal jawab oleh wartawan Berita Harian, 21 Jun/ Sabtu mengatakan ketegangan di Iran cuma luahan kemarahan dan harapan rakyat untuk suatu kepimpinan yang baru.

Beliau juga menambah, bahawa demonstrasi itu dilakukan secara spontan sejurus selepas keputusan pilihan raya diumumkan. Penyokong Mousavi rasa sungguh dengan kecewa dengan kekalahan calon pilihan mereka dan menuduh terdapat penyelewengan. Keadaan bertambah buruk apabila, Mousavi bersungguh-sungguh mengatakan beliau adalah Presiden Iran yang baru.

Pergolakan dalaman Iran dijangka akan terus berlaku sehingga pilihan raya yang baru dilaksanakan. Sehingga itu, AS di bawah kepimpinan Baarack Obama mengambil keputusan untuk tidak masuk campur politik dalaman Iran.

Bagi pihak PKPIM UIAM, kami mendoakan pergolakan dalaman Iran dapat menemui jalan penyelesaian yang terbaik. Ini bagi mengelakkan masyarakat Republik Islam itu berpecah belah hanya disebabkan keputusan pilihan raya yang lepas. Jika itu berlaku, masyarakat Islam sekali lagi di rundung malang dan kita tidak mahu pihak luar mengambil kesempatan terhadap Islam di atas apa yang berlaku. Wallahu’alam.


Ditulis oleh,

Faridah binti Mohd Tap
Aktivis gerakan Islam
PKPIM-ABIM-WADAH
22 Jun 2009/Ahad

LIBERALISASI BANGSA MELALUI PEREMPUAN DAN ANAK

Salah satu isu yang mengglobal di seluruh penjuru dunia saat ini adalah kemiskinan, kebodohan, ketertindasan dan kekerasan terhadap perempuan. Berbagai pihak telah berupaya mensosialisasikan berbagai akar masalah dari ‘persoalan’ ini beserta alternatiF solusinya. Negara-negara Barat-para feminis-, melalui lembaga dunia PBB memaksakan asumsi bahwa berbagai persoalan ini disebabkan oleh budaya patriarkhi yang selama ini masih dilegitimasi oleh agama, budaya dan kultur. Mereka pun memaksakan solusi untuk mengentaskan persoalan perempuan tersebut dengan membebaskan kaum perempuan dari ikatan agama, budaya, dan kultur ini. Program pun terus bergulir dan dipaksakan ke negeri-negeri Muslim.

Kini , setelah beberapa periode “Problem Solving” persoalan-persoalan perempuan digulirkan tidak ada tanda-tanda persoalan perempuan akan terselesaikan, namun justeru semakin nyata bahwa solusi tersebut membawa kaum Muslimin, termasuk perempuan dan anak-anak, berhadapan dengan situasi yang semakin buruk dan mengkhawatirkan. Dunia Islam kini dihadapkan pada ancaman persoalan sebagaimana yang terjadi di Barat, yakni: krisis keluarga Muslim dan kerosakan struktur sosial masyarakat.

Konspirasi Internasional

Tahun 1975 dicanangkan oleh PBB sebagai ‘Tahun Internasional Perempuan’ di Mexico City. Melalui tangan PBB, para Feminis mencanangkan berbagai agenda yang harus diratifikasi oleh seluruh Negara-negara di bawah PBB dan dijadikan acuan dalam setiap program-program terkait persoalan perempuan. Misalnya BPFA (Beijing Platform for Action/Landasan Aksi Beijing), CEDAW (Convention on the Elimination of All Forms of Discrimination against Women/Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi terhadap Wanita), MDGs (Millennium Development Goals/ Tujuan Pembangunan Milenium) dan ICPD (International Conference Population and Development/ Koferensi Internasional Kependudukan dan Pembangunan).

Sejak itu, isu keperempuanan merabah dan mewabah dalam berbagai bentuk forum, baik di tingkat internasional, nasional, regional, maupun lokal. PBB di bawah kendali Amerika Syarikat jelas sangat berkepentingan dan berperanan besar dalam penularan isu-isu tersebut, baik dalam forum yang khusus membahas perempuan-seperti forum di Mexico pada tahun 1975, Kopenhagen tahun 1980, Nairobi tahun 1985, dan di Beijing tahun 1995-maupun forum tingkat dunia lainnya, seperti Koferensi Hak Asasi Manusia (HAM), KTT Perkembangan Sosial, serta KTT Bumi dan Koferensi Kependudukan.

Pemerintah negeri-negeri Muslim secara perlahan tapi mesti didorong (baca:ditekan) untuk meratifikasi dan mengimplementasi semua hasil koferensi itu. Dorongan atau tekanan ini dilakukan baik oleh LSM-LSM di negeri-negeri itu yang geraknya diarahkan dan dibiayai oleh badan-badan internasional maupun lembaga-lembaga kewangan internasional.
Beijing Platform for Action (BPFA) menetapkan ke-12 bidang kritis tersebut adalah:
1. perempuan dan kemiskinan,
2. pendidikan dan pelatihan bagi perempuan,
3. perempuan dan kesihatan,
4. kekerasan terhadap perempuan,
5. perempuan dan konflik bersenjata
6. perempuan dan ekonomi
7. perempuan dalam kekuasaan dan pengambilan keputusan,
8. mekanisme institusional untuk kemajuan perempuan
9. hak asasi perempuan
10. perempuan dan media,
11. perempuan dan lingkungan, dan
12. anak perempuan.
Melalui 12 bidang kritis ini, negeri-negeri Muslim dipaksa untuk meratifikasi dan melaksanakan keputusan-keputusan tersebut dalam perundangan. Pemberdayaan perempuan diarahkan pada kebebasan kaum perempuan. Di bidang ekonomi, perempuan diarahkan supaya mandiri secara finansial. Namun kemadirian ini lebih difokuskan pada isu pembebasan diri yang berujung pada melepaskan diri dari hukum ketaatan pada suami. Ketika perempuan telah berperanan dalam finansial keluarga, maka diarahkan isu pada pembagian kerja dalam tugas-tugas domestik. Dengan demikian, peranan ibu tidak lagi menjadi tanggungjawab perempuan. Kaum laki-laki pun harus berperanan dalam pengasuhan dan pengelolaan keluarga. Namun akhirnya tidak ada satupun baik pria dan wanita yang mengambil alih peranan tersebut kerana keduanya bersaing keras untuk merebut dominasi di sektor publik.

Bagaimana dengan anak-anak? Bila suami dan isteri sama-sama tersita dalam aktivitas publik, maka finansial akan menyelesaikannya dengan menggaji pembantu. Negara pun diarahkan untuk mengambil alih dengan menyelenggarakan day care centre. Pada titik ini kehancuran keluarga semakin jelas. peranan kepimpinan yang dibebankan kepada kaum laki-laki (qowwamah) akan melemah, kerana para perempuan pun akan menuntut kepimpinan tersebut, apalagi bila gaji perempuan lebih tinggi. Peranan ibu (umamah) dan pengelola rumahtangga (robbatul baiti) yang dibebankan Islam kepada kaum perempuan akan terabaikan. Padahal peranan ini sangatlah penting untuk melahirkan generasi masa depan yang berkualitas.

