Subscribe

RSS Feed (xml)

Powered By

Skin Design:
Free Blogger Skins

Powered by Blogger

Wednesday, November 11, 2009



LAPORAN SEMINAR: PERANAN WANITA DALAM PEMBANGUNAN NEGARA


10 November 2009, Selasa- Lima orang wakil HEWI PKPIM termasuk HEWI PKPIM UIAM telah menghadiri seminar wanita “ Talk on the Role of Women in Nation Building” yang disampaikan oleh YAB Tun Dr. Mahathir Mohamad anjuran Institut Pengupayaan Wanita bagi Anggota Pergerakan Negara-negara Berkecuali (NIEW) di Hotel JW Marriot, Kuala Lumpur.

Lebih 100 orang wakil daripada pelbagai badan bukan kerajaan (NGO) dan persatuan-persatuan wanita hadir dalam seminar yang berlangsung pada jam 12:00 tengahari itu. Antara individu-individu penting yang hadir ialah Tun Siti Hasmah, Dato Seri Sharizat, Dato’ Rafeah Salim dan Puan Sheqal (UAE). Tidak ketinggalan wakil Abim, YADIM, Nisa’ Kebangsaan dan Persatuan Ibu Tunggal Selangor,juga turut kelihatan, personaliti TV, Wardina Safiyyah dan penulis jemputan Majalah I, Kapten Hafiz.

Intipati seminar itu banyak membicarakan peranan wanita dalam pembangunan Negara. Pemerkasaan wanita merupakan antara agenda penting Negara. Sehubungan dengan itu, mereka telah sama-sama diberi peluang dan ruang untuk memberikan sumbangan bagi menjayakan misi ini. Kehadiran wanita dalam pelbagai lapangan seperti penulisan, advokasi, kejuruteraan, pertanian, pengurusan sosial, politik, ekonomi dan lain-lain telah menaik taraf kehidupan wanita di Negara ini setapak kehadapan.

Tun Mahathir dalam ucaptamanya juga menyatakan, bahawa wanita diberi peluang untuk meningkatkan taraf hidupnya, tetapi pada masa yang sama, beliau menasihati supaya para wanita tidak pergi melebihi had dengan mendesak hak kesemarataan jantina sepertimana yang berlaku di dunia Barat. Wanita dan lelaki harus berjalan seiringan dalam membangunkan Negara yang maju.

Melihat kepada penyakit sosial dikalangan anak-anak muda yang meningkat dari semasa ke semasa akibat daripada kurangnya perhatian daripada ibu bapa, Tun Mahathir juga menasihati supaya ibu bapa terutamanya kaum ibu yang bekerjaya menyediakan sedikit masa yang berkualiti (quality times) untuk anak-anak mereka. Ini penting kerana anak-anak bakal membentuk masyarakat pada masa hadapan.

Sebelum seminar berakhir, tetamu jemputan dihidangkan dengan tayangan video ringkas mengenai kronolgi pembangunan wanita di Malaysia yang akhirnya dari buah fikir Tun, maka lahirlah Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat yang menyaksikan Dato’ Seri Sharizat sebagai menteri pertama yang memegang portfolio kementerian tersebut.

Seminar berakhir pada jam 2:30pm dengan penyerahan cenderahati kepada YAB Tun Dr. Mahathir oleh Presiden NIEW, Dato’ Rafeah Salim diiringi oleh Dato’ Seri Shahrizat Abdul Jalil.


Laporan oleh,

Faridah Mohd Tap
11 November 2009.

Monday, November 9, 2009


USRAH PKPIM-ABIM-WADAH

FORUM KHAS:

PERKUKUH FAHAM AHLUS SUNNAH WAL JAMAAH

PENCERAMAH:

DATO' HASHIM YAHAYA &
PROF.MADYA ABD HALIM EL-MUHAMMADY.


Hari/Tarikh: Selasa/10 November 2009
Masa: 830 malam
Tempat: Kolej Dar al-Hikmah(KDH)

Ayuh sahabat-sahabat sekalian,
jikalau tiada aral melintang, mari kita sama-sama mendatangi majlis ilmu ini.
semoga kehidupan kita lebih diberkati. InsyaAllah.

Wassalam :)

Monday, November 2, 2009

Seminar Pendidikan Tinggi Islam: Membina Generasi Ilmuwan Ulu’l Albab

Pada hari Sabtu, bersamaan 31 Oktober 2009, beberapa wakil PKPIM UIAM telah menyertai sebuah seminar Pendidikan Tinggi Islam sempena sambutan 20 tahun Kolej Dar al-Hikmah di Institut Latihan Kehakiman dan Perundangan (ILKAP), Bangi . Tema seminar tersebut adalah ‘Membina Generasi Ilmuwan Ulu’l Albab.


PKPIM-ABIM-WADAH komited terhadap aspek pendidikan Islami yang menjadi tunjang utama dalam perjuangan kami. Justru itu, seminar ini adalah suatu manifestasi kepada perjuangan itu. Kehadiran peserta amat memberangsangkan dimana dewan auditorium dipenuhi dengan pecinta-pecinta ilmu pelbagai lapisan umur sehingga kerusi tambahan terpaksa disediakan.


Antara pembentang-pembentang kertas kerja yang menjayakan seminar itu adalah Prof. Emiritus Dr. Osman Bakar, Al-Fadhil Ustaz Uthman El-Muhammady, Dr. Ahmad Satori Ismail, Prof. Nik Aziz Nik Pa, Dr. Yap Sin Tian dan Prof Dr. Sidek Baba. Secara umum, kertas kerja yang dibentangkan berkisarkan tentang siapakah Ulu al-Albab, pendidikan al-Hikmah dan cabaran pendidikan yang liberatif.


Seminar yang berlangsung pada jam 9 pagi dimulai dengan ucaptama yang menampilkan ilmuwan yang banyak berjasa, Prof. Dr. Muhammad Kamal Hassan dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia. Intipati ucapan beliau berkisarkan ‘Ulu al-Albab: Model Keintelektualan Islam yang Murni dan Masa Depannya yang Dinantikan’. Beliau menekankan konsep ‘intelek murni’ bagi tujuan memudahkan masyarakat awam dan bukan Islam mendekati wacana ilmiah Islam dalam menerangkan dan memahami konsep Ulu al-Albab.


Apakah yang dimaksudkan dengan intelek murni Ulu al-Albab (UA)? Dalam kertas kerja yang disediakan, beliau menyebut “intelek murni UA ternyata ialah intelek yang amat bimbang, bukan terhadap pertimbangan atau sanjungan manusia, tetapi terhadap pertimbangan negatif Ilahi yang membawa kepada kehinaan yang paling memalukan di hadapan Allah (S.W.T).......UA bukanlah ilmuwan atau cendikiawan yang dihimpit oleh penyakit ‘ujub atau inginkan sanjungan dan pujian manusia kerana merasakan kehebatan yang terdapat pada dirinya.”


Dalam perenggan lain, Prof .Muhammad Kamal menyebut, “ intelek-intelek murni inilah yang telah menggabungkan ilmu agama dengan ilmu dunya dan ilmu alam tabi’i sebagai asas pembangunan peradaban Islam yang bersepadu di zaman kegemilangannya.”


Umum telahpun mengetahui peri pentingnya pendidikan dalam melahirkan masyarakat manusia yang beramal soleh dan beradab. Namun, persoalan utama ialah penghayatan terhadap falsafah kependidikan ini yang masih lagi gersang dikalangan masyarakat. Faktor luaran seperi indusri pendidikan telah melahirkan golongan masyarakat yang berlumba-lumba menimba illmu untuk kepentingan peribadi, pendidikan humanis-sekular yang menolak kewujudan Tuhan telah melahirkan manusia-manusia ingkar dan angkuh dan pebagai faktor lain yang merugikan.


Sehubungan dengan itu, pendidikan Islami hadir sebagai alternatif kepada kepincangan-kepincangan pendidikan acuan Barat. Falsafah pendidikan Islam bertitik tolak daripada Falsafah tauhid, dimana pada akhirnya ia melahirkan manusia dan ilmuan yang disebut didalam al-Quran sebagai ULU AL-ALBAB. Jadinya, pemerkasaan pendidikan Islami harus dijayakan dari semasa ke semasa oleh semua pihak. InsyaAllah.


Bismillahirrahmanirrahim,

“Ya Allah, kami berlindung kepada-Mu dari ilmu yang tidak bermanfaat, hati yang tidak khusyuk, doa yang tidak didengar, dan amal yang tidak diterima.

Ya Allah, keluarkanlah kami dari kegelapan prasangka, muliakanlah kami dengan cahaya kefahaman, bukakanlah pengertian ilmu kepada kami dan bukalah untuk kami pintu-pintu anugerah-Mu, wahai Zat yang Paling Penyayang.

Ya Allah, terangilah pandangan kami dengan Al-Qur’an. Dan dengannya lapangkanlah hati kami dan dapatlah kiranya beramal dengannya. Lancarkanlah lidah kami dalam mengucapkannya, dan teguhkanlah hati kami dengannya dan percepatkanlah kefahaman kami dengannya serta teguhkanlah tujuan kami dengannya dengan sebab daya dan kekuatan-Mu, kerana tiada upaya untuk menjauhkan maksiat, melainkan dengan pertolongan-Mu, Ya Tuhan Maha Pengasih sekalian yang berkasih sayang.

Ya Allah, kami menitipkan kepada-Mu ilmu yang telah Engkau ajarkan kepada kami, maka perkenankanlah kiranya Engkau mengembalikannya lagi kepada kami ketika kami memerlukannya. Dan janganlah hendaknya Engkau melupakannya, wahai Tuhan semesta alam. Amin Ya Rabbal ‘Alamin.”



Wednesday, October 28, 2009

Belanjawan 2010 dan Golongan Pelajar.

Belanjawan 2010 dan Golongan Pelajar.

Sebagai generasi pelajar, seharusnya kita tidak boleh tidak mesti mengikuti belanjawan negara yang secara tradisinya dibentangkan setiap hujung tahun. Pembentangan belanjawan Negara ini merupakan gambaran kasar kepada belanjawan Negara, kemana ia disalurkan dan siapa yang mendapat manfaatnya. YAB Perdana Menteri melalui pembentangan belanjwan 2010 menekankan semangat 1Malaysia; rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan.

Berikut adalah petikan teks ucapan belanjawan 2010 yang telah disampaikan oleh YAB Dato’ Seri Mohd Najib bin Tun Abdul Razak yang telah dibentangkan dalam sidang Parlimen pada 23 Oktober 2009 bersamaan hari jumaat. Petikan tersebut merujuk kepada manfaat belanjawan kepada generasi pelajar.

Menjaga Kebajikan Golongan Pelajar.*

Selain itu sebagai galakan, kerajaan berhasrat memberi ganjaran kepada pelajar yang cemerlang dalam pendidikan. Untuk ini, kerajaan akan:

Pertama: menganugerahkan Biasiswa Nasional kepada 30 pelajar terbaik atau crème de la crema berasaskan kepada merit sepenuhnya. Penyandang Biasiswa Nasional ini akan melanjutkan pelajaran ke universiti tersohor di dunia;

Kedua: menukar pinjaman PTPTN kepada biasiswa bagi pelajar yang berjaya menamatkan pengajian ijazah sarjana muda kelas pertama atau setaraf dengannya bermula 2010;

Ketiga: kerajaan prihatin terhadap kebajikan golongan pelajar terutama mereka yang datang daripada kalangan keluarga berpendapatan rendah. Untuk itu, kita akan memberi diskaun tambang 50 peratus bagi perkhidmatan kereta api KTMB jarak jauh kepada pelajar berumur 13 tahun sehingga mereka masih bertaraf pelajar. Kad diskaun pelajar 1Malaysia percuma boleh diperoleh dari KTMB. Diskaun tambang ini bermula 1 Januari 2010; dan

Keempat: menawarkan pakej netbook termasuk perkhidmatan broadband percuma, kepada pelajar universiti dengan bayaran RM50 sebulan untuk tempoh dua tahun. Pakej ini adalah jauh lebih murah daripada harga semasa di pasaran dengan prioriti diberikan kepada pelajar tahun pertama dan dari keluarga berpendapatan rendah. Sebagai permulaan, pakej ini akan ditawar oleh Telekom Malaysia kepada 100,00 pelajar disemua universiti tempatan bermula 1 Januari 2010.
*(sumber: Berita Harian, 24 Oktober 2009)

Monday, October 26, 2009

JEMPUTAN KE SOLAT HAJAT KUBRA PKPIM UIAM

JEMPUTAN KE SOLAT HAJAT KUBRA PKPIM UIAM

Semoga berada didalam Rahmat Allah Subhanallahu Ta'ala...

Dengan rendah dirinya, Majlis Tarbiyyah PKPIM UIAM akan mengadakan

SOLAT HAJAT KUBRA PKPIM UIAM

pada : 29 Oktober 2009 (Khamis)

masa : 5.30pm - 9.15pm

Surau Kuliyyah Engineering

Tentatif program...

5.30pm - 7.00pm: Bacaan Ma'thurat dan Usrah Gabungan

7.00pm - 8.45pm: Solat Maghrib / Solat Hajat / Kuliah Maghrib

8.45pm - 9.15pm: Solat 'Isya' dan Jamuan ringan

Dijemput sahabat-sahabat hadir.

Sebarang pertanyaan, boleh diemailkan ke dnt_uiam@yahoo.com atau melalui blog ini.

Syukran

~Hidup Biar Berjasa~

Friday, October 23, 2009

YAUMUL MAHABBAH (FAMILY DAY) PKPIM UIAM GOMBAK

PKPIM UIAM Gombak menjemput:

SEMUA warga PKPIM untuk sama-sama memeriahkan



~~YAUMUL MAHABBAH PKPIM UIAM Gombak~~
25 Oktober 2009 / 6 Zulqa'idah 1430 H (Ahad)
8.00 Pagi hingga 1.00 petang
Convest Hill, UIAM Gombak
Pakaian: SUKAN
Yuran: RM 3.00 SAHAJA!!!

Aturcara Program:
7:30pg Berkumpul & Pendaftaran
Sarapan

8:30pgAktiviti memanaskan badan (Senamrobik)
Taklimat & pembahagian kumpulan

9:30pg Sukaneka:
- Pecahkan belon
- Buka kulit buah
- Isi air dalam botol
- Bagi getah menggunakan straw
- Cari gula-gula dalam tepung
- Tuju selipar@bowling selipar

11:30pg Penyampaian hadiah
Penghargaan kepada Graduan PKPIM UIAM
Makan tengahari
Penutup

1.03tgh Bersurai


Jemput beramai-ramai memeriahkan Hari Keluarga kita!!!!

SMS nama untuk sahkan penyertaan kepada Syed Kamil di talian 013-2225103.



"Memugar Ukhuwwah, Memperkasa Wehdah"

Wednesday, October 21, 2009

NGO ANJUR “MALAM PADANG PRIHATIN”

KENYATAAN MEDIA
PERSATUAN KEBANGSAAN PELAJAR ISLAM MALAYSIA (PKPIM)
8 OKTOBER 2009/19 SYAWAL 1430 H

NGO ANJUR “MALAM PADANG PRIHATIN”

Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) dengan kerjasama Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur & Selangor (KLSCAH), Persatuan Penggiat Seni Paksi Rakyat Malaysia (PAKSI), LLG Cultural Development Centre Bhd (LLG), dan Tamil Foundation akan menganjurkan “Malam Padang Prihatin” pada 11 November 2009 iaitu pada hari Rabu pukul 8.30 malam di Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur & Selangor (KLSCAH), Kuala Lumpur.

Tujuan “Malam Padang Prihatin” ini diadakan adalah untuk mengumpul dana untuk disumbangkan kepada mangsa tragedi gempa di Padang, Indonesia. Selain itu, penganjuran malam ini juga adalah untuk memupuk kesedaran dalam kalangan masyarakat demi mewujudkan sebuah masyarakat yang penyayang dan prihatin.

Di samping itu, “Malam Padang Prihatin” ini juga telah mendapat sokongan beberapa pertubuhan pelbagai kaum yang turut bersama-sama membantu untuk memastikan kejayaan penganjuran malam amal tersebut.

Dalam pada itu, “Malam Padang Prihatin” yang akan dianjurkan tersebut juga akan diisi dengan beberapa pementasan menarik yang akan mengenengahkan persembahan kebudayaan pelbagai kaum seperti tarian dan nyanyian kaum, deklamasi sajak & puisi, sketsa, persembahan teater & koir dan sebagainya.Maka, pihak PKPIM menyeru kepada semua pihak khususnya golongan mahasiswa untuk hadir menyaksikan persembahan malam tersebut beramai-ramai sebagai tanda sokongan terhadap usaha murni yang dijalankan ini.

Sebagai makluman, keuntungan dari penjualan tiket yang dijual akan disalurkan terus kepada keluarga mangsa Padang, Indonesia.

Bagi yang berminat, pembelian tiket boleh dibuat menerusi Penolong Setiausaha Agung PKPIM Sdr Shahril Effendi Yunos di talian 019-5058580 atau 03-61842286.

Untuk makluman semua juga, harga tiket yang ditetapkan untuk malam tersebut adalah RM10.00 sekeping. Dalam perkembangan berkaitan, PKPIM juga mengharapkan semoga kehadiran anda dapat menjayakan objektif malam amal yang akan dijalankan tersebut untuk mengumpulkan sebanyak mungkin dana untuk disalurkan kepada mangsa gempa di Padang, Indonesia di samping melahirkan sebuah masyarakat yang penyayang dan prihatin.

Muhammad Faisal Abdul AzizPresiden,Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM)Sekreteriat PKPIM PusatLot 2965, Jalan Kampung Tengah 7,Kampung Tengah, Batu 6 1/2, Jalan Gombak,53100 Kuala Lumpur, MALAYSIATel (P) : +603-6184 2286Tel (HP): +6013-530 3221

Wednesday, October 14, 2009

Annual General Meeting and Aidil Fitri Gathering of WAFA

Assalamu'alaikum..

We, all office bearers of WAFA for 2008/2009 session would like to cordially invite all fellow members and HEWI PKPIM UIAM to our Annual General Meeting (AGM) and Aidilfitri Gathering which will be held as stated below :


Day : Thursday (15th October 2009)
Time : 8.30 - 10.30pm
Venue : ADMIN LT 1


~Token of appreciation~
~Report of activities throughout this tenure~
~Multimedia presentation~
~Lullabye speech by our Advisor, Madam Haslina Ibrahim~
~Delicious Aidilfitri dishes and kuih raya!~

Want to know more? Feel free to come!
Kindly SMS your name to confirm your attendance to Sis Atiqah Shakirah at 013-2022463.
Hurry up!
Seats are limited to 50 persons only!

NOR ATIQAH ABD TALIB
General Secretary of WAFA 2008/2009
cum the Program Manager of WAFA's AGM and Aidilfitri Gathering

Wednesday, October 7, 2009

Regional Seminar

"REGIONAL SEMINAR TO CONSIDER WAYS TO IMMUNIZE THE YOUTH AND CHILDREN AGAINST BAD INTERNET CONTENT AND HELP THEM BENEFIT FROM BLOGS”


Tarikh: 11-14 OCTOBER 2009,


Tempat: Pusat Belia Antarabangsa (International Youth Centre), Jalan Yaacob Latif, Bandar Tun Razak Cheras, 56000 Kuala Lumpur


Jika berminat sila hubungi:

Saudara Khairul Anuar Musa,

(Setiausaha Agung Pkpim)


Sunday, October 4, 2009

Isu sebat Kartika: JAG dan SIS jangan masuk campur!

Isu sebat Kartika Sari Dewi Sukanor semakin panas apabila Kumpulan Tindakan Bersama untuk Persamaan Jantina (JAG) dan Sisters in Islam (SIS) mengatakan hukuman sebat itu melanggar hak asasi manusia dan menjatuhkan maruah si pesalah. Justeru, mereka menggesa agar hukuman sebat yang diperuntukkan dalam Mahkamah Syariah dinilai seterusnya dimansuhkan. Persoalannya, siapakah yang lebih berhak menjatuhkan hukuman?

Isu sebat Kartika ini bermula apabila model yang berusia 30-an itu telah ditangkap oleh pegawai Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) atas kesalahan meminum arak (tiger beer) secara terbuka di Hotel Legend, Cherating, Kuantan pada 11 Julai 2008 yang lalu.

Kartika telah didakwa di Mahkamah Syariah dan dijatuhi hukuman denda RM 5000 (atas permintaan si pesalah sebagai ganti kepada hukuman penjara atas beberapa alasan yang diterima) dan sebatan sebanyak enam kali.

Hukuman sebat yang dijatuhkan adalah hukuman maksimum yang telah termaktub di dalam undang-undang Syariah Islam dibawah Seksyen 136 dan Enakmen Adat Melayu 1982 (dengan pindaan) 1987:

“ sesiapa yang minum arak atau sebarang minuman yang memabukkan yang tidak boleh dikenakan hukuman hadd mengikut Hukum Syarak adalah bersalah atas suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, dikenakan hukuman denda tidak melebihi lima ribu ringgit atau penjara selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya dan disebat enam kali.”

Memang jelas, Mahkamah Syariah telah menjalankan tugasnya dengan baik. Namun, sebaliknya berlaku, apabila pihak yang tidak berotoriti telah masuk campur seperti JAG dan SIS. Kedua-dua pihak tanpa segan silu mempertikaikan hukuman yang telah dijatuhkan seterusnya telah mencabar kredibiliti Mahkamah Syariah itu sendiri yang seharusnya tidak berlaku.

Perlu diperjelaskan disini bahawa hukuman sebat ini tidak melanggar hak asasi manusia apatah lagi diskriminasi terhadap wanita yang diuar-uarkan oleh beberapa pihak yang tidak bertanggungjawab. Selain telah termaktub di dalam undang-undang Syarak, hukuman ni diperkukuhkan lagi dengan persetujuan dan penerimaan Kartika terhadap hukuman yang telah dijatuhkan keatasnya. Beliau dengan rela hati bersedia untuk disebat dan mahu hukuman itu dipercepatkan setelah ditangguhkan buat kali pertama bagi menghormati bulan Ramadhan yang lalu.