Di bidang kesehatan, isu kemadirian perempuan diarahkan agar Negara melegalisasi aborsi dan program penggunaan alat kontrasepsi secara bebas termasuk bagi remaja putri (perempuan yang belum menikah). Remaja diarahkan untuk mampu menggunakan kontrasepsi yang aman tanpa takut hamil, sementara aktivitas seksual mereka tidak terhambat. Hubungan seks yang aman menurut Barat adalah yang mampu mencegah mereka dari penularan penyakit-penyakit menular seperti siphilis, gonorrhea dan HIV/AIDS. Untuk itu shelter-shelter bagi kesehatan reproduksi remaja didirikan agar menjadi cara yang ramah dan nyaman bagi remaja untuk mengamalkan perilaku seks bebasnya.

Kemandirian perempuan dalam ekonomi sekaligus dukungan terhadap kesehatan reproduksinya secara bertahap akan membuat perempuan tidak lagi mementingkan institusi keluarga. Di Negara-negara pelopor kebebasan perempuan seperti Amerika Syarikat, single parent banyak menjadi pilihan bagi perempuan yang berkarier. Penikahan ini tidak lagi penting. Seks bebas menjadi solusi hak reproduksi perempuan.

Dalam ICPD terlihat jelas upaya yaitu legalisi aborsi, legalisasi seks bebas, kondomisasi dan penekanan jumlah penduduk. Hal itu tampak jelas pada tujuan rencana kerja ICPD yaitu setiap tindakan seks harus bebas dari infeksi, setiap kehamilan dan persalinan harus diinginkan dan setiap kehamilan dan persalinan harus aman. Dari keempat tujuan tersebut dicanagkanlah upaya pendidikan kesehatan reproduksi remaja, peningkatan pengguanaan kondom di antara mereka yang aktif secara seksual dengan lebih dari satu pasangan-termasuk remaja, pelayanan dan akses yang terjangkau ke kontrasepsi-termasuk remaja, aborsi yang aman dan pelayanan pasca aborsi. Pada hakikatnya, program pendidikan kesehatan reproduksi adalah:
1. mengajarkan remaja untuk penggunaan alat kontrasepsi dalam pergaulan bebasnya,
2. mengajarkan penggunaan kondom dengan dalih mencegah penularan HIV/AIDS jika ingin seks yang aman (padahal sejatinya penggunaan kondom justru menumbuh suburkan seks bebas di kalangan remaja dan masyarakat) dan,
3. mengajarkan melakukan aborsi jika kehamilannya tidak diinginkan dengan dalih kesehatan (sementara sudah diketahui bahwa aborsi justru membahayakan jiwa dan kesehatan ibu).

Pada CEDAW tampak jelas upaya penghancuran hukum-hukum Islam yang terkait dengan keluarga yang tentunya berdampak pada kehancuran keluarga Muslim. Hal ini akan tampak jelas pada pasal-pasalnya. Salah satunya adalah pasal 16 (1) sebagai berikut: “Negara-negara peserta wajib membuat peraturan-peraturan yang tepat untuk menghapus diskriminasi terhadap perempuan dalam semua urusan yang berhubungan dengan perkahwinan dan hubungan kekeluargaan atas dasar persamaan antara lelaki dan perempuan, dan khususnya akan menjamin:
a. hak yang sama untuk memasuki jenjang perkahwinan,
b. hak yang sama untuk memilih suami secara bebas dan untuk memasuki jenjang perkahwinan hanya dengan persetujuan yang bebas dan sepenuhnya,
c. hak dan tanggungjawab yang sama selama perkahwinan dan pada pemutusan perkahwinan,
d. hak dan tanggungjawab yang sama sebagai orang tua, terlepas dari status kahwin mereka, dalam urusan-urusan yang berhubungan dengan anak-anak mereka. Dalam semua kasus, kepentingan anak-anaklah yang wajib diutamakan,
e. hak yang sama untuk menentukan secara bebas dan bertanggungjawab jumlah dan penjarakan kelahiran anak-anak mereka serta untuk memperoleh penerangan, pendidikan dan sarana-sarana untuk memungkinkan mereka menggunakan hak-hak ini,
f. hak dan tanggungjawab yang sama berkenaan dengan pewalian, pemeliharaan, pengawasan dan pengangkatan anak atau lembaga-lembaga yang sejenis di mana konsep-konsep ini ada dalam perundangan nasional, dalam semua kasus kepentingan anak-anaklah yang wajib diutamakan,
g. hak pribadi yang sama sebagai suami isteri, termasuk hak untuk memilih nama keluarga, profesi dan jabatan,
h. hak sama untuk kedua suami isteri bertalian dengan pemilikan, perolehan, pengelolaan, administrasi, penikmatan dan memindahtangankan harta benda, baik secara Cuma-Cuma maupun dengan penggantian berupa wang.”

Dengan menjadikan keserataan lelaki dan perempuan sebagai dalil, pada pasal tampak jelas penghancuran hokum-hukum Islam. laki-laki dan perempuan mempunyai hak yang sama untuk menikah dengan siapa saja, termasuk penikahan seorang Muslimah dengan Non-Muslim, padahal Islam jelas melarang hal ini. Perempuan mempunyai hak yang sama dengan laki-laki untuk memutuskan perkahwinan, padahal Islam mengatur peranan laki-laki sebagai kepala rumahtangga dan perempuan sebagai ummu dan robbatul baiti. Perempuan mempunyai hak sama dengan laki-laki dalam bidang perwalian, padahal Islam mengatur pewalian anak pada ayah.

Di Indonesia, acuan program-program PBB yang tertuang dalam ICPD, BPFA, CEDAW dan MDGs telah menghasilkan UU yang bila dikaji secara teliti dan mendalam berpotensi besar untuk menghancurkan nilai-nilai Islam. Hukum ketaatan isteri pada suami dipandang merendahkan perempuan, kebolehan poligami dipandang sebagai bentuk kekerasan terhadap perempuan, kepmpinan suami dalam rumahtangga dipandang subordinasi perempuan dan peranan keibuan sebagai pengekang kebebasan perempuan.

Persoalan Perempuan Dampak Kapitalisme Global

Hegemoni Negara adidaya telah menyebabkan dunia Islam dilanda krisis besar. Berbagai kesepakatan ekonomi dunia yang ditujukan bagi negara-negara berkembang hanyalah untuk melapangkan jalan eksploitasi besar-besaran sumber daya alam mereka. Kekayaan negeri-negeri ini tersedut hanya untuk kepentingan Negara adidaya, sementara hanya sedikit yang menetas bagi negeri-negeri tersebut. Berbagai bantuan lembaga-lembaga pendanaan asing yang dikucurkan melalui LSM-LSM internasional ataupun lokal hanya untuk mendanai program-program yang dipaksakan oleh lembaga-lembaga dunia. Kenyataannya saat ini program-program tersebut bertujuan untuk semakin menjerumuskan negeri-negeri ini dalam jurang krisis sosial yang parah.