PKPIM UIAM menggesa agar JAG dan SIS, janganlah jadi seperti ‘lebih sudu daripada kuah’ dan jangan masuk campur urusan Mahkamah Syariah. Kami juga menggesa agar mereka tidak diberi ruang yang berlebihan dalam media arus perdana dan media haruslah bijak menapis segala bentuk kenyataan yang mengelirukan orang Islam dan bukan Islam di Malaysia ini.


3 Oktober 2009/Sabtu

Saturday, September 12, 2009

salam aidilfitri


salam aidilfitri diucapkan kepada semua pengunjung blog momentum uiam. Tangisi pemergian ramadhan, raikan lebaran penuh kesyukuran..

Friday, September 4, 2009

Majlis Iftar Tahunan PKPIM (MIFTAH)

Tentatif:

Jumaat, 14 Ramadhan 1430H

3.00 petang Pendaftaran

4.30 petang Solat Asar, Bacaan Wirid Al-Ma’thurat

Majlis Pembukaan & Ucapan Aluan

Oleh: Sdr. Mohd Akmal Afiq Bin Mohamad

-Timbalan Presiden PKPIM 2009/2010

6.30 petang Urus diri

7.20 petang Berbuka Puasa, Solat Maghrib, Makan Malam

8.30 malam Solat Isya’, Solat Sunat Tarawikh

10.00 malam Minum Malam,Tadarus Al-Quran

11.30 malam Tidur


Sabtu, 15 Ramadhan 1430H

4.30 pagi Qiyamullail

5.00 pagi Sahur

5.50 pagi Solat Subuh,Bacaan Wirid Al-Ma’thurat

Kuliah Subuh: “Selamat Datang Ramadhan”

Oleh: Sdr. Fadzril Bin Salleh

- Exco Dakwah & Tarbiah 2009/2010

7.15 pagi Urus Diri, Solat Dhuha


8.30 pagi Pengisian MIFTAH 1: “Jatidiri Penda’wah dan Gerakan Da’wah”

Oleh: Prof. Sidek Baba

- Pensyarah Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, Gombak

9.45 pagi Rehat

10.00 pagi Pengisian MIFTAH 2: “Gagasan Ta’dib Islami Dalam Gerakan Da’wah”

Oleh: Dr. Mohd Farid Mohd Shahran

- Mantan Timbalan Presiden ABIM 2008/2009

11.15 pagi Rehat

11.30 pagi Pengisian MIFTAH 3: “Ramadhan dan Misi Ketaqwaan”

Oleh: Ustaz Muhadir Bin Joll

- Pensyarah Pusat Asasi UIAM Petaling Jaya

12.30 t/hari Rehat

12.45 petang Tadarus Al-Qur’an

1.20 petang Solat Zohor

2.00 petang Pengisian MIFTAH 4: “Perundangan Islam & Peranan Mahasiswa Masa Kini”

Oleh: Ust Abdullah

-Peguam Syari’e

3.00 petang Rehat

3.15 petang Bengkel Penyelarasan Silibus Usrah Kampus & BGN

4.30 petang Solat Asar, Bacaan Wirid Al-Ma’thurat, Tadarus Al-Qur’an

6.00 petang Rehat dan Urus Diri

7.20 petang Berbuka Puasa, Solat Maghrib, Makan Malam

8.30 malam Solat Isya’, Solat Sunat Tarawikh

10.00 malam Minum Malam, Tadarus Al-Quran, Tidur


Ahad, 16 Ramadhan 1430H

4.30 pagi Qiyamullail

5.00 pagi Sahur

5.50 pagi Solat Subuh, Bacaan Wirid Al-Ma’thurat

Kuliah Subuh: “Ramadhan: Medan Muhasabah dan Latihan Aktivis Gerakan”

Oleh: Sdr. Mohd Akmal Afiq Bin Mohamad

- Timbalan Presiden PKPIM 2009/2010

7.15 pagi Urus Diri

9.00 pagi Majlis Menghadam Ucapan Dasar Presiden PKPIM 2008/2009

10.30 pagi Majlis Penutupan (Sdr. Muhammad Faisal Abdul Aziz)

- Presiden PKPIM 2009/2010

Bersurai

Thursday, September 3, 2009

salam ramadhan

Wednesday, September 2, 2009

Muslim Merdeka di Era Moden

Muslim Merdeka di Era Moden Umum mengetahui kita sudah mencapai 52 tahun kemerdekaan. Acap kali itu juga kita melaung-laungkan kalimah keramat,
Merdeka! Merdeka! Merdeka!

Mungkin bagi mereka yang hidup pada zaman penjajahan, perkataan merdeka mempunyai ‘roh’nya yang tersendiri. Mereka begitu menghargai nikmat kebebasan yang diberikan. Mereka ibarat mati lalu hidup semula. Hidup bebas dari segala cengkaman kesengsaraan dibawah kuasa penjajahan asing kaum Portugis, Belanda, Jepun dan British.Namun, anak-anak muda pasca-merdeka melaungkan kalimat ‘Merdeka’ hanya sekadar suka-suka. Mati tanpa langsung dimengerti akan falsafahnya.

Malah dewasa ini, sambutan kemerdekaan Negara Malaysia dihidupkan dengan hiruk-pikuk konsert, pesta dan program-program yang ‘entah apa-apa’.Sesuai dengan umur kemerdekaan Malaysia yang sudah melebihi separuh abad, adalah menjadi harapan untuk Malaysia bertindak matang dalam mencorakkan tamadunnya yang tersendiri sepertimana yang tercatat dalam misi Wawasan 2020 untuk melahirkan negara maju mengikut acuannya sendiri. Dalam teks ucapan YAB Datuk Seri Dr. Mahathir Mohamad (sekarang Tun) ketika beliau menerajui pimpinan kerajaan sebagai Perdana Menteri yang keempat pada 28 Februari 1991, beliau berucap,“ menjelang tahun 2020, Malaysia dapat menjadi negara bersatu, dengan masyarakat Malaysia yang yakin, mempunyai nilai moral dan etika yang kukuh, hidup dalam masyarakat yang demokratik, liberal dan bertolak ansur, penyayang, adil dari segi pengagihan ekonomi, progresif dan makmur,dan mempunyai penguasaan sepenuhnya terhadap ekonomi yang bersaing, dinamik, cergas dan kental.”

Walaupun begitu, semakin dewasa dan semakin maju Malaysia, pelbagai virus penyakit sosial telah merebak keseluruh jasad dan anggota semua genap lapisan masyarakat Malaysia. Daripada rakyat jelata hinggalah kepimpinan negara, daripada golongan yang tidak bersekolah hinggalah yang berpelajaran tinggi melangit, daripada yang muda remaja hinggalah yang sudah tua bangka, semuanya tidak terkecuali. Politik wang @rasuah, kecelaruan identiti, pergaulan bebas, penzinaan, pelacuran, pembuangan bayi,dadah, arak, pembunuhan, pencabulan hak asasi manusia dan segala macam jenayah begitu membimbangkan sekali. Adakah ini harga yang terpaksa di bayar demi sebuah kemajuan?Apa erti merdeka dan maju pada kalian semua? Biasa kita dengar dan mungkin juga kita terbaca, merdeka bermaksud bebas dari penjajahan British sepertimana yang Malaysia hadapi 51 tahun dahulu. Ada juga yang berpendapat, merdeka itu bebas dari segala-gala bentuk penjajahan mental dan fizikal hatta spiritual tinggalan pihak penjajah asing.

Manakala, ramai yang berpendapat, majunya sesebuah bangsa dan negara adalah dengan terbangunnya teknologi dan industri.Medekahkah Malaysia? Majukah Malaysia? Susah untuk menjawab soalan ini kerana ia sungguh subjektif dan relatif bagi setiap orang. Walau apapun, semuanya bertitik tolak dari dalam diri seseorang individu itu sendiri khususnya orang-orang Islam. Allah berfirman dalam surah Ar-Ra’ad; ayat 11,“sesungguhnya Allah tidak mengubah keadaan sesuatu kaum sehingga mereka mengubah keadaan yang ada pada diri mereka sendiri.”

Penulis ingin menekankan bahawasanya merdeka dan majunya orang Islam adalah bergantung dan saling berkait rapat dengan ajaran Islam.Walau macam mana moden dunia yang kita lalui, prinsip-prinsip dan nilai-nilai Islam harus menjadi garis panduan buat semua kaum Muslimin dan Muslimat yang merdeka. Ini bermakna, orang Islam yang bebas jiwa dan raga dari menjadi hamba manusia dan duniawi. Dengan kata lain, Muslim yang merdeka ialah mereka yang menyerahkan segala-galanya dan mengabdikan diri hanya kepada-Nya. Muslim yang merdeka ialah mereka yang membebaskan diri dari semua unsur-unsur yang mengotori kesucian fitrah semulajadi manusia yang bertaqwa.Ayuh saudara-saudaraku!Marilah kita sama-sama menjadi hamba Allah yang merdeka dan mengamalkan segala syariatnya. Hanya itu penawar kepada segala penyakit sosial yang kian meruncing sekarang ini. Inilah yang dinamakan perjuangan. Perjuangan yang menjadi teman dalam meniti sebuah kehidupan. InsyaAllah dan Wallahu’alam.“nikmat hidup itu adalah perjuangan, nikmat perjuangan itu adalah kemenangan.” (HAMKA)
Faridah Mohd Tap ;)KPIJ-PKPIM-UIAM

RON: Kefahaman Ringkas dan Asas Perbincangan

Saya percaya keputusan yang diambil ini telah melalui siri perbincangan dan diskusi yang mengambil kira sebahagian besar dimensi yang sepatutnya. Dalam ketikdak tentuan politik semasa, adalah mustahil untuk pihak kerajaan mengemukakan sesuatu keputusan yang bakal membangkitkan amarah rakyat tanpa asas dan sebab yang kukuh.

Justeru, rakyat keseluruhannya diminta agar bertenang dan tidak mudah melatah. Sebaiknya, kita disaran agar mendapatkan maklumat yang tepat berhubung isu ini dari sumber yang authentic dan seterusnya membenarkan proses penilaian dilaksanakan dengan waras.

Oleh itu persoalan utama yang perlu dijawab adalah, adakah kita benar-benar mengerti apakah yang dimaksudkan dengan RON? Apakah fungsi dan kriterianya?

Sebelum berbicara mengenai RON, perlu diperingatkan bahawa RON bukanlah satu-satunya pertimbangan yang diambil kira dalam membuat penilaian terhadap seseuatu jenis minyak tersebut. Kualiti sama ada berplumbum atau tidak (Kerajaan Malaysia telah tidak lagi membenarkan pengeluaran petrol yang berplumbum bagi memastikan kesejahteraan alam dipelihara) dan keperluan dan tujuan pengguna yang pelbagai juga memainkan peranan. Terdapat minyak yang diformulakan bagi tujuan fuel economy (penjimatan minyak) dan ada juga sebagai power enhancing (peningkatan kuasa).

Secara ringkas, RON adalah singkatan kepada Research Octane Number atau Kajian Nombor Oktan. Octane Number bermaksud ketahanan minyak sebelum ianya meletup atau dinyalakan di dalam enjin. Ini bermakna rating yang lebih tinggi adalah lebih susah untuk dinyalakan atau diletupkan berbanding rating yang lebih rendah.

Pemilihan RON bergantung kepada prestasi enjin kereta. Kebiasaannya, enjin kereta yang berprestasi tinggi memerlukan RON yang lebih tinggi. Ini penting bagi mengelakkan letupan pra matang iaitu letupan sebelum nyalaan spark plug yang umumnya dikenali sebagai ‘knocking’.

‘Knocking’ terjadi akibat daripada tekanan enjin yang terlalu tinggi, nyalaan spark plug yang terlalu awal dan campuran angin dan minyak yang terlalu panas. Kejadian ‘knocking’ yang kerap boleh menjejaskan kelancaran enjin kereta.
A
Walau bagaimanapun, kebanyakkan kereta yang ada sekarang masih direka menggunakan RON92. Produa sebgai contoh mengeluarkan banyak model yang hanya memerlukan penggunaan RON92. Satria GTi antara model Proton yang menggunakan RON97.

Penggunaan RON yang lebih tinggi dari spesifikasi yang diperlukan adalah tidak mengapa. Cumanya, kita akan berbelanja lebih dari yang sepatutnya. Justeru, pengenalan RON95 pada ketika ini amatlah bertepatan memandangkan pilihan pengguna bagi jenis di awal antara RON92 dan RON97 adalah amat terhad dan kebiasaannya mereka memilih RON97 kerana ia adalah yang paling hampir dan bersesuaian dengan spesifikasinya. Jepun adalah salah sebuah negara yang telah lama memperkenalkan minyak jenis ini.

Namun, bagi isu pemberhentian pengeluaran RON92 dari pasaran tempatan adalah sangat mengecewakan. Ini kerana RON92 mewakili sebahagian besar rakyat yang berpendapatan rendah dan mereka yang menghuni di kawasan luar bandar selain kelompok mahasiswa yang semakin meningkat tren penggunaan kenderaan di kampus.

Isu keperluan memperkenalkan semula RON92 dibincangkan pada artikle “Perkenal Semula RON92: Halusi Aspirasi Rakyat dan Mahasiswa”

ABU QASSIM NOR AZMI
Naib Presiden PKPIM

Sekretariat PKPIM Pusat
Lot 2965, Jalan Kampung Tengah 7,
Kampung Tengah, Batu 6 1/2, Jalan Gombak,
53100 Kuala Lumpur.
T: 03-61842286
F: 0361842285

E: aqna_86@yahoo.com
T: +6019-3565805

Perkenal Semula RON92- Halusi Aspirasi Rakyat dan Suara Mahasiswa

Keputusan kerajaan melaksanakan pakej baru harga minyak pada 1 September 2009 lalu boleh diringkaskan kepada ungkapan berikut yang merujuk kepada golongan yang berbeza iaitu; (1)“Kita membayar lebih untuk RON yang sama” (2) “Kita membayar sama untuk RON yang rendah” dan (3) “Kita membayar lebih untuk RON yang baru”.

“Kita membayar lebih untuk RON yang sama” merujuk kepada pengguna RON97 dan akan terus menggunakan RON tersebut. Mereka bakal merasa beban kenaikkan sebanyak 25 sen seliter yang tersenarai antara yang tertinggi dalam sejarah kenaikan harga minyak negara walaupun ketika ini harga pasaran minyak mentah antarabangsa hanya di antara $60 ke $70 dolar setong.

“Kita membayar sama untuk RON yang rendah” pula merujuk kepada bakal pengguna RON95 yang sebelum ini menggunakan RON97. Pengenalan RON95 pada harga yang sama dengan RON97 sebelum 1 September lalu menjadikan kelompok pengguna ini tidak rugi dan tidak untung, walaupun pada hakikatnya mereka tetap terkesan dengan peningkatan harga minyak ini.

Mereka tidak rugi kerana masih tetap membayar pada harga yang sama bagi jenis minyak yang secara asasnya menepati spesifikasi kenderaan mereka. Mereka juga tidak untung kerana sebelum ini, pada harga yang sama mereka boleh mendapatkan minyak dengan RON yang lebih tinggi. Hakikat mereka turut terkesan dengan keputusan terbaru ini adalah kerana mereka boleh mendapatkan harga yang jauh lebih murah untuk RON95 sekiranya pelan penstrukturan semula harga minyak ini diketepikan.

“Kita membayar lebih untuk RON yang baru” sudah pastinya merujuk kepada golongan pengguna ketiga iaitu mereka yang terpaksa beralih kepada RON95 ekoran keputusan kerajaan memberhentikan pengeluaran RON92. Mereka perlu membayar pada harga lama RON97 iaitu RM 1.80 seliter walaupun hanya memerlukan RON yang lebih rendah dengan harganya yang jauh lebih murah.

Secara teorinya, kenderaan yang berprestasi tinggi memerlukan RON yang lebih tinggi dan begitu juga sebaliknya. Masalah keenjinan tidak akan timbul sekiranya kenderaan yang berprestasi rendah menggunakan RON yang lebih tinggi. Tetapi, bagi kenderaan yang berprestasi tinggi yang menggunakan RON yang lebih rendah, ia boleh menjejaskan kelancaran enjin dan prestasi kenderaan secara keseluruhannya.

Oleh itu, dalam menganalisa kelompok pengguna ketiga ini, kita mendapati mereka adalah dari kalangan pengguna motosikal dan kereta sekitar ±1000cc. Daripada taburan stesen minyak yang menawarkan RON92 ini, kita mendapati jumlahnya adalah sangat terhad dan banyak tertupu di kawasan luar bandar, serta amat jarang sekali untuk kita menemukannya di kawasan kota dan pinggir bandar.

Statistik yang dekemukakan oleh KPDNKHEP seraya dalam pengemuman keramatnya lalu, menjelaskan bahawa hanya sekitar 5 peratus sahaja minyak jenis ini dijual berbanding RON97 yang memonopolinya. Persoalannya, apakah peratusan ini tepat untuk menggambarkan trend sebenar keperluan RON92 dalam pasaran?

Dengan jumlah stesen yang terhad dan taburan yang tidak sekata, penumpuan kawasan yang tidak kompetetif, dan sikap ‘tidak apa’ di kalangan pengguna, ia mengesahkan peratusan yang dikemukakan tetapi meragukan penggunaannya sebagai pertimbangan asasi dalam memberhentikan pengeluaran RON92 ini yang begitu besar maknanya kepada mereka yang berpendapatan rendah dan kelompok mahasiswa.

Sekiranya pengubah suaian terhadap formula peratusan tersebut dibuat dengan perbandingan telus dengan jumlah sebenar stesen yang menawarkan jenis RON tersebut, maka kita menjangkakan peratusan yang lebih tinggi bakal dicatatkan. Waimma sekiranya dibahagikan mengikut kawasan bandar dan luar bandar, nescaya, kita yakin peratusan yang jauh berbeza akan diperolehi berbanding seperti mana yang dikemukakan oleh pihak kementerian.

Persoalan seterusnya, mengapa RON92 perlu dikekalkan? Seperti yang telah dinyatakan, RON92 cukup penting bagi kelompok masyarakat yang berpendapatan rendah dan sederhana (sebahagian besarnya), serta golongan pelajar dan mahasiswa yang semakin mencatatkan peningkatan penggunaan kenderaan di kampus.

Kebiasaannya, mereka yang menggunakan kenderaan yang berCC rendah adalah pastinya dari golongan yang pendapatannya juga rendah dan bertujuan besar untuk berjimat bagi mengurangkan kos sara hidup yang semakin meningkat. Justeru, keputusan memberhentikan RON92 ini bakal merumitkan lagi keadaaan dan mengasak kehidupan mereka.

Bagi mahasiswa, tinjauan rambang yang dibuat oleh aktivis Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) di kalangan pelajar tahun akhir institut pengajian tinggi awam (IPTA), mereka mendapati nisbah kepenggunaan kenderaan adalah seperti berikut; 1:4:5 iaitu seorang berkereta, 4 orang bermotor, dan selebihnya menggunakan perkhidmatan awam yang disediakan. Ini bermaksud kurang lebih 50 peratus mahasiswa tahun akhir bakal terjejas dengan penyelarasan terbaru harga minyak ini dan tidak mustahil sekitar peratusan yang sama juga bagi keseluruhan pelajar IPTA dan IPTS di Malaysia.

Hal ini pasti menyukarkan mahasiswa yang juga terpaksa berhadapan dengan kenaikan kos sara hidup yang lebih tinggi dan keperluan pembelajaran yang semakin meningkat. Walaupun, resmi kehidupan mahasiswa yang mencabar seperti yang diungkapkan oleh Prof Ungku Aziz, dalam karya Muhammad Abu Bakar, “Mahasiswa Menggugat” namun faktor kewangan ini juga secara tidak langsung memainkan peranan besar yang boleh merencatkan pencapaian mereka.

Benar, “tekanan menjadikan kita lebih kreativ dan inovatif” dan budaya ini selaras dengan seruan kepada mahasiswa, pensyarah, staf pengurusan, dan universiti keseluruhannya oleh Naib Canselor UTM, Prof Zaini Ujang dalam Siri Syarahan Perdana Naib Canselor yang mengupas buku terbarunya, “Universiti, Kretiviti, Inovasi”. Namun, tekanan yang terlalu menekan, tidak juga baik dalam soal ini.

Justeru, saya menyeru agar kajian semula terhadap pemberhentian pengeluaran RON92 dibuat dan mencadangkan penstrukturan semula penjualannya di tempat-tampat yang strategik khususnya di kawasan pinggir kota dan berdekatan premis institut pengajian tinggi (IPT) demi memastikan kebajikan rakyat terbela, dan pencapaian mahasiswa diperkasa.

Saya juga mencadangkan agar kuota penjualan yang lebih kompetetif dirumus agar menguntungkan ketiga-tiga pihak; kerajaan, pengusaha stesen minyak dan pengguna. Hal ini penting bagi memastikan tidak ada pihak yang ditindas seterusnya memangkin pertumbuhan ekonomi yang mapan dan kehidpan masyarakat yang sejahtera.

Selain itu, amalan berkongsi kenderaan di kalangan masyarakat adalah perlu disemarakkan lagi agar dapat meringankan beban jumlah peruntukan subsidi petrol yang menjangkau RM 500 juta setahun yang terpaksa ditanggung oleh pihak kerajaan. Di samping itu, amalan ini akan secara tidak langsung dapat mengurangkan sub permasalahan seperti kesesakan lalu lintas dan pencemaran udara yang semakin gawat selain menyuburkan perpaduan di kalangan rakyat Malaysia selaras dengan ungkapan “Satu Malaysia, Satu Kereta”.

ABU QASSIM NOR AZMI
Naib Presiden PKPIM

Sekretariat PKPIM Pusat
Lot 2965, Jalan Kampung Tengah 7,
Kampung Tengah, Batu 6 1/2, Jalan Gombak,
53100 Kuala Lumpur.
T: 03-61842286
F: 0361842285

E: http://us.mc457.mail.yahoo.com/mc/compose?to=aqna_86@yahoo.com
T: +6019-3565805

PERSATUAN PEGUAM SYARIE MALAYSIA &

PERTUBUHAN-PERTUBUHAN PEMBELA ISLAM (PEMBELA)

Pertubuhan-pertubuhan Pembela Islam (PEMBELA) IAITU GABUNGAN WAKIL-WAKIL ngo-ngo Islam yang prihatin dalam menangani pelbagai isu-isu berkaitan dengan kedudukan Islam di Malaysia.


KENYATAAN BERSAMA PGSM DAN NGO-NGO ISLAM TERHADAP ISU SEBAT KARTIKA SARI DEWI SHUKARNO

Kami dengan ini sedar bahawa Malaysia adalah satu-satunya Negara di dunia mengamalkan dual system perundangan yang unik yang berjalan seiring dan harmoni antara satu sama lain sekian lama dan perkara ini hendaklah dihormati, dikekalkan dan diperkasakan.

Kami dengan ini menegaskan seperti berikut:-

1. Kami menjunjung kasih kepada Tengku Mahkota Pahang, Tengku Abdullah tentang titah baginda supaya semua pihak bersabar dan menyerahkan kepada Mahkamah untuk isu hukuman sebat ini.

2. Doktrin pengasingan kuasa antara judisiari dan eksekutif mestilah dihormati.

3. Menyeru agar jangan ada tekanan dan gangguan daripada mana-mana pihak mengenai undang-undang dan perlaksanaan undang-undang syariah lebih-lebih lagi dari golongan bukan Islam.

4. Semua pihak perlu mematuhi dan menghormati keputusan yang dikeluarkan oleh Mahkamah Syariah.

5. Hukuman dan perlaksanaan hukuman sebatan di Mahkamah Syariah hendaklah dikekalkan, diseragamkan dan dilaksanakan di seluruh negara.

6. Majlis Peguam atau sesiapa yang tidak berkenaan dengan Agama Islam hendaklah tidak mencampuri urusan Agama Islam dan serahkan urusan kepada pihak yang beroatoriti bagi Agama Islam.

7. Menegaskan hukuman sebatan dalam Islam adalah untuk mendidik dan amat berbeza dengn hukuman yang dilaksanakan mengikut Kanun Kesiksaan yang diamalkan dalam Common Law dan Mahkamafh Sivil.

8. Kecewa dan membantah kenyataan Menteri Dalam Negeri , kerana memang telah ada tukang sebat yang bertauliah yang sedia melaksanakan hukuman sebat.

9. Kami mengucapkan syabas kepada Kartika Sari Shukarnoyang tabah dan sabar dalam menghadapi polemik ini sanggup menyerahkan nasibnya kepada pihak berkuasa Agama Islam Pahang (JAIP).

Yang benar,

MOHAMAD ISA BIN ABDUL RALIP

Presiden PGSM,

Bagi pihak NG0-NGO Islam

27 Ogos 2009.

Friday, August 28, 2009

Kesilapan Kerap Muslim di Ramadhan

Kesilapan Kerap Muslim di Ramadhan

Oleh : Ust Hj Zaharuddin Hj Abd Rahman


Pada hemat saya, kita bolehlah mengatakan bahawa objektif atau sasaran yang perlu dicapai oleh Muslim di bulan Ramadhan ini kepada dua yang terutama. Iaitu taqwa dan keampunan. Perihal objektif taqwa telah disebut dengan jelas di dalam ayat 183 dari surah Al-Baqarah. Manakala objektif 'mendapatkan keampunan' ternyata dari hadith sohih tentang Sayyidatina Aisyah r.a yang bertanya kepada Nabi doa yang perlu dibaca tatkala sedar sedang mendapat Lailatul Qadar. Maka doa ringkas yang diajar oleh Nabi SAW adalah doa meminta keampunan Allah SWT.

Bagaimanapun, kemampuan untuk mendapatkan kesempurnaan pahala Ramadhan kerap kali tergugat akibat kekurangan ilmu dan kekurangan perihatinan umat Islam kini. Antara yang saya maksudkan adalah :-

1) Makan dan minum dengan bebas setelah batal puasa dengan sengaja (bukan kerana uzur yang diterima Islam). Perlu diketahui bahawa sesiapa yang batal puasanya dengan sengaja tanpa uzur seperti mengeluarkan mani secara sengaja, merokok, makan dan minum. Ia dilarang untuk makan dan minum lagi atau melakukan apa jua perkara yang membatalkan puasa yang lain sepanjang hari itu. (Fiqh As-Siyam, Al-Qaradawi, hlm 112). Ia dikira denda yang pertama baginya selain kewajiban menggantikannya kemudiannya. Keadaan ini disebut di dalam sebuah hadith, Ertinya : "Sesungguhnya sesiapa yang telah makan (batal puasa) hendaklah ia berpuasa baki waktu harinya itu" (Riwayat Al-Bukhari)

2) Makan sahur di waktu tengah malam kerana malas bangun di akhir malam. Jelasnya, individu yang melakukan amalan ini terhalang dari mendapat keberkatan dan kelebihan yang ditawarkan oleh Nabi S.A.W. malah bercanggah dengan sunnah baginda. "Sahur" itu sendiri dari sudut bahasanya adalah waktu terakhir di hujung malam. Para Ulama pula menyebut waktunya adalah 1/6 terakhir malam. (Awnul Ma'bud, 6/469). Imam Ibn Hajar menegaskan melewatkan sahur adalah lebih mampu mencapai objektif yang diletakkan oleh Nabi S.A.W. (Fath al-Bari, 4/138)

3) Bersahur dengan hanya makan & minum sahaja tanpa ibadah lain. Ini satu lagi kesilapan umat Islam kini, waktu tersebut pada hakikatnya adalah antara waktu terbaik untuk beristigfar dan menunaikan solat malam. Firman Allah ketika memuji orang mukmin ertinya : " dan ketika waktu-waktu bersahur itu mereka meminta ampun dan beristighfar" (Az-Zariyyat : 18)

4) Menunaikan solat witir sejurus selepas terawih. Menurut dalil-dalil yang sohih, waktu yang terbaik bagi solat witir adalah penutup segala solat sunat di sesuatu hari itu berdasarkan hadith ertinya "Jadikanlah solat sunat witir sebagai solat kamu yang terakhir dalam satu malam". (Fath al-Bari, no 936). Sememangnya tidak salah untuk melakukan witir selepas terawih, cuma sekiranya seseorang itu yakin akan kemampuannya untuk bangun bersahur dan boleh melakukan solat sunat selepas itu, maka adalah lebih elok ia melewatkan witirnya di akhir malam.

5) Tidak menunaikan solat ketika berpuasa. Ia adalah satu kesilapan yang maha besar. Memang benar, solat bukanlah syarat sah puasa. Tetapi ia adalah rukun Islam yang menjadi tonggak kepada keIslaman seseorang. Justeru, 'ponteng' solat dengan sengaja akan menyebabkan pahala puasa seseorang itu menjadi 'kurus kering' pastinya.

6) Tidak mengutamakan solat Subuh berjemaah sebagaimana Terawih. Ini jelas suatu kelompongan yang ada dalam masyarakat tatakala berpuasa. Ramai yang lupa dan tidak mengetahui kelebihan besar semua solat fardhu berbanding solat sunat, teruatamnya solat subuh berjemaah yang disebutkan oleh Nabi S.A.W. bagi orang yang mendirikannya secara berjemaah, maka beroleh pahala menghidupkan seluruh malam.

7) Menunaikan solat terawih di masjid dengan niat inginkan meriah. Malanglah mereka kerana setiap amalan di kira dengan niat, jika niat utama seseorang itu ( samada lelaki atau wanita) hadir ke masjid adalah untuk meriah dan bukannya atas dasar keimanan dan mengharap ganjaran redha Allah sebagaimana yang ditetapkan oleh Nabi SAW di dalam hadith riwayat al-Bukhari. Maka, Sesungguhnya sesuatu amalan itu dikira dengan niat". (Riwayat al-Bukhari)

8) Bermalasan dan tidak produktif dalam kerja-kerja di siang hari dengan alasan berpuasa. Sedangkan, kerja yang kita lakukan di pejabat dengan niat ibadat pastinya menambahkan lagi pahala. Justeru, umat Islam sewajarnya memperaktifkan produktiviti mereka dan bukan mengurangkannya di Ramadhan ini

9) Memperbanyakkan tidur di siang hari dengan alasan ia adalah ibadat. Sedangkan Imam As-Sayuti menegaskan bahawa hadith yang menyebut berkenaan tidur orang berpuasa itu ibadat adalah amat lemah. (al-Jami' as-Soghir ; Faidhul Qadir, Al-Munawi, 6/291)

10) Menganggap waktu imsak sebagai 'lampu merah' bagi sahur. Ini adalah kerana waktu imsak sebenarnya tidak lain hanyalah 'lampu amaran oren' yang di cadangkan oleh beberapa ulama demi mengingatkan bahawa waktu sahur sudah hampir tamat. Ia bukanlah waktu tamat untuk makan sahur, tetapi waktu amaran sahaja. Lalu, janganlah ada yang memberi alasan lewat bangun dan sudah masuk imsak lalu tidak dapat berpuasa pada hari itu. Waktu yang disepakati ulama merupakan waktu penamat sahur adalah sejurus masuk fajar sadiq (subuh).
(As-Siyam, DrMd'Uqlah, hlm 278)

11) Wanita berterawih beramai-ramai di masjid tanpa menjaga aurat. Ini nyata apabila ramai antara wanita walaupun siap bertelekung ke masjid, malangnya kaki dan aurat mereka kerap terdedah da didedahkan berjalan dan naik tangga masjid di hadapan jemaah lelaki. Tatkala itu, fadhilat mereka solat di rumah adalah lebih tinggi dari mendatangkan fitnah buat lelaki ketika di masjid.

12) Tidak memperbanyakkan doa tatkala berpuasa dan berbuka. Ini satu lagi jenis kerugian yang kerap dilakukan oleh umat Islam. Nabi S.A.W. telah menyebut :- Ertinya : "Tiga golongan yang tidak di tolak doa mereka, pemimpin yang adil, individu berpuasa sehingga berbuka dan doa orang yang di zalimi" ( Riwayat At-Tirmizi, 3595, Hasan menurut Tirmizi. Ahmad Syakir : Sohih )

Selain itu, doa menjadi bertambah maqbul tatkala ingin berbuka berdasarkan hadith.

Ertinya : "Sesungguhnya bagi orang berpuasa itu ketika berbuka (atau hampir berbuka) doa yang tidak akan ditolak" ( Riwayat Ibn Majah, no 1753,
Al-Busairi : Sanadnya sohih)


Abu Huraira related that the Prophet (peace and blessings be upon him) said: Whoever fasts during Ramadan with faith and seeking his reward from Allah will have his past sins forgiven. Whoever prays during the nights in Ramadan with faith and seeking his reward from Allah will have his past sins forgiven. And he who passes Lailat al-Qadr in prayer with faith and seeking his reward from Allah will have his past sins forgiven.

-Hadith reported by Al-Bukhari

Wednesday, August 26, 2009

Perpaduan Melayu Teras Perpaduan Nasional

Perpaduan bukan untuk dipolemikkan tetapi untuk difahami dan diinsafi maknanya seraya dipraktikkan dalam pengamalan harian demi kesejahteraan diri dan masyarakat.

Isu perpaduan tidak harus dipandang enteng dan segala usaha ke arah merealisasikannya adalah tidak wajar diperlekeh dan dipersenda.

Pembangunan lestari seperti yang sedang rancak digerakkan tidak akan memberi makna sekiranya masyarakat masih segan untuk membenarkan proses perpaduan ini berlangsung dengan jayanya.

Selaras dengan Perkara 1, Resolusi Kongres Pelajar dan Penegasan Teras-teras Kenegaraan anjuran Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) dengan kerjasama Institut Integriti Malaysia (IIM) pada awal Ogos lalu, “Perpaduan kaum merupakan teras kepada perpaduan nasional.”

Kebimbangan terhadap keretakan perpaduan nasional ekoran kerapuhan ikatan sesama bangsa disuarakan dengan tegas oleh Dr Sarjit Singh Gill, Pensyarah Kanan Universiti Putra Malaysia (UPM).

Dua faktor akibat utama atau the main implication factors dikenal pasti sebagai agen peretak bangsa iaitu idealisme politik ekstrem dan taraf socioekonomi yang merenggang jauh.

Idealisme politik ekstrem merujuk kepada sifat jumud dan angkuh dengan pandangan sendiri sehingga menjadikan mereka tidak rasional dan berhikmah dalam menanggapi sesuatu isu yang akhirnya menimbulkan kecelaruan kefahaman dan konflik yang berpanjangan seperti mana hadis Nabi (SAW) yang bermaksud, “tiga faktor yang seringkali mencetuskan pelbagai krisis dan malapetaka iaitu, sifat bakhil yang menguasai diri, hawa nafsu yang tidak terkawal, dan sifat kagum, angkuh, dan degil dengan pendapat sendiri” (Riwayat Abu Daud dan Ahmad)

Golongan ini buta atau sengaja membutakan diri sekiranya ditemukan suatu solusi yang lebih baik dan menguntungkan dari pihak yang tidak sealiran dengan mereka. Sikap ini tidak kurang dengan sikap xenophobia yang lahir dari pengalaman pahit yang pernah dilalui sebelum ini sehingga menimbulkan sikap benci kepada sesuatu golongan itu yang menutup setiap kebaikan mereka.

Sikap perajudis dan skeptikal terhadap orang lain, buruk sangka yang keterlaluan, menjadikan aspirasi perpaduan nasional waima di kalangan sesama kaum tidak mungkin dapat direalisasikan.

Professor Syed Muhammad Naquib Al-Attas dalam bukunya Islam and Secularism menyimpulkan segala permasalahan yang berlaku ini disebabkan oleh “kekeliruan dan penyelewengan dalam ilmu” atau the confusion and error in knowledge.

Justeru, usaha mengendurkan ketegangan ini dengan melaksanakan penjernihan maklumat dan informasi serentak dengan pengadunan ilmu dan hikmah perlu disegerakan.

Dalam suasana semasa, kita perlu mengakui bahawa perpaduan Melayulah yang paling ketara renggangnya berbanding dengan kaum lain. Walaupun pandangan ini sangat tidak enak bagi pimpinan Pakatan Rakyat khususnya PAS dan PKR, tetapi inilah hakikat yang perlu diinsafi bersama.

Kedegilan menerima realiti yang sedia terhidang ini memungkinkan kita tergolong dari mereka yang ”bebal” seperti mana istilah yang diguna pakai oleh Abdullah Munsyi dalam karyanya, Hikayat Hang Tuah. Professor Syed Husein Al-Attas, dalam bukunya Intelectualism in Developing Societies, menjelaskan bahawa antara ciri ”bebalisme” adalah kegagalan mengenal akar permasalahan dan keengganan mengakuinya.

Perlu dijelaskan bahawa perpaduan yang dianjurkan bukan bermaksud merenggangkan semangat setiakawan dalam Pakatan Rakyat mahupun Barisan Nasional, tetapi lebih ke arah merasionalkan permainan politik ekstrem demi perpaduan Melayu dan perpaduan nasional secara keseluruhannya.

Sebagai contoh, dalam isu yang melibatkan orang Melayu, seharusnya UMNO, PAS, dan PKR boleh duduk semeja dan berbincang dengan waras dan berhikmah serta sedia mencapai kata putus.

“Namun, apa yang sedang berlaku, PAS lebih cenderung merujuk kepada DAP berbanding UMNO dan begitu juga sebaliknya bagi UMNO dalam Barisan Nasional,” jelas kritikan Dr Sarjit dalam pembentangannya.

Oleh itu, proses penjernihan yang disaran menjurus kepada kesiapsediaan ketiga-tiga parti dominan Melayu ini untuk berforum dipentas yang lebih kondusif dan mesra rundingan yang dihujahi dengan fakta yang tepat dan pandangan yang bernas serta disemarakkan dengan penghayatan sikap hormat-kritis yang mampu mengekalkan keharmonian perbincangan.

Bertepatan dengan semangat Ramadhan, usaha menggerakkan perpaduan Melayu-Islam harus disambut baik oleh semua pihak. Firman Allah (SWT) dalam surah Ali-Imran ayat 103 yang bermaksud, “Dan berpegang teguhlah kamu sekalian kepada tali Allah (agama Islam), dan jangalah kamu becerai-berai; dan kenanglah nikmat Allah kepada kamu ketika kamu bermusuh-musuhan (semasa jahiliyah dahulu), lalu Allah menyatukan di antara hati kamu (sehingga kamu bersepadu dengan nikmat Islam), maka menjadilah kamu dengan nikmat Allah itu orang-orang Islam yang bersaudara. Dan kamu dahulu telah berada di tepi jurang neraka (disebabkan kekufuran kamu semasa jahiliyah), lalu Allah selamatkan kamu dari neraka itu (disebabkan nikmat Islam juga). Demikianlah Allah telah menjelaskan kepada kamu ayat-ayat keteranganNya supaya kamu mendapat pertunjuk dan hidayah-Nya”.

Selaras dengan matlamat ini, PKPIM telah merancang untuk menganjurkan Forum Perpaduan Ummah serentak dengan Malam Iftah Perjuangan PKPIM yang bakal menghimpunkan pimpinan pemuda UMNO, PAS dan PKR dalam satu pentas yang bakal dipengerusikan bersama oleh pimpinan mahasiswa PKPIM dan tokoh ilmuan tempatan.

Untuk makluman, sebelum ini, dengan kerjasama pelbagai pihak, PKPIM telah pun berjaya mempertemukan ketiga-tiga wakil parti ini di pentas perbincangan yang bersifat issue oriented seperti AUKU dan PPSMI. Atas pertimbangan tersebut, saya percaya forum yang lebih bermakna in akan dapat dijalankan dengan jayanya. Namun, ia menuntut sepenuhnya keikhlasan dan integriti semua pihak yang terlibat bagi memenuhi maksud perpaduan yang diimpikan.

Saya menyeru agar pimpinan pemuda UMNO, PAS, dan PKR akan terbuka menerima pelawaan ini dan berharap ia mendapat reaksi positif dari semua pihak selain tidak disalah tafsir sebagai agenda “Kerajaan Perpaduan” yang telah menimbulkan siri polemik sungguh merugikan khususnya kepada orang Melayu.

Saya percaya, pada ketika ini, politik Melayu sedang bergerak ke arah model yang lebih baik. Ahli Parlimen Melayu dilihat dominan dari segi kuantitinya di kedua-dua belah, baik di sebelah Pakatan mahupun Barisan. Ini adalah kelebihan dan kesempatan terbaik yang seharusnya dipergunakan dengan seoptimumnya demi kebaikan dan kesejahteraan semua.

Kita tidak memerlukan penggabungan fizikal untuk baru dilihat bersatu tetapi sudah cukup memadai sekiranya kita mampu melahirkan jiwa besar, menerima dan berpakat dengan hal yang dipersetujui dan berlapang dada dengan perkara yang tidak disepakati selaras dengan konsep unity in diversity.

Hal ini sangat bertitik-tolak dari kesediaan hati untuk menerima sepenuhnya sesuatu perkara dengan ikhlas tanpa diasak unsur-unsur terpaksa seperti mana yang dijelaskan oleh YAB Perdana Menteri berkenan nilai ”penerimaan” dalam konsep 1 Malaysia.

Kita diseru untuk saling ingat-memperingati agar tidak sekali-kali menjadi sebahagian dari golongan yang disebut oleh Allah (SWT) dalam surah Al-Hasyr ayat 14 yang bermaksud, ”...permusuhan di antara mereka sesama sendiri amatlah keras; engkau menyangka mereka bersatu padu, sedang hati mereka berpecah belah (disebabkan berlainan kepercayaan mereka). Yang demikian itu, kerana mereka adalah kaum yang tidak memahami (perkara yang sebenarnya yang memberi kebaikan kepada mereka)”

Rumah yang tiang serinya telah tumbang tidak mungkin dapat kekal lama berdiri teguh. Analogi ini selari dengan pandangan Sir Abraham Lincorn, mantan Presiden AS yang pernah menyebutkan bahawa “a house that is divided inside can’t stand”.

Kesimpulannya, sekiranya kita ingin mendirikan rumah perpaduan nasional, adalah perlu untuk kita memastikan tiang seri perpaduan Melayu kekal utuh di samping sendi hikmah yang menghubungkan setiap palang sokongan berfungsi dengan baik.

Optimus Prime di akhir filem Transformers 2: Revenge of the Fallen arahan Michael Bay, mengungkapkan sesuatu yang cukup bermakna untuk dihayati. “Our races united by a history long forgotten. And a future we shall face together. I am Optimus Prime send this message, so that our past will always be remembered. For in those memories, we live on.”

ABU QASSIM NOR AZMI
Naib Presiden PKPIM

T: +6019-3565-805
E: aqna_86@yahoo.com

Sekretariat PKPIM Pusat
Lot 2985 Jalan Kampung Tengah 7
Kampung Tengah
Batu 6 ½ Jalan Gombak,
53100 Kuala Lumpur
MALAYSIA
E: pkpim_spp@yahoo.com
T: +603-6184-2286

Wednesday, August 19, 2009

RESOLUSI KONGRES PELAJAR DAN PENEGASAN TERAS-TERAS KENEGARAAN

Kami dari Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) telah berbesar hati dengan kehadiran peserta-peserta ke Kongres Pelajar dan Penegasan Teras-Teras Kenegaraan bersempena dengan Muktamar Sanawi PKPIM ke-48 yang telah diadakan di Wisma Belia, Kompleks MAYC, 40, Jalan Syed Putra, Kuala Lumpur pada 8 Ogos 2009 bersamaan dengan 17 Sya’ban 1430Hijrah. Objektif Kongres Pelajar ini adalah seperti berikut:

1. Memberi makna dan kefahaman yang jelas akan teras-teras kenegaraan di dalam mendepani isu semasa yang melingkari sosio-politik Malaysia hari ini dan akan datang.