Hegemoni kapitalis telah merancang satu sistem yang menyebabkan sumber daya alam negeri-negeri Muslim tersedot ke Negara-negara adidaya untuk kepentingan korporasi kapitalis global. Bagian dari sistem ini juga merancang projek pembodohan sumber daya manusia ini juga telah merancang kaum Muslimin hanya memiliki mental pekerja, hilang karakter Islam, memandang negatif hukum-hukum Islam, berpola piker hedonis, hingga akhirnya mereka menjadi bangsa yang hilang kemandirian dan berkiblat ke Barat.

Tidak dipungkiri bahawa kapitalisme adalah sumber dari krisis ekonomi dan krisis sosial. Dengan demikian persoalan kemiskinan, kebodohan, ketertindasan dan kekerasan terhadap perempuan adalah dampak dari globalisasi kapitalisme yang mencengkeram dalam-dalam setiap negeri Muslim. telah terbukti bahwa umat Islam pernah menjadi adidaya hanya kerana mereka menerapkan Islam sebagai ideologi dan sistem hidup bernegara. Rasulullah Muhammad s.a.w. telah mewariskan sistem kehidupan bernegara yang berkembang pesat dan mencapai puncaknya sebagai Negara adidaya selama 13 abad lamanya. Ketika kaum Muslimin meninggalkan hukum-hukum Islam dari kehidupan bernegara melalui melalui konspirasi sistematis dan keji dunia Barat, dengan hancurnya Khilafah Islamiyyah sebagai benteng pertahanan terakhir umat, maka secara dratis negeri-negeri Muslim meluncur menuju posisi terendah dan terjajah serta di bawah cengkeraman negara-negara Kapitalis. Strategi para kapitalis untuk mempertahankan keterjajahan umat Islam ini hanyalah dengan mencegah tumbuhnya ideologi Islam. Kerana mereka telah memahami, hanya dengan idelogi Islam, umat akan bangkit, mandiri dan mampu membebaskan diri dari hegemoni kapitalisme global.

Khilafah sebagai Solusi

Dalam sebuah laporannya, NIC (National Intelligence Council) menyebutkan salah satu ramalan yang terjadi pada tahun 2020 adalah bangkitnya Kekhilafahan Islam (Islamic Caliphate) baru. Sebuah pemerintahan Islam yang mampu memberi tantangan pada norma-norma dan nilai-nilai Barat. Laporan berjudul Mapping the Global Future yang diberitakan harian USA Today edisi 13 Februari 2005 ini ditujukan agar dunia bisa menghindari scenario buruk yang mungkin terjadi.

Barat kini telah menyadari bahawa arus pergerakan dunia Islam telah mengerucut pada satu kesadaran perlunya kesatuan dan persatuan negeri-negeri Islam. Kapitalisme adalah sebuah ideologi dan memiliki metode untuk mengglobalkan ide-ide, pemikiran dan sistem hidupnya. Sekularisme, pluralisme dan liberalisme adalah pemikiran-pemikiran dasar untuk mengokohkan hegemoni Kapitalisme. Pemikiran-pemikiran ini bercabang pada bentuk-bentuk yang kini dipopulerkan ke seluruh penjuru dunia seperti demokrasi, hak asasi manusia, kebebasan berpendapat dan berprilaku, serta keserataan gender. Kapitalisme sebagai ideologi ini hanya mampu dilawan dengan ideologi tandingannya, yakni ideologi Islam. Dalam sejarah, peradaban besar hanya akan tergantikan oleh peradaban besar lainnya. Islam adalah peradaban yang terbesar dan mulia karena diturunkan oleh Dzat yang Maha Kuasa dan Mulia, Pencipta semesta, manusia dan kehidupan ini.

Saat ini, kaum Muslimin harus bersatu mengembalikan kemuliaan mereka. Tak ada cara lain, selain mencampakkan nilia-nilai Kapitalisme dalam kehidupan bangsa dan bernegara. Selanjutnya membangun kemandirian kaum Muslimin dengan seluruh potensi yang dimiliki. Melepaskan cengkeram para penjajah di negeri-negeri mereka dan menegakkan hukum-hukum Allah S.W.T. di seluruh aspek kehidupan dalam bentuk Khilafah Islamiyyah di atas metode kenabian.

Allah S.W.T. berfirman:

“Kalian (umat Islam) adalah umat yang terbaik yang diperuntukkan bagi manusia. Menyeru kepada yang ma’ruf (hukum-hukum Allah) dan mencegah dari yang munkar (pelanggaran terhadap hukum-hukum Allah), serta beriman kepada Allah” (Ali ‘Imran:110)



p/s: Diulang cetak daripada penulisan Ishmah Chdil (Indonesia) yang boleh dihubungi di prieha@yahoo.com

Drama Politik Malaysia

Sehingga makalah ini di tulis, isu kerajaan perpaduan cetusan idea oleh Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang masih hangat di perkatakan di dada-dada akhbar arus perdana mahupun alternatif. Isu kerajaan perpaduan telah mengundang pelbagai reaksi bagi mereka yang prihatin terhadap perkembangan politik di Malaysia.

Drama politik Malaysia pasca PRU ke-12 pada 8 Mac yang lalu terus-terusan dengan episodnya yang penuh pergolakan. Bermula dengan penafian majoriti dua pertiga Barisan Nasional (BN) oleh Pakatan Rakyat (PR), episod politik di negara ini terus menarik perhatian penganalis politik dan rakyat awam.

Keputusan pilihan raya yang lepas telah memberi nafas baru kepada perkembangan politik di Malaysia yang menjadi kayu ukur bahwasanya demokrasi di Negara ini semakin matang. Rakyat mula membuka mata dan celik dengan isu-isu politik di Malaysia di mana natijahnya rakyat mula menolak politik perkauman jenama BN.

PR sendiri tidak menyangka pilihan raya yang lalu merupakan hadiah paling bermakna kepada perjuangan mereka di pentas politik Negara. Tiada siapa menyangka bahawa PR akan menawan lima negeri (Selangor, Perak, Kedah, Penang dan Kelantan). Namun begitu jalan cerita politik Negara ini semakin penuh dengan kontroversi apabila kepimpinan PR di Perak hanya sementara apabila BN merampas semula negeri itu. Sehingga kini, PR terus berusaha untuk menawan kembali Perak dan menyebabkan Perak terus-menerus dengan pergolakan. Pimpinan PR dan penyokong-penyokongnya tidak penat untuk melaungkan ‘Hidup Rakyat, Bubar DUN!’ di Parlimen mahupun muktamar PAS baru-baru ini.

Episod konflik politik di Perak diselang-selikan dengan pilihan raya kecil. Setakat ini sudah enam pilihan raya kecil (Permatang Pauh, Kuala Terengganu, Bukit Gantang, Bukit Selambau, Batang Ai, dan Penanti) mewarnai politik Malaysia selepas PRU ke-12. Terbaru adalah pilihan raya kecil yang akan di adakan di Manik Urai pada bulan Julai nanti. Kedua-dua PR dan BN akan menghantar calon mereka seterusnya sama-sama berentap untuk merebut kemenangan.