2. Merintis usaha transformasi Malaysia ke arah kehidupan bernegara yang lebih baik untuk seluruh rakyatnya.

3. Mewujudkan wadah penyampaian dan perbincangan untuk penghayatan makna dan perkaitan antara slogan ‘Satu Malaysia’ dan gagasan ‘Politik Baru’.

4. Menghasilkan gagasan baru melalui pembinaan pemikiran dan pengupayaan kemahiran generasi muda sebagai panduan buat generasi muda hari ini sebagai penerus kesinambungan kehidupan negara Malaysia.

Kongres yang telah dihadiri oleh 250 orang ini berpeluang untuk mengikuti satu sidang utama dan satu sidang selari yang menekankan tiga (3) aspek utama iaitu integriti, sosial dan ekonomi.

PERNYATAAN: 3 RESOLUSI KONGRES

Isu perpaduan bukanlah suatu isu yang baru, namun ia tidak basi untuk terus dibahaskan. Ini kerana, perpaduan adalah sangat penting dalam pembinaan sebuah Negara yang harmoni. Perpaduan tidak mungkin dapat dicapai dalam masa sehari, tetapi ia memerlukan jangka masa yang panjang disertai dengan komitmen tahap tertinggi oleh semua juzuk dan lapisan masyarakat. Diatas keprihatinan ini, maka kami peserta Kongres Pelajar dan Penegasan Teras-Teras Kenegaraan dengan ini menyatakan pendirian kami bahawa:

  1. Perpaduan Melayu adalah teras kepada perpaduan nasional dalam membina sebuah Negara yang aman dan harmoni. Pernyataan ini tidak didorongi apatah lagi didasari semangat perkauman, tetapi bertitik tolak dari kepentingan peranan faktor-faktor yang melatari sejarah, sosio-budaya, geo-politik tanahair dan yang lebih utama peranan Islam itu sendiri dalam pembentukan Negara-bangsa. Pertikaian kepada faktor-faktor ini hanya akan mengundang bahaya terhadap kestabilan dan keharmonian masyarakat yang telah terbina selama ini. Atas dasar inilah, PKPIM komited untuk menganjurkan forum perpaduan demi kesejahteraan semua pihak.

2. Dalam mendepani isu-isu semasa yang berlaku dalam masyarakat, maka persoalan integriti amat dititik-beratkan. Integriti boleh didefinisikan sebagai kebolehpercayaan, teguh jati diri dan tidak mudah dipengaruhi dengan anasir-anasir jahat yang menggugat kestabilan dan kerangka fikir sebagai generasi muda berwibawa. Akhlak dan adab adalah teras penting dalam pembentukan integriti dalam diri.

  1. Ekonomi yang maju menjamin kestabilan Negara. Oleh itu, Liberalisasi ekonomi yang digagaskan oleh kepimpinan kerajaan sekarang adalah satu langkah bijak bagi meningkatkan taraf hidup masyarakat kearah yang lebih baik. Model Ekonomi Baru yang diperkenalkan memberi ruang yang besar dalam sektor perniagaan yang kami yakin merupakan alternatif terbaik kepada kadar pengangguran graduan dan peningkatan nilai ekonomi negara. Justeru, usaha PKPIM seterusnya ialah mempromosi gagasan ini dalam program-program sekolah dan sebagainya. Natijahnya, ianya diharap dapat meningkatkan dan membuka peluang dan ruang kepada generasi muda untuk terlibat secara lansung dalam sektor ekonomi.

Secara tuntasnya, PKPIM merasakan bahawa mahasiswa dan generasi muda perlu bersifat kritikal bersandarkan kebenaran ilmu bagi menangkis budaya sinikal yang boleh menggangu gugat ketetapan idealisme dan kesungguhan aktivitisme.

Thursday, August 13, 2009

Kenyataan Media YB Dato Saifuddin Abdullah

Kongres Pelajar dan Penegasan Teras-Teras Kenegaraan, Sabtu, 8 Ogos 2009

Memperkukuh gerakan badan-badan Islam generasi muda

Umat Islam berada pada situasi yang menuntut ke arah kesatuan dalam pelbagai isu utama seperti politik, ekonomi dan pendidikan. Kesatuan tidak beerti kesamaan dan keseragaman tetapi bersedia meraikan perbezaan di kalangan mereka sebagai rahmat dan bukan titik tolak kepada perpecahan. Setiap perbezaan pandangan harus ditangani dengan semangat persaudaraan Islam.

Pertubuhan-pertubuhan Islam generasi muda perlu menjadikan ilmu sebagai tras perjuangan. Mereka perlu mengamalkan pendekatan berhikmah dalam setiap gerak kerja dan menjadi role model kepada pertubuhan-pertubuhan generasi muda yang lain.

Pertubuhan-pertubuhan Islam ini harus melihat persamaan sebagai titik pertemuan dalam memperkukuh sinergi gerakan dakwah Islamiyyah dalam konteks yang lebih holistik.

Kerajaan bersedia menjadi pelopor kepada usaha murni merapatkan hubungan pertubuhan-pertubuhan Islam generasi muda misalnya melalui Kelab Amal Islami (DAMAI).

POLITIK BARU DALAM PEMBENTUKAN IDEALISME GENERASI BELIA

Sebelum saya lanjutkan bicara saya pada penulisan kali ini, sukalah saya untuk menceritakan sebuah kisah yang pernah diceritakan oleh Pujangga Iqbal, mengenai seekor burung yang lemah kerana terlalu dahaga. Dalam pencariannya mencari air,burung tersebut telah melihat sebutir intan dan tertipu oleh kerana batu yang ditimpa oleh cahaya matahari, terus mematuk kerana difikirnya bahawa batu itu ialah setitis air. Intan tadi menjawab dengan serta-merta:

“Saya bukanlah titisan air embun, saya tidak memberi minuman,
Saya tidak hidup untuk kepentingan orang lain.”

Burung tersebut berasa sungguh sedih lalu ia meneruskan terbangannya hingga ia akhirnya terlihat setitis air embun di ranting dan terus terbang menuju kepadanya bagi menghilangkan dahaganya. Air embun tadi jatuh ke mulutnya, lalu burung tersebut mati.

Moral dari cerita ini ialah bahawa seseorang harus menanamkan kegigihan yang terlahir dalam kalbunya kerana seseorang itu harus menceburkan dirinya dalam penghidupan yang penuh dengan perjuangan dan pertentangan. Perjuangan dalam memartabatkan idealisme generasi muda supaya sama-sama dapat menyumbang ide, tenaga dan masa dalam pembangunan Negara Malaysia yang harmoni hingga titisan-titisan darah yang terakhir.

Cerita yang saya sampaikan sebentar tadi amatlah cocok dengan kandungan tulisan yang akan saya sampaikan. InsyaAllah.

“Satu Malaysia: rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan” merupakan cogan kata bagi Perdana Menteri kita yang ke-6, Y.A.B. Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak. Konsep yang cuba dibawa Y.A.B. telah mengundang pelbagai reaksi dan respons dari pelbagai juzuk masyarakat. Tidak ketinggalan generasi muda belia.

Kerangka fikir satu Malaysia ini masih lagi belum difahami dan dihayati dengan jelas yang akhirnya telah mewujudkan polemik dan salah faham berpanjangan yang menyimpang dari tujuan sebenar konsep itu.

Untuk kita keluar dari kepungan salah faham ini, PKPIM telah mengambil pendekatan dengan menyarankan agar konsep ‘Satu Malaysia’ ini dilihat dari perspektif idealisme “Politik Baru” tetapi pada masa yang sama PKPIM terus setia dengan orientasi gerakan sebagai NON-PARTISAN. Politik Baru yang digagaskan oleh YB Saifuddin Abdullah adalah bertujuan untuk memberi nafas baru yang lebih berhemah dan berhikmah dalam budaya politik di Malaysia. Cita-cita akhir idealisme politik baru ini adalah menyuburkan dan mematangkan demokrasi di Malaysia yang selalu dipertikaikan oleh pelbagai pihak.

Sebelum kita pergi lebih dalam tentang gagasan Politik Baru ini, marilah kita sama-sama mengimbas kembali keputusan PRU ke-12 yang akan terus tercatat dalam sejarah politik Malaysia bilamana kekuasaan majoriti 2/3 Barisan Nasional telah dinafikan oleh Pakatan Rakyat. Lantaran itu, ada suara-suara yang meramalkan pintu demokrasi di Malaysia sudah semakin terbuka luas dan inilah bibit-bibit kepada politik baru di Negara kita ini.

Dengan kehadiran generasi muda yang menyumbang lebih daripada 40% kepada jumlah penduduk tidak boleh tidak telah memberi kesan langsung kepada realiti politik semasa ini. Partisipasi generasi muda belia kita dalam arus politik Negara memang tidak dinafikan signifikannya. Jika wujud salah urus amanah rakyat, mereka lantang dan vokal dalam menyuarakan pandangan mereka bagi memberi kesedaran dan seterusnya sama-sama membetulkan keadaan. Sesungguhnya ia suatu momentum yang amat menggalakkan.. Generasi muda amat diperlukan dalam menghidupkan gagasan Politik Baru ini kepada realiti politik yang lebih tinggi nilai integritinya pada masa hadapan.

Walaupun begitu, kenyataan ‘Politik Baru’ telah menjadi sesuatu yang biasa dan hilang signifikan dan semangatnya. Namun begitu, menurut YB Saifuddin (2009), Politik Baru ini tidak sama dengan Politik Baru yang dicanang-canangkan oleh pihak-pihak lainnya. Malah, gagasan Politik Baru ini bukan baru dicipta bagi menarik perhatian rakyat, namun telah beliau caknakan dua dekad terdahulu.
Apa yang YB maksudkan dengan “Politik Baru” ini?

“Ia adalah satu pemikiran tentang amalan politik yang merangkumi dua komponen utama, iaitu pertamanya, “integriti politik” dan yang keduanya “Governans Baru”. Aspek yang membuatkan gagasan ini berbeza adalah saya menjadikannya sebagai satu AMALAN dalam berpolitik dan bukannya sebagai RAMALAN semata-mata.”

Kehadiran gelombang idealisme politik baru ini disaluti dengan beberapa prinsip yang dikupas secara ringkas melalui pembacaan dan pemahaman saya terhadap buku tersebut.

Dalam buku ‘Politik Baru: Mematangkan Demokrasi Malaysia’ (2009), YB Saifuddin ada menyatakan yang kita memerlukan aspirasi politik yang murni dan tinggi, atau sekurang-kurangnya tidak berdaki, dan berusaha menghidupkan serta menggerakkan Politik Baru yang menghampiri politik ideal.

Masyarakat awam sering dimomokkan dengan kata-kata, ‘politik adalah kotor’. Ya, mana mungkin kita boleh menyalahkan mereka jika mereka mempunyai persepsi sedemikian rupa kerana politik itu sendiri tidak sunyi dari cacat-celanya yang diakibatkan oleh politikus-politikus licik dan penuh muslihat. Namun, kita cuba melihat kepada aspek positif politik yang secara idealnya ia mampu memberi kebahagiaan dan keharmonian kepada semua orang yang tinggal dalam satu taman dengan pelbagai jenis bunga dan serangga.

Malah tidak keterlaluan untuk saya katakan, ilmu politik harus diajar kepada anak-anak muda kita supaya mereka tahu dan punya perasaan hidup berbangsa dan bernegara yang murni. Saya percaya, dengan adanya sistem pendidikan khusus tentang politik,masing-masing akan lebih menghargai teras-teras kenegaraan khususnya, Malaysia dan seterusnya mengurangkan salah faham sesama rakyat supaya pada akhirnya keharmonian dan kesejahteraan dapat di gapai.

Dalam usaha merealisasikan cita-cita politik ideal ini, jawapannya yang paling pokok adalah dengan menghayati konsep integriti politik. Dalam konteks amalan politik baru, integriti politik membawa maksud politik perjuangan yang beliau berpendapat terdapat tiga rukun penting iaitu idealisme, aktivisme dan intelektualisme. Ketiga-tiga rukun ini harus berjalan seiringan supaya politik perjuangan kita kukuh lagi padu dalam mengejar apa yang dimpikan iaitu memberi kebahagian kepada semua dan mematangkan demokrasi di Malaysia.

Dengan kata lain, Politik Baru tidak akan dicapai jika tidak didasari idealisme perjuangan yang tinggi. Ketidak hadiran idealisme ini dalam perjuangan hidup bernegara akan menyebabkan segala aktivisme yang dirancang dan dijalankan tidak mempunyai ‘roh’ atau sia-sia. Selain itu, rukun ketiga terpenting ialah dari aspek intelektual. Politik Baru semakin mencabar pada abad globalisasi ini dan menuntut kita kepada ilmu yang tinggi demi mendepani cabaran itu. Semestinya, kekuatan politik itu harus disandarkan kepada kekuatan ilmu langsung menolak politik ampu. Aplikasi ketiga-tiga rukun yang saya sebutkan sebentar tadi akan menjadi cerminan budaya politik Malaysia pada masa hadapan.

Konsep politik berintegriti disulami dengan amalan-amalan murni yang bertitik-tolak daripada konsep amar makruf wa nahi munkar. Kita mahu mewujudkan amalan “kerajaan/politik berilmu dan bukannya kerajaan/politik ampu. Kita mahu lahirkan kerajaan/politik hikmah dan menolak kerajaan/politik fitnah. Seterusnya, kita mahu wujudkan kerajaan/politik bakti dan bukannya kerajaan/politik undi.”

Seterusnya, komponen kedua terpenting dalam amalan Politik Baru yang tertulis didalam buku tersebut adalah mewujudkan suatu kerangka Governans Baru. Ia merujuk kepada kerangka pengurusan Negara yang lebih segar daripada apa yang ada sekarang. Jika sekarang kita terlalu berorientasikan kerajaan/politik, namun dengan gagasan amalan Politik Baru ini, perniagaan dan masyarakat sivil tidak dikesampingkan. Malah ketiga-tiga sektor, politik, perniagaan dan masyarakat sivil saling bergantungan sebagai rakan pembangunan dalam kedudukan yang saksama. Ini termasuklah golongan muda belia. Kita mahu memadamkan dominasi hanya kepada satu pihak sahaja kerana ia akan mempengaruhi kestabilan Governans Baru ini.

“Kesimpulannya, Politik Baru adalah landasan untuk memikir, merancang dan merangka dasar dan program pembangunan Negara yang lebih mesra rakyat, iaitu yang bersesuaian dengan lunas demokrasi. Rakyat memerlukan ruang dan peluang untuk menyuarakan rungutan, pandangan dan gagasan mereka tentang kehidupan dan masa depan mereka.”

Kita amat berharap generasi muda dapat menyelami dan menghayati gagasan Politik Baru ini bersempena dengan Kongres Pelajar dan Penegasan Teras-Teras Kenegaraan. Kalian semua adalah agen perubah masyarakat dan Negara di masa hadapan. Politik Baru menjanjikan perubahan ini.

Wabillahi taufiq wa hidayah, wassalmu’alaikum w.b.t.

Rujukan,

Saifuddin Abdullah. 2009. Politik Baru: Mematangkan Demokrasi Malaysia. Institut
Terjemahan Negara Malaysia, Kuala Lumpur.



Oleh,
Faridah Mohd Tap
Aktivis PKPIM-ABIM-WADAH
6 Ogos 2009

1 MALAYSIA


RAKYAT DIDAHULUKAN, PENCAPAIAN DIUTAMAKAN merupakan satu gagasan YAB Dato’ Seri Mohd Najib bin Tun Abdul Razak dalam menerajui kepimpinan beliau bagi tahun-tahun yang mendatang. Usaha-usaha kerajaan dalam mempromosi gagasan ini terutama dibawah Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan sedang giat dijalankan agar konsep ini dapat dihayati dengan jelas oleh setiap lapisan masyarakat seterusnya cita-cita 1 Malaysia dapat dicapai.

Terbaru, Jabatan Penerangan Malaysia dengan kerjasama Jabatan Penerangan Malaysia dan Universiti Sains Malaysia (USM) telah menganjurkan Seminar Konsep 1Malaysia bertempat di Hotel Marriot Putrajaya selama 2 hari bermula 11 hingga 12 Ogos 2009. Seminar itu telah dihadiri oleh 500 orang peserta terdiri daripada ahli akademik, pelajar dari pelbagai universiti, pegawai-pegawai Kerajaan dan badan-badan bukan kerajaan (NGO).

Seminar ini telah dirasmikan oleh YB Dato’ Seri Utama Dr. Rais Yatim selaku Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan. Dalam ucaptama, YB telah menyatakan penganjuran seminar ini sesungguhnya menunjukkan Kementerian beliau serius dalam melestarikan semangat 1Malaysia yang diumumkan oleh YAB Perdana Menteri. Tambah beliau lagi, seminar ini adalah salah satu inisiatif Kementerian bagi memberi ruang dan peluang kepada golongan pendidik, belia dan mahasiswa bagi mendalami, menghayati dan memahami konsep membina Negara bangsa yang sebenarnya. Beliau turut sering mengulang-ulang kenyataan “satu untuk semua, semua untuk satu” dalam menerangkan konsep 1Malaysia.

Konsep 1Malaysia yang diperkenalkan sejurus selepas peralihan kuasa pemerintahan kepada YAB Dato’ Seri Najib telah menggariskan 2 aspek penting iaitu:
1) penerapan teras-teras perpaduan yang menekankan aspek penerimaan kepelbagaian etnik, perinsip-prinsip kenegaraan dan keadilan sosial.
2) Penerapan nilai-nilai aspirasi termasuklah budaya berprestasi tinggi, budaya ketetapan, budaya ilmu, integriti, ketabahan, kesetiaan, kebijaksanaan dan budaya inovasi.
Kedua-dua aspek ini yang menjadi nadi pembangunan Negara bangsa yang harmoni dipercayai dapat digapai sekiranya pengisian yang sewajarnya dilakukan agar nilai tersebut boleh mencambahkan budaya pemasyarakatan di Malaysia.

Bagi menilai konsep 1 Malaysia dari sudut perspektif orang muda, PKPIM telah menganjurkan satu Kongres Pelajar dan Penegasan Teras-Teras Kenegaraan pada 8 Ogos 2009 (Sabtu) yang lalu brtempat di Wisma Belia, Kompleks MAYC, 40 Jalan Syed Putra, Kuala Lumpur. Daripada kongres itu PKPIM yang mewakili suara golongan muda peringkat kebangsaan telah membuat beberapa resolusi penting yang akan menjadi kerangka gerak kerja kami bagi sama-sama menyumbang kepada pembangunan Negara berteraskan semangat intelektualisme, spiritualisme, idealisme dan aktivisme.

Tuesday, August 4, 2009

IDEALISME POLITIK BARU DALAM REALITI POLITIK SEMASA

Selepas Pilihan Raya Umum ke-12 yang berlangsung pada 8 Mac 2008, realiti politik di Malaysia mengalami perubahan yang besar di mana jika sebelum ini PRU-PRU sering dimenangi oleh pihak Barisan Nasional yang membentuk kerajaan sehingga ramai penganalisis politik menggambarkan Demokrasi di Negara ini sebagai ‘Pseudo-Democracy’, dan ‘Semi Democracy’. Ini kerana, peluang untuk menang dalam PRU-PRU terdahulu terbuka luas kepada BN hingga membuatkan parti-parti pembangkang tercekik dan putus harapan.

Namun begitu, kekalahan besar BN pada PRU ke-12 yang lalu dan kemenangan di luar ramalan Pakatan Rakyat (PR) menyebabkan rencam politik di Malaysia semakin menarik untuk diikuti perkembangannya. Ramai juga yang mengatakan pintu demokrasi di Malaysia semakin matang sesuai dengan usia Negara ini yang sudah mencecah setengah abad. Selepas peralihan tampuk pimpinan Negara daripada Tun Abdullah Ahmad Badawi kepada Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak, slogan Satu Malaysia: Rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan bergema di setiap ruang dan ceruk Malaysia.

Gagasan Satu Malaysia cetusan Datuk Seri Mohd Najib telah mengundang pelbagai reaksi dan respons dari setiap juzuk masyarakat. Konsep Satu Malaysia yang diharapkan menjadi titik permulaan era baru politik Negara bagaimanapun tidak difahami dan dihayati dengan baik oleh orang awam dan menimbulkan salah faham yang menyimpang dari tujuan sebenar slogan itu diperkenalkan.

Pendekatan yang wajar dilaksanakan ialah mendedahkan kepada masyarakat khususnya generasi muda yang bakal mewarisi kepimpinan Negara pada masa mendatang dengan kerangka idealisme yang lebih berhemah dan berpandangan jauh. Tidak adil bagi mereka terus bergelumang dalam realisme politik semasa yang akhirnya boleh merugikan mereka. Satu Malaysia harus mereka fahami dan hayati dalam konteks idealisme “Politik Baru’ yang digagaskan oleh Datuk Saifuddin Abdullah, Timbalan Menteri Pengajian Tinggi Malaysia, agar Negara di masa hadapan terbina atas rukun idealisme politik baru.

Oleh itu, idealisme ‘Politik Baru’ sangat penting dalam konteks mengisi kerangka fikir mereka. PKPIM berkeyakinan, proses mengisi idealisme sangat penting kepada generasi muda belia supaya mereka mempunyai halatuju yang panjang dalam memahami politik. Politik bukan sekadar perjuangan wang dan kedudukan semata-mata, tetapi ia satu perjuangan jangka panjang bagi mengangkat martabat agama, bangsa dan Negara.

Demi menerajui usaha murni ini, PKPIM telah mengambil inisiatif untuk menganjurkan satu Kongres Pelajar dan Penegasan Teras-Teras Kenegaraan 2009 dengan bertemakan “Menjana Peneraju Baldatun Tayyibatun Wa Rabbun Ghafur” pada 8 Ogos 2009 bersamaan hari Sabtu Di Wisma Belia, Kompleks MAYC, 40, Jalan Syed Putra, 50460 Kuala Lumpur.

Kongres pelajar yang akan dianjurkan adalah bertujuan untuk mengisi makna ‘Satu Malaysia’ melalui semangat rukun ‘Politik Baru’.Selain itu, kongres ini diadakan sebagai usaha merintis transformasi politik melalui pembinaan pemikiran dan penghakupayaan generasi muda yang mewakili lebih 40% penduduk di Malaysia. Dengan penganjuran kongres ini, ia akan mewujudkan wadah penyampaian dan perbincangan untuk penghayatan makna dan perkaiatan “Satu Malaysia’ dan ‘Politik Baru’. Akhirnya, kami ingin menyebarluaskan gagasan ‘Politik Baru’ untuk memastikan generasi muda hari ini menjadi agen perubah pada masa hadapan.

Ayuh! Sama-sama berpartisipasi dalam kongres ini.

“Politik Baru adalah landasan untuk memikir, merancang dan merangka dasar dan program pembagunan Negara yang lebih berorientasikan rakyat, iaitu bersesuaian dengan lunas demokrasi. Rakyat memerlukan ruang dan peluang untuk menyuarakan rungutan, pandangan dn gagasan mereka tentang kehidupan dan masa depan mereka. Politik baru menjanjikan perubahan ini.” (YB Datuk Saifuddin, 2009)

Faridah Mohd Tap

Biro Promosi dan Media

Kongres Pelajar dan Penegasan Teras-Teras Kenegaraan 2009

Sunday, July 19, 2009

Jemputan ke Malam Iftitah Perjuangan

Assalamu'alaikum warahmatullahi wa barakaatuh

Saf Qiyadah PKPIM UIAM dengan segala hormatnya menjemput sahabat-sahabat para ahli PKPIM UIAM ke

MALAM IFTITAH PERJUANGAN (MIP)
Tarikh : 20 Julai 2009
Masa : 8.30 pm-11.00 pm
Tempat : EDU Ground Floor

Objektif program :
  • Mengeratkan ukhwah di antara ahli-ahli baru dan ahli-ahli lama
  • Meraikan kemasukan adik-adik dari Pusat Asasi ke UIAM
  • Memperkasa kaderisasi PKPIM UIAM

Semua ahli dari Badan Gabungan Negeri (BGN), MPBF dan Generasi dijemput hadir..

"Memperkasa Ukhwah, Memugar Da'wah"

Thursday, July 16, 2009

AKHIRNYA…KEDUDUKAN PPSMI TERJAWAB

Keputusan pemansuhan ppsmi yang diumumkan oleh Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin pada 8 Julai yang lepas telah menamatkan segala teka-teki rakyat Malaysia tentang kedudukan dasar pelajaran baru itu yang berkuatkuasa pada 1 Januari 2003. Kami pihak PKPIM UIAM ingin mengucapkan Tahniah diatas keputusan bijak beliau mengenai dasar itu.

Sebelum keputusan itu dibuat, kita pasti tidak akan lupa dimana puluhan ribu rakyat daripada pelbagai latar belakang etnik telah berkumpul pada sebuah perhimpunan raksasa-100 ribu yang di anjurkan oleh Gerakan Pemansuhan Ppsmi (GMP). Ia merupakan peringkat terakhir untuk mendesak kerajaan terutama Kementerian Pelajaran Malaysia untuk memansuhkan dasar ppsmi yang terbukti merugikan Negara dalam jangka masa pendek dan panjang. .

Jika sebelum ini, demonstrasi selalu dikaitkan dengan parti pembangkang, namun peristiwa 7 Mac yang lalu telah menyaksikan kita tentang ‘trend’ baru di mana ahli akademik dan cendikiawan Negara turut berpartisipasi dalam demonstrasi. Ini membuktikan mereka juga menjalankan tanggungjawab sosial kerana isu ppsmi ini sangat dekat di hati mereka.

Selepas peristiwa itu, aktivis GMP yang diketuai Datuk Dr. Hassan Ahmad ternanti-nanti akan keputusan dari pihak KPM. Setelah KPM bertukar kepimpinan yang sekarang ini dipertanggungjawabkan di bawah pimpinan Tan Sri Muhyiddin Yassin, beliau akhirnya mengumumkan pemansuhan ppsmi yang akan dilaksanakan secara berperingkat sehingga 2012. Ini bermakna subjek sains dan matematik akan diajar dalam bahasa Melayu di sekolah-sekolah Kebangsaan dan bahasa Mandarin dan Tamil bagi sekolah-sekolah jenis Kebangsaan.

Keputusan itu dibuat setelah mengambil kira kajian-kajian para penyelidik tempatan dan antarabangsa tentang keberkesanan ppsmi dalam meningkatkan penguasaan berbahasa Inggeris dikalangan para pelajar. Kajian oleh sebilangan professional dari UPSI yang di ketuai oleh Professor Emeritus Dato’ Isahak Haron mendapati lebih daripada 75% murid-murid tahun 5 yang menjadi bahan sampel dari pelbagai etnik menghadapi kesukaran atau agak sukar belajar sains dan matematik dalam bahasa inggeris. Malah, lebih 80% pelajar Melayu menghadapi kesukaran belajar kedua-dua subjek tersebut dalam bahasa inggeris berbanding bangsa Cina dan India. Selain itu dapatan kajian mendapati secara relatif, 70% pelajar dan lebih tinggi iaitu hampir 75% pelajar Melayu tidak boleh menjawab item-item dalam bahasa inggeris. Ini menunjukkan kebolehan berbahasa inggeris masih ditahap yang rendah walau mereka sudah didedahkan kepada polisi tersebut sejak 2003 lagi.

Kajian lain yang dijalankan oleh sekumpulan 50-pengkaji dari kalangan pensyarah daripada tujuh universiti tempatan (UPM, UiTM, UPSI, USM, UUM, UMS dan UTM) mendapati peratusan pelajar yang gagal (D dan E) dalam kedua-dua subjek di beberapa negeri seperti Perlis, Kelantan, Sabah dan Sarawak adalah lebih daripada 50%. Menurut kajian DBP-UKM pula, pencapaian pelajar dalam subjek sains, matematik, bahasa Melayu dan bahasa inggeris merosot selepas ppsmi dilaksanakan secara rasmi. Inilah yang dikatakan, “yang dikejar tak dapat, yang dikendong berciciran.”

Bagaimana pula dengan pencapaian pelajar kita di arena antarabangsa? Sebuah dapatan kajian yang didedahkan oleh PKPIM berhubung “Trends in International Mathematics and Science Study (TIMSS 2007) yang dianjurkan oleh International Association for the Evaluation of Education Achievement (IEA) menunjukkan pencapaian para pelajar kita telah jatuh merundum akibat kesan langsung dasar ppsmi ini. Untuk pengetahuan umum, Malaysia merupakan salah sebuah Negara yang menyertai kajian tersebut bersama-sama 49 Negara yang lain dari seluruh dunia. Responden terdiri daripada 4,466 orang pelajar tingkatan 2, 150 orang guru masing-masing mengajar sains dan matematik daripada 150 buah sekolah di seluruh Malaysia. Penting untuk dinyatakan disini bahawa pelajar tersebut adalah produk ppsmi.

Menurut kajian TIMSS 2007 itu, pencapaian pelajar kita dalam subjek matematik jatuh dari tangga ke-10 pada tahun 2003 ke tangga ke-20 pada tahun 2007. Bagi subjek sains pula, pencapaian kita jatuh dari tangga ke-20 pada tahun 2003 ke tangga ke-21 pada tahun 2007. Lebih malang, Malaysia tidak mencapai skor purata paling minimum iaitu 500 yang ditetapkan oleh IEA berbanding tahun-tahun sebelum ppsmi diaplikasikan ke dalam sistem pendidikan Negara kita.

Daripada kajian itu, terdapat hubungan positif di antara bahasa pengantar bagi mengajar sains dan matematik dengan pencapaian cemerlang yang diperoleh. Menariknya, lebih daripada 90% pelajar yang mendapat pencapaian yang tinggi dalam kajian tersebut adalah dari Negara-Negara yang menggunakan bahasa ibunda mereka sebagai bahasa pengantar dalam pembelajaran dan peperiksaan seperti Jepun. Taiwan, Korea, Sweden, Australia, Scotland, Russia dan USA.

Secara ringkas, ppsmi bertanggungjawab dalam mempengaruhi pencapaian pelajar-pelajar kita yang pada pandangan penulis amat teruk. penulis juga yakin, ramai yang sependapat dengan penulis. Oleh yang demikian, sekali lagi kami PKPIM-UIAM juga sebagai penyokong GMP mengalu-alukan keputusan pemansuhan ppsmi dan sekalung tahniah buat Tan Sri Muhyiddin Yassin. Kami berharap segala mekanisma dan kaedah pembelajaran yang efektif dapat diketemukan segera bagi membantu para pelajar untuk menguasai subjek sains, matematik dan bahasa Inggeris dengan lebih mudah. Pada masa yang sama memperkasakan dan memartabatkan Bahasa Nasional iaitu bahasa Melayu yang termaktub dalam Perlembagaan Malaysia. Wallhu’alam.

Ditulis oleh,
Faridah Mohd Tap
PKPIM-ABIM-WADAH
Gombak, Selangor.

IRAN BERGOLAK

Tiada siapa menyangka pilihan raya Republik Islam Iran pada 12 Jun yang lalu telah menyebabkan demonstrasi besar-besaran yang menarik perhatian masyarakat dunia. Demonstrasi itu dikatakan yang kedua terburuk dalam sejarah Iran selepas Revolusi Iran 1979 yang berlaku 30 tahun dahulu.

Kemelut di Iran itu bermula apabila penyokong calon reformis, Mir Hossein Mousavi membantah keputusan pilihan raya yang memberi kemenangan besar kepada Presiden Mahmoud Ahmadinejad.

Keputusan pilihan raya yang menyebelahi Ahmadinejad melayakkan beliau meneruskan kepimpinan sebagai presiden Iran untuk tempoh empat tahun yang akan datang selepas menang buat pertama kalinya pada pilihan raya 2005 .

Mousavi dan pengikutnya tewas pada pilihan raya itu dengan memperoleh hanya 33 peratus buangan undi berbanding 66 peratus yang dimenangi oleh Ahmadinejad.

Mereka membantah keputusan itu dengan mengatakan terdapat penipuan dalam pilihan raya yang sudah berlangsung seminggu yang lalu dan mendesak supaya pilihan raya baru diadakan semula. Mereka mengadakan bantahan jalanan berhari-hari lamanya supaya desakan mereka dituruti.

Melihat kepada bantahan jalanan di Iran yang telah meragut sejumlah nyawa , pemimpin agung bersejarah Ayatollah Ali Khamenei mendesak agar demonstrasi dihentikan. Beliau juga mengumumkan bahawa kertas undi akan di kira semula untuk meleraikan kekusutan itu. Langkah itu diambil sebagai satu-satunya cara terbaik bagi mengelakkan konflik dalaman Iran yang lebih parah.

Ramai beranggapan, konflik yang berlaku di Iran sekarang ini mempunyai agenda politik untuk menjatuhkan Ahmadinejad. Umum mengetahui, Ahamdinejad merupakan pemimpin Islam yang lantang mencabar Amerika Syarikat terhadap dasar luarnya. Hubungan Iran-AS juga bertambah keruh apabila Ahmadinejad enggan menghentikan aktiviti pengayaan uraniumnya.

Kalau dinilai dari segi latar belakang calon, Mousavi lebih di senangi oleh pihak AS kerana pendekatannya yang sederhana berbanding Ahmadinejad yang lebih konservatif. Malah, penyokong Mousavi juga kebanyakannya terdiri daripada golongan elit dan generasi muda Iran yang tinggal di luar Negara terutama di AS dan Eropah. Manakala Ahmadinejad amat popular di kalangan golongan miskin Iran dan ini juga dkatakan faktor yang menyumbang kepada kemenangan beliau.

Walaupun begitu, menurut Prof. Madya Ruhanas Harun, pensyarah Program Pengajian Strategi dan Hubungan Antarabangsa/ Penyelidik Bersekutu Institut Kajian Rantau Asia Barat (IKRAB) dalam ruangan soal jawab oleh wartawan Berita Harian, 21 Jun/ Sabtu mengatakan ketegangan di Iran cuma luahan kemarahan dan harapan rakyat untuk suatu kepimpinan yang baru.

Beliau juga menambah, bahawa demonstrasi itu dilakukan secara spontan sejurus selepas keputusan pilihan raya diumumkan. Penyokong Mousavi rasa sungguh dengan kecewa dengan kekalahan calon pilihan mereka dan menuduh terdapat penyelewengan. Keadaan bertambah buruk apabila, Mousavi bersungguh-sungguh mengatakan beliau adalah Presiden Iran yang baru.

Pergolakan dalaman Iran dijangka akan terus berlaku sehingga pilihan raya yang baru dilaksanakan. Sehingga itu, AS di bawah kepimpinan Baarack Obama mengambil keputusan untuk tidak masuk campur politik dalaman Iran.

Bagi pihak PKPIM UIAM, kami mendoakan pergolakan dalaman Iran dapat menemui jalan penyelesaian yang terbaik. Ini bagi mengelakkan masyarakat Republik Islam itu berpecah belah hanya disebabkan keputusan pilihan raya yang lepas. Jika itu berlaku, masyarakat Islam sekali lagi di rundung malang dan kita tidak mahu pihak luar mengambil kesempatan terhadap Islam di atas apa yang berlaku. Wallahu’alam.


Ditulis oleh,

Faridah binti Mohd Tap
Aktivis gerakan Islam
PKPIM-ABIM-WADAH
22 Jun 2009/Ahad

Tahniah Kepada 40,366 Bakal Mahasiswa Sesi 2009/2010!

PKPIM UIAM ingin mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada semua bekas pelajar STPM dan pusat matrikulasi yang berjaya menempatkan diri di pelbagai Intitusi Pengajian Awam (IPTA) di seluruh negara.

Menurut akhbar News Straits Times (Sabtu, Jun 20), seramai 40,366 pemohon daripada 61, 027-telah berjaya untuk memasuki IPTA dalam pelbagai jurusan untuk sesi akademi 2009/2010. Daripada jumlah tersebut, 65% adalah golongan wanita.

Kalau diklasifikasikan mengikut etnik, 27, 829 adalah Bumiputera, 10, 116 adalah pelajar Cina dan 2,421 adalah pelajar India. Manakala, daripada keseluruhan jumlah tawaran tersebut, 15,785 tawaran berjaya diperoleh oleh pelajar aliran sastera dan selebihnya, 24,581 untuk pelajar aliran sains.

Daripada jumlah angka yang disebutkan di atas, laporan menunjukkan peningkatan sebanyak 0.4 peratus daripada pengambilan bagi sesi 2008/2009. Peningkatan positif ini sudah tentu didasari oleh faktor pemohon itu sendiri. Selain cemerlang dalam aspek akademik, seseorang pemohon itu juga dinilai dari aspek keaktifan mereka dalam aktiviti ko-kurikulum.

Selamat datang ke dunia mahasiswa!

Berpeluang menjadi mahasiswa sudah tentu pengalaman hidup yang sangat indah.Daripada berpuluh-puluh ribu pemohon, kita terpilih untuk melanjutkan pengajian ke peringkat yang lebih tinggi. Sudah tentu, terbit perasaaan bangga dan merasakan diri ini sungguh bertuah. Hari pertama menjejakkan kaki ke universiti, diri disaluti dengan satu azam yang padu iaitu ingin menjadi mahasiswa yang berjaya. Mahasiswa yang dapat membangun diri dan masyarakat sekelilingnya.

Walaupun begitu, sesungguhnya dunia mahasiswa sangat berbeza dengan dunia pelajar peringkat sekolah Menengah. Mahasiswa terdedah dengan 1001 pilihan yang ditentukan oleh diri kita sendiri. Tiada sesiapapun yang akan mengatur kehidupan kita terutama setelah diri jauh dari pemerhatian ibubapa dan keluarga. Kitalah yang mencorakkan sejarah hidup kita sendiri sebagai seorang mahasiswa.

Adakah kita seorang mahasiswa yang mempunyai idealisme, intelektualisme, spiritualsme dan semangat aktivisme yang tinggi? Atau adakah kita mahasiswa yang menghabiskan masa dengan budaya ‘3K’ (Kelas, Kafe dan Katil)? Atau mungkin, adakah kita mahasiswa yang menjunjung budaya hedonisme? Jika kita tercampak dalam kategori mahasiswa cap 3K ataupun mahasiswa hedonisme, amatlah malang lagi rugi masa kita dihabiskan di universiti.

Masakan tidak rugi, sepatutnya kehidupan kita sebagai seorang mahasiswa bakal melahirkan golongan pembaharu. Golongan mahasiswa yang memperbaharui dan memperbaiki struktur masyarakat supaya terbangun sosio-ekonominya serta akhlak dan moralnya. Malah, sepatutnya kita menjadi mahasiswa yang menjunjung tinggi budaya ilmu tradisi Islam yakni, menggunakan masa untuk menimba ilmu sebanyak mungkin untuk mengislah masyarakat setempat dan global.

Teringat penulis sebuah hadis tentang pengertian ilmu yang diriwayatkan Abu Syaikh Ibnu Habiban dan Ibnu Abdil Barr,

Berkata Mu’az bin Jabal tentang sabda Rasulullah S.A.W. yang bermaksud:

“Pelajarilah ilmu! Maka mempelajarinya kerana Allah itu taqwa. Menuntutnya itu ibadah. Mengulang-ulanginya itu tasbih. Membahaskannya itu jihad. Mengajarkan yang tidak tahu itu sedekah. Memberikannya kepada ahlinya itu mendekatkan diri kepada Tuhan. Ilmu itu teman waktu sendirian dan kawan waktu kesepian, penunjuk jalan kepada agama, memberi nasihat bersabar waktu suka dan duka, seorang menteri di tengah-tengah rakan sejawat, seorang keluarga di tengah-tengah orang asing dan sinar jalan ke syurga. Dengan ilmu diangkat oleh Allah beberapa kaum, lalu dijadikan-Nya mereka pemimpin, menghulu dan penunjuk jalan pada kebajikan. Diambil orang menjadi ikutan dan penunjuk jalan kepada kebajikan. Jejak mereka diikut, perbuatan mereka diperhatikan. Malaikat suka kepada tingkah laku mereka. Disapunya mereka dengan sayapnya. Seluruh yang basah dan yang kering meminta ampun akan dosa mereka, hatta ikan dan binatang laut, binatang busa dan binatang jinak di darat, langit dan bintang-bintangnya.”
(di petik dalam buku Panduan Mengatasi Kejahilan Diri oleh Fauziah Mohamad. M/s11-12.)

Peranan mahasiwa

Kehidupan sebagai mahasiswa bukanlah bermakna kita menghabiskan masa dengan menghadiri kuliah-kuliah, membuat ‘assignment’ dan menjawab soalan-soalan peperiksaan bagi memenuhi tuntutan akademik semata-mata. Tetapi, peranan mahasiswa lebih besar daripada itu. Semangat dan budaya berbakti dan menyumbang kepada masyarakat perlu ada dalam diri setiap mahasiswa. Keterlibatan diri dalam aktiviti-aktiviti sosial dapat membangun personaliti mahasiswa secara holistik.

Disebabkan kita dianggap oleh masyarakat sebagai golongan berilmu, sudah tentu tanggungjawab kita semakin berat. Justeru itu, kita amat didambakan oleh masyarakat terbanyak. Kitalah yang akan menjadi jurubicara masyarakat dalam membawa isu-isu setempat ke pengetahuan kepimpinan Negara sepertimana tercatat dalam sejarah para mahasiswa di era 70-an.

Sebagai kesimpulan, amat malang jika ilmu yang kita peroleh sepanjang tempoh kehidupan sebagai mahasiswa melahirkan jiwa-jiwa yang pentingkan diri sendiri, korup, kedekut, bongkak dan lain-lain sifat mazmumah. Jadi, belumlah terlambat untuk kita menghayati tanggungjawab kita sebagai mahasiswa. Mahasiswa yang memainkan peranannya di mana sahaja. Pujangga Iqbal pernah berkata, “kita hidup dengan membentuk cita-cita, kita berseri dengan dengan pemancaran cahaya untuk keinginan.” Ketahuilah, mahasiswa adalah tulang belakang kemajuan masyarakat dan Negara. Itulah cita-cita dan keinginan murni seorang mahasiswa berjaya.

Akhirnya, Izinkan penulis menukilkan secebis pesanan,

Mahasiswa!
Kau punya tanggungjawab dan amanah,
Masyarakat melihatmu sebagai jurubicara mereka,
Bangkitlah!
Penuhi impian dan cita-cita mereka,
Kaulah yang mencorakkan sejarah,
Jatuh dan bangun masyarakat bangsa,
Tercipta semuanya di tanganmu…MAHASISWA.

Wallahu’alam.


Ditulis oleh,
Faridah binti Mohd Tap
Aktivis gerakan Islam
PKPIM-ABIM-WADAH
21 Jun 2009/Ahad

LIBERALISASI BANGSA MELALUI PEREMPUAN DAN ANAK

Salah satu isu yang mengglobal di seluruh penjuru dunia saat ini adalah kemiskinan, kebodohan, ketertindasan dan kekerasan terhadap perempuan. Berbagai pihak telah berupaya mensosialisasikan berbagai akar masalah dari ‘persoalan’ ini beserta alternatiF solusinya. Negara-negara Barat-para feminis-, melalui lembaga dunia PBB memaksakan asumsi bahwa berbagai persoalan ini disebabkan oleh budaya patriarkhi yang selama ini masih dilegitimasi oleh agama, budaya dan kultur. Mereka pun memaksakan solusi untuk mengentaskan persoalan perempuan tersebut dengan membebaskan kaum perempuan dari ikatan agama, budaya, dan kultur ini. Program pun terus bergulir dan dipaksakan ke negeri-negeri Muslim.