Pilihan raya kecil di Manik Urai seakan-akan tenggelam dengan isu kerajaan perpaduan yang mula di cetuskan oleh Datuk Seri Hadi awal Februari yang lalu. Ada yang menyambut baik idea itiu, malah ada juga yang menentangnya. Ramai mengatakan kerajaan perpaduan itu adalah altenatif bagi agenda “16 September” yang gagal.

Menurut pelopor idea kerajaan perpaduan, idea itu tercetus setelah mengambil kira sosio-politik Malaysia yang tidak menentu. Keadaan bertambah buruk apabila dunia mengalami kemelesetan ekonomi yang menyebabkan ratusan ribu orang kehilangan pekerjaan. Bukan itu sahaja, isu-isu seperti pendidikan, bahasa, agama, sosial, moral dan akhlak turut menyumbang kepada cetusan idea kerajaan perpaduan ini.

Walaupun begitu, isu kerajaan perpaduan itu telah menimbulkan pelbagai polemik. Ada pihak yang menyambut baik idea itu termasuk parti pemerintah. Namun, ada juga yang menolaknya termasuk pimpinan PAS sendiri. Terbaru, seperti yang dicanang-canang oleh media, Mursyidul am PAS, Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat menolak idea itu dan memberi kata dua kepada Naib Presiden PAS, Ustaz Nasharuddin Md. Isa supaya meninggalkan PAS dan masuk ke UMNO, lantaran beliau begitu menyokong idea kerajaan perpaduan. Seharusnya isu ini tidak perlu sampai ke tahap memecah-belahkan PAS dan PR sendiri kerana ia masih di tahap perbincangan dan bukannya perlaksanaan.

Satakat ini, UMNO menyambut baik dan bersedia untuk berbincang mengenai konsep dan gagasan kerajaan perpaduan. Menurut ahli parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah dalam SIASAH 8-14 Mac, “kerajaan campuran itu akan membawa kestabilan kepada Negara ini. Negara berhadapan dengan pelbagai krisis seperti Perlembagaan, ekonomi, agama dan politik yang memerlukan penyelesaian segera. Tapi BN tidak mampu melakukannya bersendirian. Inilah masanya untuk bersama.”

Malah ada juga yang selesa dengan sistem politik parti sekarang yang mengamalkan ‘two-dominant parties’. Sistem ini baik supaya ada ‘check and balance’ di antara BN dan PR sendiri. Ramai yang tidak bersetuju dengan idea kerajaan perpaduan kerana merasakan sistem politik tidak akan telus jika tidak terdapat barisan pembangkang. Selain itu, ramai juga berpendapat usaha kepada kerajaan perpaduan ini tidak mungkin terlaksana lantaran falsafah perjuangan kedua-dua parti pemerintah dan pembangkang yang sungguh berbeza. Ada yang mengatakan konsep kerajaan perpaduan sebagai utopia dan tidak realistik dengan politik semasa.

Sebagai kesimpulan, konsep dan gagasan kerajaan perpaduan yang dilontarkan oleh Datuk Seri Hadi harus diteliti dan dibincangkan oleh kesemua pihak terdiri daripada PR, BN, NGO dan ahli akademik supaya satu kata putus yang bijaksana dapat dicapai bagi menghentikan segala polemik. Perbincangan hanya akan berjaya bilamana semua pihak membincangkannya secara telus demi kemaslahatan rakyat yang pening dengan drama politik Negara yang kian tidak menentu sekarang ini. Berjaya atau tidak perlaksanaan kerajaan perpaduan ini tidak seharusnya menjadi punca kepada perpecahan di kalangan kedua-dua BN dan PR dan seterusnya menyebabkan rakyat terbanyak sengsara. Akhirnya, kami PKPIM UIAM mengharapkan pemimpin-pemimpin Negara supaya memberi fokus yang lebih kepada pembangunan masyarakat secara holistik dan mengurangkan ‘politiking’ demi kesejahteraan rakyat Malaysia. Terdapat banyak isu yang perlu diutamakan seperti isu pendidikan yang menjadi cerminan generasi akan datang. Wallahu’alam.

Ditulis oleh,
Faridah bt Mohd Tap
22 Jun 2009/Isnin

Wednesday, June 24, 2009

Sisters In Islam (SIS) diharamkan?

Muktamar Pas ke-55 yang berlangsung baru-baru ini telah membuat satu resolusi mendesak agar Sisters In Islam (SIS) diharamkan lantas ahli-ahlinya perlu menjalani proses pemulihan bagi memulihkan akidah Islamiyyah mereka yang bersifat ekstrim liberal dan sekular.

Dalam resolusi itu, Pas menggesa agar Majlis Fatwa Kebangsaan menyiasat SIS dan seterusnya mengharamkan organisasi ini jika terbukti aktiviti-aktiviti mereka melanggar syariat Islam yang sebenar.

Usul pengharaman SIS itu memang sudah dijangka akan mengundang pelbagai reaksi dari pelbagai pihak. Ada yang menyokong, malah ramai juga yang menentang usul itu termasuk beberapa anggota Pas sendiri.

Presiden Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM), saudara Yusri Mohamad mendesak agar SIS tidak di beri ruang yang lebih untuk publisiti. Beliau sebagai berkata dalam sebuah akhbar alternatif tidak menafikan tujuan penubuhan SIS sebagai sesuatu yang baik, malah beliau mengakui sumbangan dan peranan SIS dalam menjuarai isu-isu wanita Islam. Namun begitu, pokok kepada permasalahan SIS adalah asas kefahaman mereka yang terlihat terlalu ekstrim liberal dan ekstrim sekular. Natijahnya, pendekatan SIS dipandang sebagai bermasalah di kalangan masyarakat Islam.

Bagi pihak SIS, mereka telah mengambil tindakan dengan melancarkan petisyen bagi menentang pengharaman organisasi mereka yang telah lama beroperasi di Malaysia sejak tahun 1988 lagi, namun kemudian bergerak sebagai badan bukan kerajaan yang di daftarkan pada tahun 1993.

Dalam sebuah laporan berita arus perdana, Maria Chin Abdullah, Pengurus Senior SIS menyifatkan resolusi Pas itu sebagai prejudis, tidak demokratik dan ketinggalan. Turut menentang usul itu ialah Tun Mahathir, Senator Datuk Seri Sharizat Abdul Jalil, sahabat politik dari Pakatan Rakyat, DAP dan beberapa NGO lain yang menyifatkan usul itu telah menafikan kebebasan bercakap, berhimpun dan berpersatuan yang jelas tercatat di bawah Perkara 10 dalam perlembagaan Malaysia.