Kini , setelah beberapa periode “Problem Solving” persoalan-persoalan perempuan digulirkan tidak ada tanda-tanda persoalan perempuan akan terselesaikan, namun justeru semakin nyata bahwa solusi tersebut membawa kaum Muslimin, termasuk perempuan dan anak-anak, berhadapan dengan situasi yang semakin buruk dan mengkhawatirkan. Dunia Islam kini dihadapkan pada ancaman persoalan sebagaimana yang terjadi di Barat, yakni: krisis keluarga Muslim dan kerosakan struktur sosial masyarakat.

Konspirasi Internasional

Tahun 1975 dicanangkan oleh PBB sebagai ‘Tahun Internasional Perempuan’ di Mexico City. Melalui tangan PBB, para Feminis mencanangkan berbagai agenda yang harus diratifikasi oleh seluruh Negara-negara di bawah PBB dan dijadikan acuan dalam setiap program-program terkait persoalan perempuan. Misalnya BPFA (Beijing Platform for Action/Landasan Aksi Beijing), CEDAW (Convention on the Elimination of All Forms of Discrimination against Women/Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi terhadap Wanita), MDGs (Millennium Development Goals/ Tujuan Pembangunan Milenium) dan ICPD (International Conference Population and Development/ Koferensi Internasional Kependudukan dan Pembangunan).

Sejak itu, isu keperempuanan merabah dan mewabah dalam berbagai bentuk forum, baik di tingkat internasional, nasional, regional, maupun lokal. PBB di bawah kendali Amerika Syarikat jelas sangat berkepentingan dan berperanan besar dalam penularan isu-isu tersebut, baik dalam forum yang khusus membahas perempuan-seperti forum di Mexico pada tahun 1975, Kopenhagen tahun 1980, Nairobi tahun 1985, dan di Beijing tahun 1995-maupun forum tingkat dunia lainnya, seperti Koferensi Hak Asasi Manusia (HAM), KTT Perkembangan Sosial, serta KTT Bumi dan Koferensi Kependudukan.

Pemerintah negeri-negeri Muslim secara perlahan tapi mesti didorong (baca:ditekan) untuk meratifikasi dan mengimplementasi semua hasil koferensi itu. Dorongan atau tekanan ini dilakukan baik oleh LSM-LSM di negeri-negeri itu yang geraknya diarahkan dan dibiayai oleh badan-badan internasional maupun lembaga-lembaga kewangan internasional.
Beijing Platform for Action (BPFA) menetapkan ke-12 bidang kritis tersebut adalah:
1. perempuan dan kemiskinan,
2. pendidikan dan pelatihan bagi perempuan,
3. perempuan dan kesihatan,
4. kekerasan terhadap perempuan,
5. perempuan dan konflik bersenjata
6. perempuan dan ekonomi
7. perempuan dalam kekuasaan dan pengambilan keputusan,
8. mekanisme institusional untuk kemajuan perempuan
9. hak asasi perempuan
10. perempuan dan media,
11. perempuan dan lingkungan, dan
12. anak perempuan.
Melalui 12 bidang kritis ini, negeri-negeri Muslim dipaksa untuk meratifikasi dan melaksanakan keputusan-keputusan tersebut dalam perundangan. Pemberdayaan perempuan diarahkan pada kebebasan kaum perempuan. Di bidang ekonomi, perempuan diarahkan supaya mandiri secara finansial. Namun kemadirian ini lebih difokuskan pada isu pembebasan diri yang berujung pada melepaskan diri dari hukum ketaatan pada suami. Ketika perempuan telah berperanan dalam finansial keluarga, maka diarahkan isu pada pembagian kerja dalam tugas-tugas domestik. Dengan demikian, peranan ibu tidak lagi menjadi tanggungjawab perempuan. Kaum laki-laki pun harus berperanan dalam pengasuhan dan pengelolaan keluarga. Namun akhirnya tidak ada satupun baik pria dan wanita yang mengambil alih peranan tersebut kerana keduanya bersaing keras untuk merebut dominasi di sektor publik.

Bagaimana dengan anak-anak? Bila suami dan isteri sama-sama tersita dalam aktivitas publik, maka finansial akan menyelesaikannya dengan menggaji pembantu. Negara pun diarahkan untuk mengambil alih dengan menyelenggarakan day care centre. Pada titik ini kehancuran keluarga semakin jelas. peranan kepimpinan yang dibebankan kepada kaum laki-laki (qowwamah) akan melemah, kerana para perempuan pun akan menuntut kepimpinan tersebut, apalagi bila gaji perempuan lebih tinggi. Peranan ibu (umamah) dan pengelola rumahtangga (robbatul baiti) yang dibebankan Islam kepada kaum perempuan akan terabaikan. Padahal peranan ini sangatlah penting untuk melahirkan generasi masa depan yang berkualitas.

Di bidang kesehatan, isu kemadirian perempuan diarahkan agar Negara melegalisasi aborsi dan program penggunaan alat kontrasepsi secara bebas termasuk bagi remaja putri (perempuan yang belum menikah). Remaja diarahkan untuk mampu menggunakan kontrasepsi yang aman tanpa takut hamil, sementara aktivitas seksual mereka tidak terhambat. Hubungan seks yang aman menurut Barat adalah yang mampu mencegah mereka dari penularan penyakit-penyakit menular seperti siphilis, gonorrhea dan HIV/AIDS. Untuk itu shelter-shelter bagi kesehatan reproduksi remaja didirikan agar menjadi cara yang ramah dan nyaman bagi remaja untuk mengamalkan perilaku seks bebasnya.

Kemandirian perempuan dalam ekonomi sekaligus dukungan terhadap kesehatan reproduksinya secara bertahap akan membuat perempuan tidak lagi mementingkan institusi keluarga. Di Negara-negara pelopor kebebasan perempuan seperti Amerika Syarikat, single parent banyak menjadi pilihan bagi perempuan yang berkarier. Penikahan ini tidak lagi penting. Seks bebas menjadi solusi hak reproduksi perempuan.

Dalam ICPD terlihat jelas upaya yaitu legalisi aborsi, legalisasi seks bebas, kondomisasi dan penekanan jumlah penduduk. Hal itu tampak jelas pada tujuan rencana kerja ICPD yaitu setiap tindakan seks harus bebas dari infeksi, setiap kehamilan dan persalinan harus diinginkan dan setiap kehamilan dan persalinan harus aman. Dari keempat tujuan tersebut dicanagkanlah upaya pendidikan kesehatan reproduksi remaja, peningkatan pengguanaan kondom di antara mereka yang aktif secara seksual dengan lebih dari satu pasangan-termasuk remaja, pelayanan dan akses yang terjangkau ke kontrasepsi-termasuk remaja, aborsi yang aman dan pelayanan pasca aborsi. Pada hakikatnya, program pendidikan kesehatan reproduksi adalah:
1. mengajarkan remaja untuk penggunaan alat kontrasepsi dalam pergaulan bebasnya,
2. mengajarkan penggunaan kondom dengan dalih mencegah penularan HIV/AIDS jika ingin seks yang aman (padahal sejatinya penggunaan kondom justru menumbuh suburkan seks bebas di kalangan remaja dan masyarakat) dan,
3. mengajarkan melakukan aborsi jika kehamilannya tidak diinginkan dengan dalih kesehatan (sementara sudah diketahui bahwa aborsi justru membahayakan jiwa dan kesehatan ibu).

Pada CEDAW tampak jelas upaya penghancuran hukum-hukum Islam yang terkait dengan keluarga yang tentunya berdampak pada kehancuran keluarga Muslim. Hal ini akan tampak jelas pada pasal-pasalnya. Salah satunya adalah pasal 16 (1) sebagai berikut: “Negara-negara peserta wajib membuat peraturan-peraturan yang tepat untuk menghapus diskriminasi terhadap perempuan dalam semua urusan yang berhubungan dengan perkahwinan dan hubungan kekeluargaan atas dasar persamaan antara lelaki dan perempuan, dan khususnya akan menjamin:
a. hak yang sama untuk memasuki jenjang perkahwinan,
b. hak yang sama untuk memilih suami secara bebas dan untuk memasuki jenjang perkahwinan hanya dengan persetujuan yang bebas dan sepenuhnya,
c. hak dan tanggungjawab yang sama selama perkahwinan dan pada pemutusan perkahwinan,
d. hak dan tanggungjawab yang sama sebagai orang tua, terlepas dari status kahwin mereka, dalam urusan-urusan yang berhubungan dengan anak-anak mereka. Dalam semua kasus, kepentingan anak-anaklah yang wajib diutamakan,
e. hak yang sama untuk menentukan secara bebas dan bertanggungjawab jumlah dan penjarakan kelahiran anak-anak mereka serta untuk memperoleh penerangan, pendidikan dan sarana-sarana untuk memungkinkan mereka menggunakan hak-hak ini,
f. hak dan tanggungjawab yang sama berkenaan dengan pewalian, pemeliharaan, pengawasan dan pengangkatan anak atau lembaga-lembaga yang sejenis di mana konsep-konsep ini ada dalam perundangan nasional, dalam semua kasus kepentingan anak-anaklah yang wajib diutamakan,
g. hak pribadi yang sama sebagai suami isteri, termasuk hak untuk memilih nama keluarga, profesi dan jabatan,
h. hak sama untuk kedua suami isteri bertalian dengan pemilikan, perolehan, pengelolaan, administrasi, penikmatan dan memindahtangankan harta benda, baik secara Cuma-Cuma maupun dengan penggantian berupa wang.”

Dengan menjadikan keserataan lelaki dan perempuan sebagai dalil, pada pasal tampak jelas penghancuran hokum-hukum Islam. laki-laki dan perempuan mempunyai hak yang sama untuk menikah dengan siapa saja, termasuk penikahan seorang Muslimah dengan Non-Muslim, padahal Islam jelas melarang hal ini. Perempuan mempunyai hak yang sama dengan laki-laki untuk memutuskan perkahwinan, padahal Islam mengatur peranan laki-laki sebagai kepala rumahtangga dan perempuan sebagai ummu dan robbatul baiti. Perempuan mempunyai hak sama dengan laki-laki dalam bidang perwalian, padahal Islam mengatur pewalian anak pada ayah.

Di Indonesia, acuan program-program PBB yang tertuang dalam ICPD, BPFA, CEDAW dan MDGs telah menghasilkan UU yang bila dikaji secara teliti dan mendalam berpotensi besar untuk menghancurkan nilai-nilai Islam. Hukum ketaatan isteri pada suami dipandang merendahkan perempuan, kebolehan poligami dipandang sebagai bentuk kekerasan terhadap perempuan, kepmpinan suami dalam rumahtangga dipandang subordinasi perempuan dan peranan keibuan sebagai pengekang kebebasan perempuan.

Persoalan Perempuan Dampak Kapitalisme Global

Hegemoni Negara adidaya telah menyebabkan dunia Islam dilanda krisis besar. Berbagai kesepakatan ekonomi dunia yang ditujukan bagi negara-negara berkembang hanyalah untuk melapangkan jalan eksploitasi besar-besaran sumber daya alam mereka. Kekayaan negeri-negeri ini tersedut hanya untuk kepentingan Negara adidaya, sementara hanya sedikit yang menetas bagi negeri-negeri tersebut. Berbagai bantuan lembaga-lembaga pendanaan asing yang dikucurkan melalui LSM-LSM internasional ataupun lokal hanya untuk mendanai program-program yang dipaksakan oleh lembaga-lembaga dunia. Kenyataannya saat ini program-program tersebut bertujuan untuk semakin menjerumuskan negeri-negeri ini dalam jurang krisis sosial yang parah.

Hegemoni kapitalis telah merancang satu sistem yang menyebabkan sumber daya alam negeri-negeri Muslim tersedot ke Negara-negara adidaya untuk kepentingan korporasi kapitalis global. Bagian dari sistem ini juga merancang projek pembodohan sumber daya manusia ini juga telah merancang kaum Muslimin hanya memiliki mental pekerja, hilang karakter Islam, memandang negatif hukum-hukum Islam, berpola piker hedonis, hingga akhirnya mereka menjadi bangsa yang hilang kemandirian dan berkiblat ke Barat.

Tidak dipungkiri bahawa kapitalisme adalah sumber dari krisis ekonomi dan krisis sosial. Dengan demikian persoalan kemiskinan, kebodohan, ketertindasan dan kekerasan terhadap perempuan adalah dampak dari globalisasi kapitalisme yang mencengkeram dalam-dalam setiap negeri Muslim. telah terbukti bahwa umat Islam pernah menjadi adidaya hanya kerana mereka menerapkan Islam sebagai ideologi dan sistem hidup bernegara. Rasulullah Muhammad s.a.w. telah mewariskan sistem kehidupan bernegara yang berkembang pesat dan mencapai puncaknya sebagai Negara adidaya selama 13 abad lamanya. Ketika kaum Muslimin meninggalkan hukum-hukum Islam dari kehidupan bernegara melalui melalui konspirasi sistematis dan keji dunia Barat, dengan hancurnya Khilafah Islamiyyah sebagai benteng pertahanan terakhir umat, maka secara dratis negeri-negeri Muslim meluncur menuju posisi terendah dan terjajah serta di bawah cengkeraman negara-negara Kapitalis. Strategi para kapitalis untuk mempertahankan keterjajahan umat Islam ini hanyalah dengan mencegah tumbuhnya ideologi Islam. Kerana mereka telah memahami, hanya dengan idelogi Islam, umat akan bangkit, mandiri dan mampu membebaskan diri dari hegemoni kapitalisme global.

Khilafah sebagai Solusi

Dalam sebuah laporannya, NIC (National Intelligence Council) menyebutkan salah satu ramalan yang terjadi pada tahun 2020 adalah bangkitnya Kekhilafahan Islam (Islamic Caliphate) baru. Sebuah pemerintahan Islam yang mampu memberi tantangan pada norma-norma dan nilai-nilai Barat. Laporan berjudul Mapping the Global Future yang diberitakan harian USA Today edisi 13 Februari 2005 ini ditujukan agar dunia bisa menghindari scenario buruk yang mungkin terjadi.

Barat kini telah menyadari bahawa arus pergerakan dunia Islam telah mengerucut pada satu kesadaran perlunya kesatuan dan persatuan negeri-negeri Islam. Kapitalisme adalah sebuah ideologi dan memiliki metode untuk mengglobalkan ide-ide, pemikiran dan sistem hidupnya. Sekularisme, pluralisme dan liberalisme adalah pemikiran-pemikiran dasar untuk mengokohkan hegemoni Kapitalisme. Pemikiran-pemikiran ini bercabang pada bentuk-bentuk yang kini dipopulerkan ke seluruh penjuru dunia seperti demokrasi, hak asasi manusia, kebebasan berpendapat dan berprilaku, serta keserataan gender. Kapitalisme sebagai ideologi ini hanya mampu dilawan dengan ideologi tandingannya, yakni ideologi Islam. Dalam sejarah, peradaban besar hanya akan tergantikan oleh peradaban besar lainnya. Islam adalah peradaban yang terbesar dan mulia karena diturunkan oleh Dzat yang Maha Kuasa dan Mulia, Pencipta semesta, manusia dan kehidupan ini.

Saat ini, kaum Muslimin harus bersatu mengembalikan kemuliaan mereka. Tak ada cara lain, selain mencampakkan nilia-nilai Kapitalisme dalam kehidupan bangsa dan bernegara. Selanjutnya membangun kemandirian kaum Muslimin dengan seluruh potensi yang dimiliki. Melepaskan cengkeram para penjajah di negeri-negeri mereka dan menegakkan hukum-hukum Allah S.W.T. di seluruh aspek kehidupan dalam bentuk Khilafah Islamiyyah di atas metode kenabian.

Allah S.W.T. berfirman:

“Kalian (umat Islam) adalah umat yang terbaik yang diperuntukkan bagi manusia. Menyeru kepada yang ma’ruf (hukum-hukum Allah) dan mencegah dari yang munkar (pelanggaran terhadap hukum-hukum Allah), serta beriman kepada Allah” (Ali ‘Imran:110)



p/s: Diulang cetak daripada penulisan Ishmah Chdil (Indonesia) yang boleh dihubungi di prieha@yahoo.com

Drama Politik Malaysia

Sehingga makalah ini di tulis, isu kerajaan perpaduan cetusan idea oleh Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang masih hangat di perkatakan di dada-dada akhbar arus perdana mahupun alternatif. Isu kerajaan perpaduan telah mengundang pelbagai reaksi bagi mereka yang prihatin terhadap perkembangan politik di Malaysia.

Drama politik Malaysia pasca PRU ke-12 pada 8 Mac yang lalu terus-terusan dengan episodnya yang penuh pergolakan. Bermula dengan penafian majoriti dua pertiga Barisan Nasional (BN) oleh Pakatan Rakyat (PR), episod politik di negara ini terus menarik perhatian penganalis politik dan rakyat awam.

Keputusan pilihan raya yang lepas telah memberi nafas baru kepada perkembangan politik di Malaysia yang menjadi kayu ukur bahwasanya demokrasi di Negara ini semakin matang. Rakyat mula membuka mata dan celik dengan isu-isu politik di Malaysia di mana natijahnya rakyat mula menolak politik perkauman jenama BN.

PR sendiri tidak menyangka pilihan raya yang lalu merupakan hadiah paling bermakna kepada perjuangan mereka di pentas politik Negara. Tiada siapa menyangka bahawa PR akan menawan lima negeri (Selangor, Perak, Kedah, Penang dan Kelantan). Namun begitu jalan cerita politik Negara ini semakin penuh dengan kontroversi apabila kepimpinan PR di Perak hanya sementara apabila BN merampas semula negeri itu. Sehingga kini, PR terus berusaha untuk menawan kembali Perak dan menyebabkan Perak terus-menerus dengan pergolakan. Pimpinan PR dan penyokong-penyokongnya tidak penat untuk melaungkan ‘Hidup Rakyat, Bubar DUN!’ di Parlimen mahupun muktamar PAS baru-baru ini.

Episod konflik politik di Perak diselang-selikan dengan pilihan raya kecil. Setakat ini sudah enam pilihan raya kecil (Permatang Pauh, Kuala Terengganu, Bukit Gantang, Bukit Selambau, Batang Ai, dan Penanti) mewarnai politik Malaysia selepas PRU ke-12. Terbaru adalah pilihan raya kecil yang akan di adakan di Manik Urai pada bulan Julai nanti. Kedua-dua PR dan BN akan menghantar calon mereka seterusnya sama-sama berentap untuk merebut kemenangan.

Pilihan raya kecil di Manik Urai seakan-akan tenggelam dengan isu kerajaan perpaduan yang mula di cetuskan oleh Datuk Seri Hadi awal Februari yang lalu. Ada yang menyambut baik idea itiu, malah ada juga yang menentangnya. Ramai mengatakan kerajaan perpaduan itu adalah altenatif bagi agenda “16 September” yang gagal.

Menurut pelopor idea kerajaan perpaduan, idea itu tercetus setelah mengambil kira sosio-politik Malaysia yang tidak menentu. Keadaan bertambah buruk apabila dunia mengalami kemelesetan ekonomi yang menyebabkan ratusan ribu orang kehilangan pekerjaan. Bukan itu sahaja, isu-isu seperti pendidikan, bahasa, agama, sosial, moral dan akhlak turut menyumbang kepada cetusan idea kerajaan perpaduan ini.

Walaupun begitu, isu kerajaan perpaduan itu telah menimbulkan pelbagai polemik. Ada pihak yang menyambut baik idea itu termasuk parti pemerintah. Namun, ada juga yang menolaknya termasuk pimpinan PAS sendiri. Terbaru, seperti yang dicanang-canang oleh media, Mursyidul am PAS, Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat menolak idea itu dan memberi kata dua kepada Naib Presiden PAS, Ustaz Nasharuddin Md. Isa supaya meninggalkan PAS dan masuk ke UMNO, lantaran beliau begitu menyokong idea kerajaan perpaduan. Seharusnya isu ini tidak perlu sampai ke tahap memecah-belahkan PAS dan PR sendiri kerana ia masih di tahap perbincangan dan bukannya perlaksanaan.

Satakat ini, UMNO menyambut baik dan bersedia untuk berbincang mengenai konsep dan gagasan kerajaan perpaduan. Menurut ahli parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah dalam SIASAH 8-14 Mac, “kerajaan campuran itu akan membawa kestabilan kepada Negara ini. Negara berhadapan dengan pelbagai krisis seperti Perlembagaan, ekonomi, agama dan politik yang memerlukan penyelesaian segera. Tapi BN tidak mampu melakukannya bersendirian. Inilah masanya untuk bersama.”

Malah ada juga yang selesa dengan sistem politik parti sekarang yang mengamalkan ‘two-dominant parties’. Sistem ini baik supaya ada ‘check and balance’ di antara BN dan PR sendiri. Ramai yang tidak bersetuju dengan idea kerajaan perpaduan kerana merasakan sistem politik tidak akan telus jika tidak terdapat barisan pembangkang. Selain itu, ramai juga berpendapat usaha kepada kerajaan perpaduan ini tidak mungkin terlaksana lantaran falsafah perjuangan kedua-dua parti pemerintah dan pembangkang yang sungguh berbeza. Ada yang mengatakan konsep kerajaan perpaduan sebagai utopia dan tidak realistik dengan politik semasa.