Dari perspektif yang lain, selain isu kerajaan perpaduan dan isu kepimpinan ulama vs. professional, isu pengharaman SIS ini telah menyebabkan perselisihan di dalam Pas, hatta dalam Pakatan Rakyat sendiri. Sudah tentu isu-isu ini menjadi bahan pelaris media arus perdana yang dikuasai oleh pihak kerajaan. Mahu tidak mahu, terdapat unsur-unsur politiking dalam nilai berita yang dilaporkan. Sebagai akibatnya,laporan-laporan berita yang disiarkan menggambarkan Islam sebagai agama yang mengongkong dan berfikiran sempit, walhal agama Islam itu bersifat universal.

Walaupun SIS diharamkan, namun ideologi liberalisme mereka akan terus berkembang dan berkembang. Jadi pembasmian dan penularan ideologi Islam liberal di kalangan masyarakat Islam ini harus didahulukan dan diutamakan tetapi bukan dengan cara mengharamkan pertubuhan itu. “Kalau kita mengharamkan SIS secara drastik, ia seolah-olah menutup peluang untuk berdialog dengan mereka sedangkan rangkaian mereka sangat luas dalam dan luar Negara” kata Nor Akmariyah, Naib Presiden (HEWI) Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM). Malah, ada juga yang mengesyorkan supaya SIS menukar namanya supaya agenda perjuangan mereka tidak mengelirukan umat Islam.

PKPIM UIAM tidak bersetuju dengan usul pengharaman tersebut namun kami sependapat dengan ABIM iaitu mengurangkan ruang untuk SIS mendapat liputan yang sangat luas dalam media massa. Ini adalah untuk kemaslahatan masyarakat Islam sendiri supaya tidak terkeliru dengan agenda utama SIS yang mempromosi kesamarataan gender bersandarkan kepada konsep ‘humancentric’ dalam segenap aspek.

Akibat kecewa dengan perangai manusia Islam yang tidak mengamalkan suruhan agamanya dengan betul, Islam di persalahkan sebagai agama yang menindas kaum wanita. Mana mungkin Islam itu agama yang menindas, kerana asal-usul perkataan Islam itu sendiri bermaksud selamat dan sejahtera. Selamat dan sejahtera dari sebarang bentuk ketidakadilan kepada manusia lelaki dan wanita. Dengan kata lain, Islam itu agama yang menjunjung tinggi keadilan sejagat dan mengutuk sebarang bentuk diskriminasi terhadap sesama manusia.

Betullah kata pepatah, ‘agama tidak pernah mengecewakan penganutnya, tetapi, penganut sesuatu agama itu sering kali mengecewakan agamanya.’ Marilah sama-sama kita insafi tentang peranan kita sebagai kaum Muslimin. Adakah kita membanggakan agama Islam di mata masyarakat dunia atau sebaliknya.? Persoalan inilah yang akan mengakhiri penulisan ringkas kali ini. Renung-renungkan. Wallahu’alam.

Monday, June 1, 2009

JENAYAH ROGOL DAN KESEDARAN DIRI WANITA.


Rogol. Satu perkataan yang amat di geruni oleh setiap wanita. Ia merupakan satu jenayah seksual di mana dari sudut undang-undang ia merupakan satu perbuatan memasukkan alat sulit lelaki ke dalam alat sulit wanita tanpa kerelaan atau di atas paksaan. Selain itu, bagi remaja perempuan yang berumur bawah 16 tahun, hubungan seks atas dasar suka sama suka juga di kategorikan sebagai jenayah rogol dan boleh disabitkan dengan hukuman yang ditentukan oleh mahkamah.
Saban hari, ada sahaja kes-kes rogol dilaporkan di media massa. Dan setiap kali itu juga darah berderau dan perasaan simpati menyelinap mengenangkan diri mangsa dan keluarganya. Mengikut laporan terdapat 1,060 kes rogol di seluruh negara yang dilaporkan sepanjang Januari hingga April 2008. Namun begitu, angka tersebut tidak termasuk dengan kes-kes rogol yang tidak dilaporkan kepada pihak berkuasa. Jenayah rogol ini seolah-olah menjadi trend masyarakat maju di mana setelah lebih dari separuh abad Malaysia mencapai kemerdekaan, statistik jenayah rogol sentiasa mencatatkan peningkatan walau dari segi undang-undang, hukuman bagi kesalahan ini amat berat.
Malah mengikut laporan yang dikeluarkan oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) merujuk tahun 1998 hingga 2000, Malaysia merupakan negara nombor dua di Asia yang paling tinggi mencatat kes jenayah rogol termasuk mangsa mengenali suspek. Adalah penting untuk dinyatakan juga disini, bahawa di Amerika , misalnya, Amnesty International menyatakan dalam satu laporan 2004 yang bertajuk “Hentikan Keganasan Terhadap Wanita” di mana setiap 90 saat seorang wanita dirogol sepanjang tahun itu. Kita takut trend ini akan menular ke Malaysia jika tidak di bendung secara serius oleh semua pihak.
Kekejaman jenayah rogol ke atas wanita tidak lagi mengenal usia, hubungan persaudaraan dan cara berpakaian. Ini kerana, kebanyakkan kes yang di laporkan menunjukkan jenayah rogol ke atas kanak-kanak juga semakin meningkat. Tentu kita masih ingat lagi peristiwa yang menggemparkan Malaysia tentang kekejaman seksual yang penuh sadis terhadap Allahyarhamah adik Nurin Shazlin Jazimin, adik Siti Syazwani dan adik Nurul Huda Ghani beberapa tahun dahulu. Mereka merupakan contoh mangsa jenayah rogol yang di bunuh dengan begitu kejam sekali.
Menurut penganalisis jenayah tanah air, Kamal Affandi Hashim, jumlah keseluruhan mangsa rogol di bawah umur 15 tahun di kalangan kanak-kanak atau fidofilia (pelaku seks yang menjadikan kanak-kanak sebagai mangsa) sepanjang Januari hingga April 2008 ialah 586 orang. Angka ini sudah tentu membuatkan para ibu dan bapa tidak tidur lena tentang keselamatan anak-anak perempuan mereka. Kes sumbang mahram juga begitu membimbangkan. Menurut Ibu Pejabat Polis DiRaja Malaysia, Bukit Aman, sebanyak 161 kes sumbang mahram dilaporkan.
bagi Januari hingga Jun 2008.
Kesan jenayah rogol bukan sahaja menyebabkan mangsa trauma sepanjang hidup, malah ahli keluarga mangsa juga tertekan. Paling menyayat hati, jika mangsa rogol menemui ajal akibat di bunuh oleh syaitan yang bertopengkan manusia. Trend rogol dan bunuh dengan cara membakar, menggantung, dan melemaskan mangsa ini juga kian meningkat saban tahun. Menurut laporan dari tahun 1984 hingga Februari 2006 , terdapat 87 kes rogol –bunuh, dan dari jumlah 87 kes ini, hanya 23 kes, atau pun 26.4% di selesaikan dengan pesalah dijatuhi hukuman. Sekali lagi, fakta ini sudah tentu telah mencuri ketenteraman hidup para wanita. Angka-angka jenayah rogol yang tidak pernah menunjukkan penurunan bisa membuat semua wanita tidak kira kanak-kanak, remaja, ibu hatta nenek sekalipun merasa diri tidak tenteram dan rasa terancam tidak kira di rumah apatah lagi di luar rumah.
Disebabkan itu, kesedaran dari dalam diri wanita amat penting tentang penjagaan keselamatan diri mereka sendiri. Pendedahan tentang peri pentingnya menjaga keselamatan diri perlu di lakukan dengan segera dan konsisten dari semasa ke semasa. Semua pihak yang terdiri daripada ibu bapa, sekolah, badan-badan bukan kerajaan, parti-parti politik dan pihak kerajaan harus menunjukkan kesungguhan dalam membanteras gejala rogol yang kejam ini. Kanak-kanak dan remaja wanita harus di dedahkan tentang penjagaan keselamatan diri kerana mereka merupakan golongan sasaran perogol yang tidak berperikemanusiaan. Oleh yang demikian, ceramah dan bengkel-bengkel keselamatan diri perlu di anjurkan sebagai program wajib bagi setiap sekolah di seluruh Negara. Kerjasama dari pihak kerajaan dan badan-badan bukan Kerajaan amat di dambakan bagi menangani gejala kejam ini.
Melihatkan kepada statistik jenayah rogol yang kian meruncing, Majlis Hal Ehwal Wanita Islam (HEWI) Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) dengan penuh kesedaran dan tanggungjawab telah membuat beberapa perancangan untuk menganjurkan Bengkel Keselamatan untuk Remaja (BESTARI) di peringkat pusat matrikulasi dan sekolah-sekolah. Kami juga merayu organisasi-organisasi bukan kerajaan dan Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat untuk memberikan kerjasama kepada pelaksanaan perancangan ini. Semoga usaha yang kecil ini dapat membantu mengurangkan seterusnya mensifarkan jenayah rogol di Negara ini. Wallahu’alam.
“Kesedaran Adalah Kunci Keselamatan Diri Anda”