Sebagai kesimpulan, konsep dan gagasan kerajaan perpaduan yang dilontarkan oleh Datuk Seri Hadi harus diteliti dan dibincangkan oleh kesemua pihak terdiri daripada PR, BN, NGO dan ahli akademik supaya satu kata putus yang bijaksana dapat dicapai bagi menghentikan segala polemik. Perbincangan hanya akan berjaya bilamana semua pihak membincangkannya secara telus demi kemaslahatan rakyat yang pening dengan drama politik Negara yang kian tidak menentu sekarang ini. Berjaya atau tidak perlaksanaan kerajaan perpaduan ini tidak seharusnya menjadi punca kepada perpecahan di kalangan kedua-dua BN dan PR dan seterusnya menyebabkan rakyat terbanyak sengsara. Akhirnya, kami PKPIM UIAM mengharapkan pemimpin-pemimpin Negara supaya memberi fokus yang lebih kepada pembangunan masyarakat secara holistik dan mengurangkan ‘politiking’ demi kesejahteraan rakyat Malaysia. Terdapat banyak isu yang perlu diutamakan seperti isu pendidikan yang menjadi cerminan generasi akan datang. Wallahu’alam.

Ditulis oleh,
Faridah bt Mohd Tap
22 Jun 2009/Isnin

Wednesday, June 24, 2009

Sisters In Islam (SIS) diharamkan?

Muktamar Pas ke-55 yang berlangsung baru-baru ini telah membuat satu resolusi mendesak agar Sisters In Islam (SIS) diharamkan lantas ahli-ahlinya perlu menjalani proses pemulihan bagi memulihkan akidah Islamiyyah mereka yang bersifat ekstrim liberal dan sekular.

Dalam resolusi itu, Pas menggesa agar Majlis Fatwa Kebangsaan menyiasat SIS dan seterusnya mengharamkan organisasi ini jika terbukti aktiviti-aktiviti mereka melanggar syariat Islam yang sebenar.

Usul pengharaman SIS itu memang sudah dijangka akan mengundang pelbagai reaksi dari pelbagai pihak. Ada yang menyokong, malah ramai juga yang menentang usul itu termasuk beberapa anggota Pas sendiri.

Presiden Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM), saudara Yusri Mohamad mendesak agar SIS tidak di beri ruang yang lebih untuk publisiti. Beliau sebagai berkata dalam sebuah akhbar alternatif tidak menafikan tujuan penubuhan SIS sebagai sesuatu yang baik, malah beliau mengakui sumbangan dan peranan SIS dalam menjuarai isu-isu wanita Islam. Namun begitu, pokok kepada permasalahan SIS adalah asas kefahaman mereka yang terlihat terlalu ekstrim liberal dan ekstrim sekular. Natijahnya, pendekatan SIS dipandang sebagai bermasalah di kalangan masyarakat Islam.

Bagi pihak SIS, mereka telah mengambil tindakan dengan melancarkan petisyen bagi menentang pengharaman organisasi mereka yang telah lama beroperasi di Malaysia sejak tahun 1988 lagi, namun kemudian bergerak sebagai badan bukan kerajaan yang di daftarkan pada tahun 1993.

Dalam sebuah laporan berita arus perdana, Maria Chin Abdullah, Pengurus Senior SIS menyifatkan resolusi Pas itu sebagai prejudis, tidak demokratik dan ketinggalan. Turut menentang usul itu ialah Tun Mahathir, Senator Datuk Seri Sharizat Abdul Jalil, sahabat politik dari Pakatan Rakyat, DAP dan beberapa NGO lain yang menyifatkan usul itu telah menafikan kebebasan bercakap, berhimpun dan berpersatuan yang jelas tercatat di bawah Perkara 10 dalam perlembagaan Malaysia.

Dari perspektif yang lain, selain isu kerajaan perpaduan dan isu kepimpinan ulama vs. professional, isu pengharaman SIS ini telah menyebabkan perselisihan di dalam Pas, hatta dalam Pakatan Rakyat sendiri. Sudah tentu isu-isu ini menjadi bahan pelaris media arus perdana yang dikuasai oleh pihak kerajaan. Mahu tidak mahu, terdapat unsur-unsur politiking dalam nilai berita yang dilaporkan. Sebagai akibatnya,laporan-laporan berita yang disiarkan menggambarkan Islam sebagai agama yang mengongkong dan berfikiran sempit, walhal agama Islam itu bersifat universal.

Walaupun SIS diharamkan, namun ideologi liberalisme mereka akan terus berkembang dan berkembang. Jadi pembasmian dan penularan ideologi Islam liberal di kalangan masyarakat Islam ini harus didahulukan dan diutamakan tetapi bukan dengan cara mengharamkan pertubuhan itu. “Kalau kita mengharamkan SIS secara drastik, ia seolah-olah menutup peluang untuk berdialog dengan mereka sedangkan rangkaian mereka sangat luas dalam dan luar Negara” kata Nor Akmariyah, Naib Presiden (HEWI) Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM). Malah, ada juga yang mengesyorkan supaya SIS menukar namanya supaya agenda perjuangan mereka tidak mengelirukan umat Islam.

PKPIM UIAM tidak bersetuju dengan usul pengharaman tersebut namun kami sependapat dengan ABIM iaitu mengurangkan ruang untuk SIS mendapat liputan yang sangat luas dalam media massa. Ini adalah untuk kemaslahatan masyarakat Islam sendiri supaya tidak terkeliru dengan agenda utama SIS yang mempromosi kesamarataan gender bersandarkan kepada konsep ‘humancentric’ dalam segenap aspek.

Akibat kecewa dengan perangai manusia Islam yang tidak mengamalkan suruhan agamanya dengan betul, Islam di persalahkan sebagai agama yang menindas kaum wanita. Mana mungkin Islam itu agama yang menindas, kerana asal-usul perkataan Islam itu sendiri bermaksud selamat dan sejahtera. Selamat dan sejahtera dari sebarang bentuk ketidakadilan kepada manusia lelaki dan wanita. Dengan kata lain, Islam itu agama yang menjunjung tinggi keadilan sejagat dan mengutuk sebarang bentuk diskriminasi terhadap sesama manusia.

Betullah kata pepatah, ‘agama tidak pernah mengecewakan penganutnya, tetapi, penganut sesuatu agama itu sering kali mengecewakan agamanya.’ Marilah sama-sama kita insafi tentang peranan kita sebagai kaum Muslimin. Adakah kita membanggakan agama Islam di mata masyarakat dunia atau sebaliknya.? Persoalan inilah yang akan mengakhiri penulisan ringkas kali ini. Renung-renungkan. Wallahu’alam.

Monday, June 1, 2009

JENAYAH ROGOL DAN KESEDARAN DIRI WANITA.


Rogol. Satu perkataan yang amat di geruni oleh setiap wanita. Ia merupakan satu jenayah seksual di mana dari sudut undang-undang ia merupakan satu perbuatan memasukkan alat sulit lelaki ke dalam alat sulit wanita tanpa kerelaan atau di atas paksaan. Selain itu, bagi remaja perempuan yang berumur bawah 16 tahun, hubungan seks atas dasar suka sama suka juga di kategorikan sebagai jenayah rogol dan boleh disabitkan dengan hukuman yang ditentukan oleh mahkamah.
Saban hari, ada sahaja kes-kes rogol dilaporkan di media massa. Dan setiap kali itu juga darah berderau dan perasaan simpati menyelinap mengenangkan diri mangsa dan keluarganya. Mengikut laporan terdapat 1,060 kes rogol di seluruh negara yang dilaporkan sepanjang Januari hingga April 2008. Namun begitu, angka tersebut tidak termasuk dengan kes-kes rogol yang tidak dilaporkan kepada pihak berkuasa. Jenayah rogol ini seolah-olah menjadi trend masyarakat maju di mana setelah lebih dari separuh abad Malaysia mencapai kemerdekaan, statistik jenayah rogol sentiasa mencatatkan peningkatan walau dari segi undang-undang, hukuman bagi kesalahan ini amat berat.
Malah mengikut laporan yang dikeluarkan oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) merujuk tahun 1998 hingga 2000, Malaysia merupakan negara nombor dua di Asia yang paling tinggi mencatat kes jenayah rogol termasuk mangsa mengenali suspek. Adalah penting untuk dinyatakan juga disini, bahawa di Amerika , misalnya, Amnesty International menyatakan dalam satu laporan 2004 yang bertajuk “Hentikan Keganasan Terhadap Wanita” di mana setiap 90 saat seorang wanita dirogol sepanjang tahun itu. Kita takut trend ini akan menular ke Malaysia jika tidak di bendung secara serius oleh semua pihak.
Kekejaman jenayah rogol ke atas wanita tidak lagi mengenal usia, hubungan persaudaraan dan cara berpakaian. Ini kerana, kebanyakkan kes yang di laporkan menunjukkan jenayah rogol ke atas kanak-kanak juga semakin meningkat. Tentu kita masih ingat lagi peristiwa yang menggemparkan Malaysia tentang kekejaman seksual yang penuh sadis terhadap Allahyarhamah adik Nurin Shazlin Jazimin, adik Siti Syazwani dan adik Nurul Huda Ghani beberapa tahun dahulu. Mereka merupakan contoh mangsa jenayah rogol yang di bunuh dengan begitu kejam sekali.
Menurut penganalisis jenayah tanah air, Kamal Affandi Hashim, jumlah keseluruhan mangsa rogol di bawah umur 15 tahun di kalangan kanak-kanak atau fidofilia (pelaku seks yang menjadikan kanak-kanak sebagai mangsa) sepanjang Januari hingga April 2008 ialah 586 orang. Angka ini sudah tentu membuatkan para ibu dan bapa tidak tidur lena tentang keselamatan anak-anak perempuan mereka. Kes sumbang mahram juga begitu membimbangkan. Menurut Ibu Pejabat Polis DiRaja Malaysia, Bukit Aman, sebanyak 161 kes sumbang mahram dilaporkan.
bagi Januari hingga Jun 2008.
Kesan jenayah rogol bukan sahaja menyebabkan mangsa trauma sepanjang hidup, malah ahli keluarga mangsa juga tertekan. Paling menyayat hati, jika mangsa rogol menemui ajal akibat di bunuh oleh syaitan yang bertopengkan manusia. Trend rogol dan bunuh dengan cara membakar, menggantung, dan melemaskan mangsa ini juga kian meningkat saban tahun. Menurut laporan dari tahun 1984 hingga Februari 2006 , terdapat 87 kes rogol –bunuh, dan dari jumlah 87 kes ini, hanya 23 kes, atau pun 26.4% di selesaikan dengan pesalah dijatuhi hukuman. Sekali lagi, fakta ini sudah tentu telah mencuri ketenteraman hidup para wanita. Angka-angka jenayah rogol yang tidak pernah menunjukkan penurunan bisa membuat semua wanita tidak kira kanak-kanak, remaja, ibu hatta nenek sekalipun merasa diri tidak tenteram dan rasa terancam tidak kira di rumah apatah lagi di luar rumah.
Disebabkan itu, kesedaran dari dalam diri wanita amat penting tentang penjagaan keselamatan diri mereka sendiri. Pendedahan tentang peri pentingnya menjaga keselamatan diri perlu di lakukan dengan segera dan konsisten dari semasa ke semasa. Semua pihak yang terdiri daripada ibu bapa, sekolah, badan-badan bukan kerajaan, parti-parti politik dan pihak kerajaan harus menunjukkan kesungguhan dalam membanteras gejala rogol yang kejam ini. Kanak-kanak dan remaja wanita harus di dedahkan tentang penjagaan keselamatan diri kerana mereka merupakan golongan sasaran perogol yang tidak berperikemanusiaan. Oleh yang demikian, ceramah dan bengkel-bengkel keselamatan diri perlu di anjurkan sebagai program wajib bagi setiap sekolah di seluruh Negara. Kerjasama dari pihak kerajaan dan badan-badan bukan Kerajaan amat di dambakan bagi menangani gejala kejam ini.
Melihatkan kepada statistik jenayah rogol yang kian meruncing, Majlis Hal Ehwal Wanita Islam (HEWI) Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) dengan penuh kesedaran dan tanggungjawab telah membuat beberapa perancangan untuk menganjurkan Bengkel Keselamatan untuk Remaja (BESTARI) di peringkat pusat matrikulasi dan sekolah-sekolah. Kami juga merayu organisasi-organisasi bukan kerajaan dan Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat untuk memberikan kerjasama kepada pelaksanaan perancangan ini. Semoga usaha yang kecil ini dapat membantu mengurangkan seterusnya mensifarkan jenayah rogol di Negara ini. Wallahu’alam.
“Kesedaran Adalah Kunci Keselamatan Diri Anda”

Faridah binti Mohd Tap
Aktivis Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia
PKPIM-ABIM-WADAH

Beberapa Tip-Tip Bestari Hindari Jenayah Rogol & Penderaan Seksual Terhadap Kanak-Kanak.
(dipetik dari Majalah Nur, Jun 2009)
1. Jenayah Rogol
 Jika anda ibu bapa, ambil tahu di mana anak-anak anda berada.
 Jika anda keluar sendirian, beritahu ibu bapa atau rakan mengenai rancangan perjalanan dan siapa yang bersama anda.
 Berhati-hati dengan persekitaran terutamanya di tempat sunyi dan gelap.
 Paparkan keyakinan ketika berjalan.
 Jangan berjalan sendirian terutamanya waktu malam.
 Jika gunakan pengangkutan awam, cuba duduk dengan penumpang wanita.
 Was-was dengan orang yang tidak dikenali melepak dengan anda di tempat awam.
 Hati-hati dan keluarkan kunci lebih awal semasa berjalan ke kereta.
 Letak kereta di tempat terang, minta pengawal keselamatan iring anda jika rasa tidak selamat.
 Gunakan lif bersama orang ramai. Elak gunakan lif di tempat sunyi denagn orang yang tidak dikenali.
 Jangan terima jemputan orang yang tidak dikenali.
 Jangan terima minuman daripada orang yang tidak dikenali.
2. Penderaan Seksual Kanak-Kanak
 Ajar anak-anak nama yang betul bahagian sulit tubuh mereka.
 Ajar anak-anak bahawa tiada siapa yang berhak menyentuh mereka tanpa kebenaran.
 Ajar anak-anak mereka berhak menyatakan tidak jika mereka merasa tidak selesa.
 Beritahu anak-anak mereka mesti dapatkan kebenaran ibu bapa sebelum meninggalkan rumah, kemana mereka ingin pergi, rancangan perjalanan dan dengan siapa mereka pergi.
 Galakkan anak-anak berterus-terang sesuatu hal yang luar biasa berlaku pada mereka.
 Ajar anak-anak jangan buka pintu kepada orang yang tidak dikenali sekalipun orang itu memberitahu dia kenal ibu bapa.
 Bincang secara terbuka isu penderaan seksual dan bagaimana melindungi keselamatan diri.
 Bagi ibu bapa, tumpukan perhatian dan dengar bicara anak-anak.



Sunday, May 31, 2009

Penguatkuasaan Pemakaian Topi Keledar Bermula 1 Julai 2009


UIAM, 27 Mei- Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) UIAM telah menganjurkan satu sesi dialog antara pihak pentadbiran dan pelajar UIAM mengenai isu-isu kebajikan yang berlangsung di Experimental Hall pada jam 8 hingga 11 malam. Dialog ini dianjurkan adalah bertujuan untuk memberi penjelasan tentang penguatkuasaan pemakaian topi keledar bermula 1 Julai 2009.

Pihak pentadbiran UIAM telah di wakili oleh Dr. Akmal Khuzairy Abdul Rahman (Pengarah S-Dev), Encik Muhammad Azrul Hazerin Abdul Razak (Penolong Pengarah di Legal Unit) dan Encik Abd Wahab Hj. Zawawi (Pegawai Keselamatan). Manakala moderator bagi dialog ini dikendalikan oleh Saudara Mohd Hairuzaim Md Zin.

Setelah sekian lama, penguatkuasaan pemakaian topi keledar secara mendadak ini telah mengundang tanda tanya kepada pelajar malah ramai juga yang membantah. Inilah tujuan utama dialog ini iaitu menyediakan medium kepada pelajar bagi mendapatkan penjelasan dari pihak pentadbiran dan seterusnya menemui kata sepakat. Walupun demikian, dewan kelihatan lengang dan sepi dengan jumlah kehadiran tidak lebih 50 orang para pelajar.

Menurut Dr. Akmal Khuzairy, penguatkuasaan pemakaian topi keledar ini adalah respons kepada aduan-aduan dari pelbagai pihak mengenai perbuatan sesetengah penunggang motosikal dari kalangan pelajar yang tidak memakai topi keledar ketika keluar dari kawasan UIAM. Menurut beliau lagi, faktor utama kepada penguatkuasaan ini adalah atas arahan Jabatan Keselamatan Jalan Raya (JKJR).

Selain faktor-faktor di atas, En. Muhammad Azrul mengatakan faktor keselamatan pelajar dan undang-undang juga di ambil kira bagi menguatkuasakan pemakaian topi keledar ini. Menurut beliau, tidak ada sebuah universiti pun yang terkecuali dari undang-undang topi keledar ini. Disebabkan itu, penguatkuasaan undang-undang ini di UIAM seharusnya tidak menjadi suatu isu yang besar.

En. Abdul Wahab pula menyatakan pemakaian topi keledar yang berkuatkuasa pada 1 Julai ini adalah satu usaha untuk mengimplementasi undang-undang secara serius di UIAM ini. Menurut beliau lagi, undang-undang ini bukanlah baru kerana ia sudah lama tercatat didalam buku disiplin bagi pelajar iaitu kesalahan no.57 (Offence 57). “Selain itu, undang-undang ini adalah selari dengan Akta Pengangkutan 1987”, tambah beliau lagi.

Pihak pentadbiran universiti berharap para pelajar dapat menerima keputusan mengenai penguatkuasaan pemakaian topi keledar bermula pada 1 Julai tahun ini demi menjaga keselamatan dan kebajikan para pelajar di Taman Ilmu dan Budi.

Friday, May 22, 2009

Jemputan ke Usrah Generasi Salahuddin


Tempat: Masjid Kota Damansara
Tarikh:25/5/09 ( ISNIN)
Masa: Selepas Maghrib (Iftar bersama)

~ Mari kita sama2 membugar budaya ilmu~

::MELESTARI GENERASI MURABBI::

Tuesday, May 19, 2009

Harapan Kepada Belia Islam

Belia merupakan golongan yang sangat istimewa dalam sesebuah struktur masyarakat yang besar. Statistik menunjukkan golongan belia yang berumur di antara julat umur 15 hingga 40 tahun menyumbang lebih 40% kepada masyarakat Malaysia hari ini. Belia dikatakan istimewa kerana golongan ini lahir di antara dua kelemahan iaitu kelemahan zaman kanak-kanak dan zaman tua. Kedua-duanya membutuhkan bimbingan dan pertolongan. Dalam Surah Ar-Rum: 54, Allah S.W.T berfirman yang bermaksud:
“Allah yang menciptakan kamu bermula dari keadaan lemah, selepas berkeadaan lemah itu ia menjadikan kamu kuat. Setelah itu, ia menjadikan kamu lemah pula serta tua beruban. Ia menciptakan apa yang di kehendaki-Nya, dan Dialah jua yang Maha Mengetahui, lagi Maha Kuasa.”

Ayat di atas menunjukkan kepada kita bahawa di antara kedua-dua fasa lemah dalam kehidupan manusia itu terdapat satu fasa di mana manusia mencapai kekuatan. Fasa inilah yang menempatkan golongan muda belia. Umum mengetahui, golongan belia ini adalah golongan yang mempunyai kekuatan dari segi fizikal, mental, idealisme, keinginan untuk mencapai sesuatu, aktif, dinamik dan mahukan perubahan. Pendek kata, zaman belia adalah zaman yang penuh dengan kegemilangan jika ciri-ciri itu dimanfaatkan dan disalurkan melalui wadah yang betul..

Oleh kerana golongan belia ini sangat istimewa, pembinaan dan pembangunan identiti serta jati diri seseorang individu belia menjadi salah-satu agenda utama sesebuah Negara dan agama. Golongan belia merupakan golongan yang akan mewarisi tampuk kepimpinan Negara di masa hadapan. Golongan kepimpinan belia inilah yang mencorakkan hala tuju sesebuah Negara dan kemajuan agama Islam itu sendiri di masa akan datang.

Menurut sejarah, golongan belia merupakan pendokong dan aktor utama dalam pengembangan dan kegemilangan Islam yang menguasai 1/3 penduduk dunia. Tokoh-tokoh besar seperti Nabi Ibrahim A.S., Nabi Yusuf A.S., Ashab Al-Kahfi, Saidina Ali dan para Sahabat Rasulullah yang lain ialah antara contoh-contoh golongan belia yang dikisahkan di dalam Al-Qur’an.

Islam menggesa golongan belia memainkan peranannya sebaik mungkin kerana mereka menggalas tanggungjawab yang besar. Namun apa yang membelenggu minda ramai golongan belia sekarang, mereka cenderung menggunakan masa muda mereka dengan perkara-perkara yang sia-sia dan memenuhi agenda kehidupan mereka dengan aktiviti-aktiviti yang berunsurkan hiburan yang melampau-lampau (hedonisme).

Kalimat “muda hanya sekali” yang diwarisi secara turun-temurun telah menjadi kata kunci untuk mereka menghalalkan aktiviti-aktiviti yang tidak berfaedah (lagho) hatta melanggar syariat agama. Mereka beranggapan masa muda adalah masa untuk bergembira dan melakukan segala-galanya. Bila umur masuk 40-an, barulah mereka akan fikir tentang akhirat, duduk di masjid dan beramal. Itupun bagi mereka yang mempunyai kesedaran, kalau tidak mereka akan terus hanyut dengan kehidupan muda mereka walau sudah lanjut usia. Bak kata pepatah, “rumah kata pergi, kubur kata mari” Sebuah hadith menyatakan, “sebaik-baik pemuda di antara kamu adalah yang mirip/ seperti orang dewasa di antara kamu, dan sejelek-jelek orang tua di antara kamu adalah yang seperti pemuda di antara kamu.” (HR. Bukhari)

Sesebuah bangsa meletakkan harapan yang tinggi kepada golongan belia. Kepada merekalah gagasan-gagasan pembangunan dan kemajuan bangsa dapat diteruskan mengikut acuannya yang tersendiri. Justeru itu, golongan belia yang kuat jati dirinya, berwawasan dan punyai nilai integriti yang tinggi amat didambakan. Golongan inilah yang akan membangkitkan kejayaan kepada sesebuah bangsa.