Faridah binti Mohd Tap
Aktivis Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia
PKPIM-ABIM-WADAH

Beberapa Tip-Tip Bestari Hindari Jenayah Rogol & Penderaan Seksual Terhadap Kanak-Kanak.
(dipetik dari Majalah Nur, Jun 2009)
1. Jenayah Rogol
 Jika anda ibu bapa, ambil tahu di mana anak-anak anda berada.
 Jika anda keluar sendirian, beritahu ibu bapa atau rakan mengenai rancangan perjalanan dan siapa yang bersama anda.
 Berhati-hati dengan persekitaran terutamanya di tempat sunyi dan gelap.
 Paparkan keyakinan ketika berjalan.
 Jangan berjalan sendirian terutamanya waktu malam.
 Jika gunakan pengangkutan awam, cuba duduk dengan penumpang wanita.
 Was-was dengan orang yang tidak dikenali melepak dengan anda di tempat awam.
 Hati-hati dan keluarkan kunci lebih awal semasa berjalan ke kereta.
 Letak kereta di tempat terang, minta pengawal keselamatan iring anda jika rasa tidak selamat.
 Gunakan lif bersama orang ramai. Elak gunakan lif di tempat sunyi denagn orang yang tidak dikenali.
 Jangan terima jemputan orang yang tidak dikenali.
 Jangan terima minuman daripada orang yang tidak dikenali.
2. Penderaan Seksual Kanak-Kanak
 Ajar anak-anak nama yang betul bahagian sulit tubuh mereka.
 Ajar anak-anak bahawa tiada siapa yang berhak menyentuh mereka tanpa kebenaran.
 Ajar anak-anak mereka berhak menyatakan tidak jika mereka merasa tidak selesa.
 Beritahu anak-anak mereka mesti dapatkan kebenaran ibu bapa sebelum meninggalkan rumah, kemana mereka ingin pergi, rancangan perjalanan dan dengan siapa mereka pergi.
 Galakkan anak-anak berterus-terang sesuatu hal yang luar biasa berlaku pada mereka.
 Ajar anak-anak jangan buka pintu kepada orang yang tidak dikenali sekalipun orang itu memberitahu dia kenal ibu bapa.
 Bincang secara terbuka isu penderaan seksual dan bagaimana melindungi keselamatan diri.
 Bagi ibu bapa, tumpukan perhatian dan dengar bicara anak-anak.



Sunday, May 31, 2009

Penguatkuasaan Pemakaian Topi Keledar Bermula 1 Julai 2009


UIAM, 27 Mei- Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) UIAM telah menganjurkan satu sesi dialog antara pihak pentadbiran dan pelajar UIAM mengenai isu-isu kebajikan yang berlangsung di Experimental Hall pada jam 8 hingga 11 malam. Dialog ini dianjurkan adalah bertujuan untuk memberi penjelasan tentang penguatkuasaan pemakaian topi keledar bermula 1 Julai 2009.

Pihak pentadbiran UIAM telah di wakili oleh Dr. Akmal Khuzairy Abdul Rahman (Pengarah S-Dev), Encik Muhammad Azrul Hazerin Abdul Razak (Penolong Pengarah di Legal Unit) dan Encik Abd Wahab Hj. Zawawi (Pegawai Keselamatan). Manakala moderator bagi dialog ini dikendalikan oleh Saudara Mohd Hairuzaim Md Zin.

Setelah sekian lama, penguatkuasaan pemakaian topi keledar secara mendadak ini telah mengundang tanda tanya kepada pelajar malah ramai juga yang membantah. Inilah tujuan utama dialog ini iaitu menyediakan medium kepada pelajar bagi mendapatkan penjelasan dari pihak pentadbiran dan seterusnya menemui kata sepakat. Walupun demikian, dewan kelihatan lengang dan sepi dengan jumlah kehadiran tidak lebih 50 orang para pelajar.

Menurut Dr. Akmal Khuzairy, penguatkuasaan pemakaian topi keledar ini adalah respons kepada aduan-aduan dari pelbagai pihak mengenai perbuatan sesetengah penunggang motosikal dari kalangan pelajar yang tidak memakai topi keledar ketika keluar dari kawasan UIAM. Menurut beliau lagi, faktor utama kepada penguatkuasaan ini adalah atas arahan Jabatan Keselamatan Jalan Raya (JKJR).

Selain faktor-faktor di atas, En. Muhammad Azrul mengatakan faktor keselamatan pelajar dan undang-undang juga di ambil kira bagi menguatkuasakan pemakaian topi keledar ini. Menurut beliau, tidak ada sebuah universiti pun yang terkecuali dari undang-undang topi keledar ini. Disebabkan itu, penguatkuasaan undang-undang ini di UIAM seharusnya tidak menjadi suatu isu yang besar.

En. Abdul Wahab pula menyatakan pemakaian topi keledar yang berkuatkuasa pada 1 Julai ini adalah satu usaha untuk mengimplementasi undang-undang secara serius di UIAM ini. Menurut beliau lagi, undang-undang ini bukanlah baru kerana ia sudah lama tercatat didalam buku disiplin bagi pelajar iaitu kesalahan no.57 (Offence 57). “Selain itu, undang-undang ini adalah selari dengan Akta Pengangkutan 1987”, tambah beliau lagi.

Pihak pentadbiran universiti berharap para pelajar dapat menerima keputusan mengenai penguatkuasaan pemakaian topi keledar bermula pada 1 Julai tahun ini demi menjaga keselamatan dan kebajikan para pelajar di Taman Ilmu dan Budi.

Wednesday, January 14, 2009

Bekalan Air Terganggu Ekoran Kemalangan Di Lebuhraya Karak


KUALA LUMPUR, 13 Jan (Bernama) - Kemalangan di KM28 Lebuhraya Karak-Kuala Lumpur pukul 3.30 petang ini yang mengakibatkan tumpahan minyak kelapa sawit, menyebabkan gangguan bekalan air di lapan kawasan utama membabitkan 18,000 pengguna.


Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (Syabas) dalam satu kenyataan di sini berkata tumpahan minyak kelapa sawit itu mencemarkan sumber air mentah di Loji Rawatan Air Sungai Gombak.
“Syabas telah melakukan pengalihan bekalan air dari sumber yang lain bagi mengurangkan jumlah kawasan gangguan dan sedang giat melakukan kerja-kerja pemulihan bagi mengatasi pencemaran minyak kelapa sawit di muka sauk,” kata kenyataan itu.


Antara kawasan yang terbabit ialah Universiti Islam Antarabangsa (UIA), British Malaysian Institute (BMI), Sekolah Menengah Teknik Gombak, Sekolah Menengah Integrasi Gombak, Tol Lebuhraya Karak, Sekolah Al-Amin Gombak, International Islamic School dan Stesen Minyak BHP Lebuhraya Karak.


Menurut kenyataan itu Syabas telah mengaturkan penghantaran air kecemasan menggunakan lori tangki ke lapan kawasan berkenaan bagi meringankan beban gangguan bekalan air kepada pengguna.


Puncak Niaga (M) Sdn Bhd, selaku operator loji rawatan air di Sungai Gombak melantik kontraktor untuk menjalankan kerja-kerja pembersihan di sungai yang tercemar.
Pengguna dinasihatkan menghubungi Pusat Perkhidmatan Pelanggan (PUSPEL) di talian bebas tol 1-800-88-5252 untuk maklumat lanjut.

Friday, October 24, 2008

Dr Mahathir sokong Datuk untuk Shah Rukh Khan

"Datuk Shah Rukh Khan". begitulah namanya sekarang. Bila difikirkan kembali, gelaran datuk kepada Shah Rukh Khan ini adalah atas jasanya mempromosikan Malaysia terutamanya di negeri melaka. Dia mempromosikannya melalui filemnya dan di saksikan oleh peminatnya di selturuh dunia. Begitu besar jasanya kepada Malaysia.

Hari ini dalam Malaysiakini Dr Mahathir pun bersetuju untuk diberikan gelaran Datuk kepada SRK. Apa-apapun di sini momentum ingin bertanya kepada semua?

Mengapa tidak diberikan gelaran Datuk juga kepada Jackie Chan yang seringkali membuat filem di Malaysia. Banyak filemnya yang dilakukan di Malaysia. Mengapa?

Oleh itu, kita semua rakyat Malaysia perlu pandai dalam menghargai orang lain. Adakah dengan memberi gelaran kepada SRK, golongan muda dapat berubah menjadi baik? Adakah SRK dapat dijadikan contoh teladan oleh semua terutama golongan muda? Adakah masyarakat akan menjadi baik?

"Sama-samalah kita fikirkannya"



Bersama ini artikel yang dipetik dari Malaysiakini.


Tun Dr Mahathir Mohamad mempertahankan penganugerahan pingat Datuk kepada pelakon terkenal Shah Rukh Khan atas jasa-jasanya mempromosikan Malaysia melalui filem-filemnya.

Bekas perdana menteri berkata bintang Bollywood itu "lebih berjasa" daripada beberapa tokoh negara luar yang pernah diberikan anugerah dan pingat kebesaran Malaysia.

shahrukh khanMenurut beliau lagi, Shah Rukh Khan antara pelakon tersohor yang berminat membuat filem di negara ini selepas ditawarkan olehnya sehingga Malaysia menjadi destinasi pembikinan filem beberapa lagi syarikat dari Mumbai.

"Saya telah usaha untuk menarik syarikat-syarikat perfileman Bollywood untuk membuat filem di sini kerana ia akan memperkenalkan Malaysia bukan sahaja kepada penonton filem di India tetapi di Eropah juga.

"Tujuannya ialah untuk menarik pelancong ke Malaysia.

"Antara yang sambut jemputan saya ialah Shah Rukh Khan. Dia amat tertarik dengan pemandangan di Malaysia.

"Banyaklah filemnya yang mempunyai latar tempat-tempat yang menarik di Malaysia," kata Dr Mahathir di blognya hari ini, mengulas pertikaian beberapa pihak berhubung keputusan kerajaan Melaka menganugerahkan gelaran Datuk kepada pelakon itu.

"Kerana Shah Rukh Khan memilih Malaysia untuk membuat filem-filemnya, banyak syarikat perfileman Bollywood lain turut memilih Malaysia untuk membuat filem mereka."

Beliau juga melahirkan rasa kesalnya dengan bantahan pihak-pihak itu dengan berkata "saya berasa malu apabila anugerah Datuk kepada Shah Rukh Khan dipertikaikan."

Thursday, October 23, 2008

Kebebasan media M'sia merudum lagi..

Kebebasan media di Malaysia jatuh merudum di mata antarabangsa apabila kedudukannya dalam Indeks Kebebasan Akhbar merosot lagi lapan anak tangga.

Daripada 173 negara yang ditinjau, Malaysia berada di tangga ke 132 berbanding 124 pada tahun lepas, demikian menurut organisasi pemantau kebebasan media, Wartawan Tanpa Sempadan (RSF) yang berpangkalan di Paris hari ini.

Kedudukan baru ini meletakkan Malaysia lebih teruk berbanding tahap kebebasan di beberapa negara Afrika seperti Nigeria (di tangga 131) dan Cameroon (129) dan hanya baik sedikit berbanding Chad (133), Sudan (135) dan Bangladesh (136).

Tahun lalu, Malaysia merosot mendadak sebanyak 32 anak tangga berbanding kedudukan ke-92 pada 2006.

Menurut laporan RSF, kerajaan Malaysia menerima "kritikan menggunung" bawah pemerintahan Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi akibat mengenakan tindakan keras terhadap media, termasuk penulis blog.

Media utama selalunya terpaksa mengecilkan liputan atau mengabaikan banyak program parti pembangkang dan NGO, misalnya demonstrasi Barisan Bertindak Hak-hak Hindu (Hindraf) tahun lepas dan mengarahkan media menghentikan perbahasan tentang status negara Islam Malaysia.

Kes-kes lain termasuklah pengharaman akhbar Tamil Makkal Osai, pengharaman nama Allah di mingguan Kristian The Herald dan penamatan kolum penulis berwibawa Zainah Anwar dan Amir Muhammad di New Straits Times.

Penulis blog juga tidak terlepas daripada mendapat ancaman saman dan tangkapan polis, lapor RSF.

Petugas media beberapa akhbar seperti Malaysia Nanban dan Guangming Daily turut diserang oleh penyokong parti kerajaan.

Laporan itu juga mendakwa, media-media arus perdana didapati dikawal kerajaan dan mengamalkan swa-saringan.

Negara-negara jiran menikmati kebebasan akhbar yang lebih baik - dengan Indonesia di tangga ke-111 dan Thailand (124).

Bagaimanapun indeks kebebasan Singapura lebih buruk daripada Malaysia di kedudukan 144.

RSF merupakan organisasi terkenal yang memantau kebebasan akhbar di seluruh dunia sejak 1985.

Wednesday, October 22, 2008

Hormat-menghormati Kunci keharmonian Manusia Sejagat


Kami pihak PKPIM UIAM amat kecewa dengan tindakan majalah bulanan Titanic yang ingin mengadakan pertandingan kontroversi mencari wajah serupa dengan Nabi Muhammad S.A.W. Pertandingan menunjukkan peserta membaca Al-Qur’an dan meniru cara Nabi Muhammad berjalan, bercakap dan bergerak.

Walaupun begitu, kami juga bersyukur kepada Allah Taala, kerana dengan kekuasaannya, pertandingan yang tidak menghormati sesitiviti umat Islam itu dibatalkan. Pembatalan dibuat oleh pihak berkuasa Jerman apabila mereka sedar pertandingan ini akan mengundang kemarahan umat Islam seluruh dunia.

Seharusnya pihak Barat perlu mengambil pengajaran daripada peristiwa yang berlaku pada tahun 2005 apabila akhbar Denmark, Jyllands-Posten atas nama kebebasan bersuara sewenang-wenangnya menyiarkan 12 karikatur yang mempersendakan Rasulluah.

Peristiwa yang mengundang kemarahan dan protes daripada umat Islam di setiap pelusuk dunia harus difahami oleh pihak Barat bahawa hormat-menghormati antara satu sama lain yang berbeza agama dan budaya adalah kunci keamanan manusia sejagat.

Apa makna kebebasan bersuara jikalau ia hanya menjadikan seluruh manusia berpecah-belah, hatta berbunuh-bunuhan.Kebebasan bersuara perlu mengambil kira kepelbagaian manusia serata dunia. Setiap masyarakat manusia tidak kira di utara, selatan. timur dan barat mempunyai mempunyai budaya yang berbeza. Budaya sesebuah masyrakat itu pula tidak sama kerana dicorakkan oleh beberapa elemen.

Terdapat empat elemen yang membentuk budaya masyarakat. Pertama, elemen sejarah. Setiap masyarakat manusia mempunyai sejarah yang tersendiri dan unik. Sejarah ini kemudiannya diperturunkan dari satu generasi kepada generasi yang terkemudian. Sejarah umat Islam tidak sama dengan sejarah yang berlaku di Barat. Oleh itu, sudah pasti budaya hidup kita berbeza. Sejarah mengajar manusia hari ini bagaimana ingin menjalani kehidupan. Kesilapan yang berlaku pada masa lampau, seharusnya tidak diulangi oleh generasi masa kini.

Elemen kedua yang tidak kurang pentingnya ialah agama. Sesebuah masyarakat mempunyai kepercayaan agama yang menjadi anutan setiap individu dalam masyarakat tersebut. Sebagai contoh, masyarakat Melayu amat sinonim dengan Islam dan Barat dengan Kristian. Masing-masing mempunyai kepercayaan agama yang berbeza. Banyak juga krisis yang berlaku di dunia dewasa ini adalah didorong oleh faktor tidak hormat dengan sensitiviti setiap agama masing-masing. Namun begitu, setiap ajaran agama mengajak penganutnya untuk berbuat kebaikan pada setiap manusia. Apatah lagi Islam sebagai agama Allah yang suci. Jika setiap orang menolak kehidupan sekular dan berpegang teguh dengan ajaran agama masing-masing sudah pasti konflik sesama manusia dapat dikurangkan.

Nilai-nilai murni juga menjadi elemen dalam pembentukkan sesebuah masyarakat. Nilai amat berkait-rapat dengan budaya. Nilai-nilai murni adalah kayu ukur yang menjadi petunjuk bagaimana sesebuah masyarakat harus menjalani kehidupannya. Nilai itu sudah pasti berbeza antara sesebuah masyarakat dengan masyarakat yang lain. Begitupun, nilai yang dikongsi oleh setiap manusia untuk hidup harmoni adalah menghormati perbezaan yamg wujud antara satu-sama lain.

Elemen keempat ialah institusi sosial. Institusi sosial ini termasuklah keluarga, kerajaan, institusi pendidikan dan lain-lain yang membantu mencorakkan budaya seseorang individu dan seterusnya masyarakat. Institusi-institusi sosial memainkan peranan yang penting dalam mempromosikan nilai-nilai murni yang akan membentuk seseorang individu yang tahu menghormati dan menerima keunikan setiap inividu dan masyarakat.

Elemen yang terakhir yang mempengaruhi kepelbagaian budaya sesebuah masyarakat serata dunia ialah bahasa. Kepentingan bahasa adalah penting sebagai medium untuk manusia berkongsi idea, pendapat dan perasaan. Bahasa termasuklah bahasa secara lisan dan bukan lisan seperti gerak badan dan tulisan. Bahasa juga boleh menjadi penyatu umat manusia ataupun sebaliknya. Lihat sahaja konflik yang berlaku antara Islam dan Barat. Pihak Barat yang memperkotak-katikkan Rasulullah dalam 12 karikatur dalam sebuah akhbar di Denmark membawa mesej mereka tidak menghormati umat Islam yang mewakili 1/3 penduduk di dunia ini.

Kami tidak pula meyalahkan pihak Barat secara total. Untuk berlaku adil dan objektif, umat Islam sendiri sering bertelagah antara satu sama lain hatta atas perkara-perkara kecil. Disebabkan kelalaian umat Islam sendiri, para musuh Islam serata dunia mencari peluang untuk menjatuhkan kita. Ya, amat susah untuk kita melahirkan rasa kebersamaan jika kita meletakkan kepentingan personal melebihi kepentingan umat Islam sendiri. Umat Islam tidak akan kuat dan maju jika tidak bersatu atas nama Islam. Biarlah kita berbeza wasilah dalam membawa nama Islam namun janganlah pula kita mengatakan kitalah yang terbaik dan betul semata-mata. Perbezaan manusia adalah rahmat Allah bagi mereka yang berfikir. Akhirnya, hormat-menghormati adalah kunci keharmonian manusia sejagat. Fikir-fikirkanlah.

Allahuakbar 3x
Allahumma solli ‘ala Muhammad.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...