As-Syahid Imam Hasan Al-Banna begitu mengambil berat akan pembinaan golongan belia/pemuda dengan menekankan empat kriteria penting yang tersemat dalam diri setiap belia. Beliau menyebut:

“Sesuatu gagasan akan berjaya jika wujud keyakinan yang kuat dengan gagasan yang didokong, wujudnya keikhlasan dalam mendokongnya, semangat yang sentiasa membara bersamanya serta sedia berkorban dan berusaha untuk merealisasikannya. Keempat-empat asas ini iaitu keimanan, keikhlasan, semangat dan usaha adalah sifat-sifat istimewa para pemuda. Sebabnya, asas keimanan ialah hati yang bersih, asas keikhlasan ialah jiwa yang suci, asas semangat ialah keinginan yang kuat, asas usaha ialah keazaman yang membara. Semua sifat ini hanya ada pada pemuda. Atas dasar ini dalam mana-mana bangsa, para pemuda menjadi tonggak kebangkitan mereka. Setiap kebangkitan ada rahsia kekuatannya yang tersendiri. Setiap gagasan ada pendokong panjinya.

Allah S.W.T. berfirman yang bermaksud,

“Sesungguhnya mereka itu orang-orang muda yang beriman kepada Tuhan mereka, dan Kami tambahi mereka dengan hidayah petunjuk. (Al-Kahfi:13)”


Ciri-ciri ideal belia Islam

1-Ketahanan iman dan akidah.

Seseorang belia Muslim perlu mempunyai ketahanan iman dan akidah yang ampuh bagi menghadapi segala cabaran dalam kehidupan. Kalimah La ilaha ilallah hendaklah menjadi zikir harian yang akhirnya melahirkan jiwa-jiwa yang berani dan kental serta komited dalam mengharungi perjuangan hidup. Mereka tidak pula senang mengaku kalah bila diuji di waktu susah dan senang. Allah S.W.T. berfirman dalam surah Ali-‘Imran : ayat 139 mafhumnya, “Janganlah kamu merasa lemah dan berdukacita. Kamu adalah lebih tinggi (darjatnya) sekiranya kamu beriman.” Untuk membina ketahanan iman dan akidah yang sejahtera, seseorang perlu sentiasa memahami dan mendalami agamanya melalui guru-guru yang mursyid dan pembacaan, sentiasa bertaqarrub (mendampingi) Allah, bertaubat dan melakukan segala syariat agama dan menjauhi larangan-Nya.
2. Taat kepada Allah dan ibadah yang betul

Manusia itu diciptakan oleh Allah Taala adalah semata-semata untuk kita semua menyembahNya. Allah berfirman dalam surah Al-Zariyat: ayat 56 yang bermaksud, “Dan tidaklah aku menciptakan jin dan manusia melainkan supaya mereka menyembahKu.” Taat kepada Allah bermaksud menunaikan segala syariat-Nya dan menjauh larangan-larangan-Nya. Manakala ibadah yang betul adalah refleksi daripada akidah yang sejahtera lagi benar. Setiap orang Islam di tuntut menunaikan ibadah wajib seperti yang terungkap di dalam rukun Islam yang lima. Selain menunaikan ibadah wajib, kita juga perlu menunaikan ibadah sunat seperti berzikir, sentiasa bersuci, qiyamullail dan sebagainya bagi sentiasa merasa dekat kepada Allah S.W.T, Tuhan yang Maha Esa. Taat dan beribadah kepada Allah merupakan manifestasi tanda kesyukuran kita kepada-Nya atas segala nikmat yang dikurniakan kepada kita.

3. Berilmu dan berpengetahuan luas.

Rasulullah pernah bersabda yang bermaksud: “menuntut ilmu adalah suatu kewajipan bagi setiap orang Muslim.” Malah, pepatah Arab pernah mengatakan, “tuntutlah ilmu semenjak dari buaian hingga ke liang lahad”. Hadith dan pepatah di atas menggesa setiap orang Islam supaya menimba ilmu bagi menambah pengetahuan kedua-dua ilmu fardhu ‘ain dan ilmu fardu kifayah. Proses menimba ilmu pula tidak akan pernah terhenti selagi mana nyawa di kandung badan. Ilmu yang sahih yang berpaksikan kepada falsafah tawhid akan menjadi guru terbaik dalam memandu diri kearah kebaikan dan kebenaran. Ilmu itu juga digunakan untuk membangunkan bangsa, agama dan tamadun Islam.

4. Akhlak dan sahsiah diri yang mantap

Rasulullah pernah bersabda yang bermaksud, “sesungguhnya aku diutuskan adalah untuk menyempurnakan kemuliaan akhlak.” Baginda Rasulullah merupakan qudwah hasanah bagi setiap individu Muslim kerana akhlak baginda diumpamakan seperti Al-Qur’an. Umum mengetahui Islam itu tidak akan lengkap sekiranya elemen akhlak ini di ketepikan. Sirah pernah menceritakan bahawasanya pada suatu hari khalifah Harun Ar-Rasyid telah bertanya Imam Abi Yusuf yang menjadi mufti di kala itu tentang akhlak serta peribadi gurunya Imam Abu Hanifah. Beliau yang menjawab: “sesungguhnya beliau adalah seorang yang bersungguh-sungguh mempertahankan hukum-hukum Allah, beliau menjaga dirinya dari mendekati orang-orang yang cinta dunia, banyak berdiam tetapi akalnya sentiasa berfikir, beliau tidak banyak bercakap tetapi bila saja ditanya apa juga masalah sudah pasti beliau akan dapat menjawabnya. Beliau terlalu menjaga diri dan agamanya dan tidak suka mengambil tahu keburukan orang lain, tidak akan menyebut nama seseorang melainkan beliau menceritakan kebaikan orang itu. Khalifah pun berkata: “inilah akhlak orang yang soleh!”





5. Sihat tubuh badan.

Menjaga kesihatan tubuh badan amat dituntut dalam Islam. Apabila anggota tubuh badan sihat, segala urusan agama dapat dilaksanakan dengan sempurna. Kita dilarang melakukan sesuatu yang boleh memberi mudarat kepada diri. Disebabkan itu, gejala ketagihan dadah, arak, zina, rempit dan seumpamanya wajib dijauhi. Sumber dan bahan makanan juga perlu diberikan perhatian kerana setiap makanan yang masuk ke dalam perut kita akan mempengaruhi kesihatan tubuh badan serta akhlak kita.

6. Bermanfaat kepada orang lain.

Sebuah hadith pernah menyatakan, “sebaik-baik manusia adalah seseorang yang memberi manfaat kepada orang lain.” Berguna kepada orang lain boleh difahami sebagai menunaikan tanggungjawab kebajikan dan sosial. Tanggungjawab itu boleh disalurkan melalui pelbagai kaedah antaranya melaksanakan hak-hak saudara seakidah dan sesama manusia seperti kasih sayang, hormat-menghormati dan tolong-menolong. Kita juga boleh memberikan sumbangan kepada pembangunan ekonomi Islam melalui sistem keusahawanan Islam. Berpersatuan atau melakukan kerja-kerja sukarelawan juga salah satu kaedah untuk kita memberi khidmat dan tanggungjwab sosial kita kepada masyarakat. Motto “Hidup Biar Berjasa” boleh memberikan kita motivasi untuk sentiasa menyumbang sebanyak-banyaknya dan bukannya menerima sebanyak-banyaknya.

7. Peka kepada perubahan sosio-politik-ekonomi lokal dan global

Seseorang individu belia harus peka kepada setiap perubahan sosio-politik-ekonomi setempat dan juga pada peringkat global. Ini perlu bagi merangka teknik dan strategi bagi menghadapi segala kemungkinan. Belia yang celik terhadap isu-isu yang melanda Negara dan dunia khususnya dunia Islam sedikit sebanyak dapat menyumbang idea-idea bernas bagi kemajuan bersama. Kepekaan belia kepada setiap perubahan yang berlaku dapat mematangkan fikiran, meluaskan pengalaman dan bijak dalam mengatur strategi demi menghadapi hari muka.

Kesimpulan

Rasulullah pernah bersabda yang bermaksud, “gunakanlah lima kesempatan sebelum datangnya lima kesempitan: sihatmu sebelum datang sakit, lapangmu sebelum datang kesibukan, mudamu sebelum datang hari tua, kayamu sebelum datang kemiskinan dan kesempatan masa hidupmu sebelum datang kematian.” Hadith di atas memberikan kita peringatan supaya memanfaatkan masa muda belia kita dengan sebaik mungkin.

Sebahagian nasihat baginda Rasulullah kepada umatnya ialah:

“Adalah dikira sebagai tanda berpalingnya Allah Taala daripada seseoranng hamba apabila ia selalu mengerjakan perkara yang tidak berfaedah. Dan seandainya ada satu saat daripada umurnya yang telah digunakannya pada barang yang bukan merupakan tujuan hidupnya (iaitu beribadat kepada Allah) maka layaklah bahawa akan panjang penyesalannya (pada hari kiamat nanti) dan siapa yang umurnya lebih daripada empat puluh tahun sedangkan kebaikannya masih belum dapat melebihi kejahatnnya maka layaklah ia mempersiapkan dirinya untuk memasuki api neraka.”

Akhir bicara, kepada kaum Muslimin khususnya kepada golongan belia, ayuhlah kita semua melakukan perubahan dari segala sudut terutamanya sudut peribadi dengan menyemai dan menyuburkan peribadi dengan nilai-nilai Islami dan rabbaniy demi mengorak langkah menjulang kebangkitan ummah lalu membina semula tamadun Islam yang telah terlepas daripada tangan kita. Allah berfirman dalam surah Al-Ra’ad: 11 yang bermaksud, “sesungguhnya Allah tidak mengubah apa yang ada pada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri.”

Oleh kerana zaman belia adalah zaman yang paling gemilang dalam kehidupan manusia maka kitalah yang bertanggungjawab melaksanakan misi agung itu. Harapan kepada belia-belia Islam boleh diungkapkan melalui ucapan As-Syahid Imam Hassan al-Banna dalam ‘Dakwah Kita di Era Baru’ ,“kita mahukan jiwa yang hidup, kuat dan bertenaga. Kita mahukan hati baru yang menyala. Kita mahukan perasaan yang bergelojak membara. Kita mahukan roh yang bercita-cita tinggi. Kita mahukan jiwa yang dapat membayangkan betapa tingginya impian dan matlamat ini supaya ia dapat mengejar dan mencapainya.” Hidup biar berjasa. Wallahu’alam.

Sunday, May 17, 2009

KEBANGKITAN GENERASI SALAHUDDIN DAN KEMBALINYA AL-AQSA KEPANGKUAN ISLAM

Nota Usrah Generasi Salahuddin Kota Damansara 11 Mei 2009

BAB SATU: PEMBENTUKAN POLA PEMIKIRAN MASYARAKAT ISLAM SEBELUM SERANGAN TENTERA SALIB

PERMASALAHAN DALAM DIMENSI AQLIYYAH-RUHANIYYAH (intelektual-spiritual)

FASAL 1: FANATISME MAZHAB DAN PERTIKAIAN ANTARA MAZHAB

Fanatisme Mazhab Dalam Pemikiran Islam

Kesan Negatif Pertikaian Mazhab Terhadap Sektor-Sektor Pemikiran, Pendidikan, Sosial dan Politik

1. Sektor Pemikiran

a. Perselisihan antara mazhab aqidah dan fekah

2. Sektor Pendidikan

a. Pendidikan menjadi alat menyertai pemerintah

b. Tujuan dan rangkuman pendidikan menjadi sempit

c. Fanatisme / ta’sub mazhab

3. Sektor Sosial

a. Mazhab memenuhi kepentingan peribadi/kelompok

b. Masyarakat berpecah belah

c. Perpecahan antara dan dalam mazhab

4. Sektor Politik

a. Berlumba mendekati sultan

b. Mazhab menjadi alat memperoleh kuasa

Kesimpulan penulis: Pola pemikiran Islam berserta semua institusinya tidak memiliki hadaf/tujuan dan pemahaman yang relevan dengan keperluan dan cabaran yang ada, disamping tidak adanya strategi yang membuat institusi-institusi tersebut mampu memikul tanggungjawabnya dalam masyarakat Islam semasa

FASAL 2: PERPECAHAN DAN PENYIMPANGAN SUFISME

1. Al-Malamatiyah

2. Al-Hululiyun dan Kelompok2 Terkeluar Syariat

3. Perpecahan Dalam Tasawuf Sunni

FASAL 3: BAHAYA FAHAMAN BATINIYAH

FASAL 4: BAHAYA FALSAFAH DAN PARA AHLI FALSAFAH

Kesimpulan Masalah Umat:

Pertama: Institusi2 pemikiran Islam mengalami kebekuan dan telah berubah misinya, daripada sebagai jurupandu masyarakat Islam kepada institusi2 profesional yang bercirikan mazhab dan perpecahan, serta terjadinya penyimpangan pada cara-cara berfikir dari kaedah-kaedah al-Qur’an dan Sunnah

Kedua: Hilangnya keyakinan dan persepsi peradaban, yang institusi2nya telah hancur oleh penaklukan Islam, untuk bangkit kembali dalam fenomena baru yang sesuai dengan arus keyakinan dan peradaban yang diciptakan oleh madrasah2 pemikiran Islam pada tiga abad pertama.

BAB DUA: PENGARUH KEGIATAN INTELEKTUAL DALAM MASYARAKAT ISLAM

PERMASALAHAN DALAM DIMENSI AMALIYYAH-ADABIYYAH (sosio-politik)

FASAL 5: KETIDAKSEIMBANGAN EKONOMI

FASAL 6: KETIDAKSEIMBANGAN SOSIAL

FASAL 7: PERPECAHAN POLITIK DAN PERTIKAIAN ANTARA SUNNI DAN SYI’AH

FASAL 8: KETIDAKUPAYAAN NEGERI ISLAM MENGHADAPI SERANGAN TENTERA SALIB

Thursday, May 14, 2009

Hari Iftitah Perjuangan PKPIM 09'

HIP

>>sila klik pada gambar untuk melihat semua gambar!TQ

Tuesday, May 12, 2009

Tayangan video Laskar Pelangi

"Diinspirasikan dari buku terlaris di Indonesia-Laskar Pelangi"

Tarikh:14 mei 2009(khamis)
Masa: 8 malam
Tempat: ADM LR 9
Kepada semua ahli,anda dijemput hadir!!

Sunday, May 10, 2009

Laporan Seminar NATO dan polisi-polisinya di Asia.


4 April 1949 merupakan tarikh penting dalam sejarah politik dunia apabila termeterainya sebuah perjanjian North Atlantic Treaty selepas berakhirnya Perang Dunia Kedua. Tertubuhnya NATO adalah sebagai badan yang menjaga keselamatan Negara-negara anggotanya yang mewakili blok demokrasi-kapitalis-liberal yang diketuai oleh Amerika Syarikat bagi menghadapi ancaman Negara-negara yang mewakili blok sosialis-komunis. Dengan kata lain, NATO memainkan peranan sebagai pakatan tentera dalam perang dingin (Cold War) bagi menentang musuh politiknya iaitu Kesatuan Soviet.

Walaupun begitu, peranan dan kerelevanan NATO mula dipersoalkan oleh ramai pemerhati dan penganalisis politik antarabangsa terutama selepas kejatuhan Kesatuan Soviet pada tahun 1989 yang memberi laluan mudah untuk Amerika menjadi satu-satunya kuasa besar dunia. Tersungkurnya Kesatuan Soviet menjadi titik tolak kepada dunia unipolar yang kita hadapi buat masa kini.

NATO sedang melaksanakan usaha-usaha meluaskan pengaruhnya di Benua Asia dengan menempatkan aset-aset tenteranya di perairan antarabangsa yang melingkungi Negara-negara Asia juga Negara-negara Islam seperti Palestin, Afghanistan, Iraq, Iran, Pakistan, Indonesia, Selatan Filipina dan Malaysia. ini selaras dengan pemerhatian banyak penganalisis politik dunia yang menjangkakan NATO bakal menjadi kuasa tunggal pakatan tentera sejagat, global army yang paling berkuasa dan berpengaruh di planet bumi ini.

Perubahan geopolitik global ini telah memanggil World Futures Online (WFOL.TV) dengan kerjasama Future Global Network (Malaysia), Warisan Melayu Riau (Indonesia), StopNato Network (Amerika Syarikat) dan rakan media, Perajurit untuk menganjurkan seminar NATO and Its Policies in Asia pada 5 Mei 2009 (Selasa) yang lalu bertempat di Sime Darby Convention Centre, Bukit Kiara, Kuala Lumpur.

Seminar yang diadakan pada ulang tahun ke-60 NATO bertujuan untuk mewujudkan kesedaran dan pemahaman tentang perubahan politik dunia yang sedang berlaku kini.

Seminar telah dihadiri oleh badan-badan Bukan Kerajaan (NGOs), para Diplomat dari pelbagai Negara dan individu perseorangan. PKPIM-ABIM-WADAH juga tidak ketinggalan untuk melibatkan diri dalam seminar penting ini.

Seminar telah dimulakan dengan ucapan pembuka oleh preseiden wfol.tv, En. Kazi Mahmood pada jam 5:00 petang. Antara panel-panel besar yang hadir membentangkan kertas kerja ialah:

1) En. S.M. Idris- “An Overview of NATO’s Policy and Role in Maintaining Security in Asia

2) En. IM Mohsin-“Political Implications on the Deployment of NATO’s Peace Keeping Troops in Affected War Zones-Israel, Palestine, Afghanistan, Iraq and Pakistan.”

3) Prof. Dr. Natzir Matlee-“The Dangers of NATO’s Presence in SEA.

4) Prof. Abdullah al-Ahsan-“NATO’s Expansionist Policy: OIC Response and Challenges.”

Ucapan penutup telah disempurnakan oleh En. Ahmad Azam Abdul Rahman selaku Pengerusi Future Global Network Foundation. Tindakan seterusnya selepas seminar ini adalah merangka gerak kerja untuk berkempen tentang NATO dan polisi-polisinya di Asia. Seminar berakhir pada jam 10:40 malam.

Rujukan:

Perajurit, Mei 2009.

8 Mei 2009 (Jumaat)

Thursday, May 7, 2009

Pertahankan institusi ulama'

Akhir-akhir ini institusi ulamak sudah luntur dari segi penghormatan mereka didalam masyarakat. Banyak isu-isu yang di putuskan oleh ulamak sudah berani dicabar atau ditakwil oleh pelbagai pihak seperti isu fatwa, dimana ulamak yang dikenali sebagai mufti telah bersidang untuk memutuskan sesuatu perkara yang melibatkan keselamatan Aqidah umat Islam. Seperti isu fatwa mengharamkan rokok di Selangor dan fatwa mengharamkan gejala Pangkid dan meditasi Yoga.Kita boleh melihat masyarakat Islam Malaysia bermula daripada anak-anak muda, ahli-ahli professional hinggalah kepada golongan VIP ini sanggup membuat demonstrasi bantahan supaya fatwa itu ditarik balik. Begitulah cabaran golongan ulamak sekarang dalam menghadapi kejahilan masyarakat, lebih teruk lagi apa bila golongan VIP yang berpengaruh dengan isltana telah menghasut institusi raja-raja untuk campurtangan didalam urusan cendikiawan-cendikiawan Islam ini.

Kejahilan masyarakat kita ( Malaysia) ini sudah parah kerana kuatnya gelombang hidorisme ataupun serangan pemikiran melalui hiburan yang melampau menjadikan anak-anak muda sudah tidak mempedulikan ajaran agama hanya kerana Islam menentang hiburan yang melampau ini.

Perana Ulamak ini sangat penting didalam masyarakat Islam kerana mereka inilah yang akan mendaji tempat rujukan kepada orang ramai sebagaimana Sabda nabi : “Ulamak Pewaris Kenabian”. Ini bukan bermaksud ulamak adalah nabi kerana Nabi Muhammad Rasulullah adalah penutup dan penghulu segala kenabian. Tetapi ulamak inilah yang akan meneruskan dakwah baginda dalam mempertahankan dan juga menyebarkan Islam.

Batapa hormatnya para ulamak atau candikiawan ini, mereka dilarang untuk ikut serta didalam peperangan kerana takut lupusnya orang-orang yang arif didalam sesuatu bidang dan peperangan juga wajib untuk orang-orang muda yang masih sihat dan cergas, bukan menggunakan peluang muda untuk berhibur atau “Enjoy”.

Begitujuga apabila Rasulullah memberitahu tentang-tentang tanda-tanda Kiamat antaranya ialah kurangnya Ulamak. Ini bukan beerti pada masa itu tiada langsung ulamak, tetapi allah menganggkat ilmu-ilmu dan juga martabat seseorang ulamak itu hanya tinggal ulamak-ulamak yang jahil.

Oleh itu marilah kita tingkatkan kesedaran akan penghormatan terhadap ilmuan-ilmuan Islam ini dan juga sentiasa bekerjasama dengan ulamak-ulamak ini agar masayarakat Islam akan terus terpelihara daripada segala penyakit hati dan juga gejala sosial.

Wednesday, May 6, 2009

Selamat kembali ke UIAM

PKPIM UIAM mengucapkan Selamat datang kepada pelajar Tahun Pertama yang baru mendaftar semester pendek ini. Dan juga kami mengucapkan Selamat kembali ke UIAM kepada semua Mahasiswa UIAM yang mengambil semester pendek kali ini.
Semoga berjaya di dalam semester ini dalam pelajaran dengan keputusan yang cemerlang.
Dari
Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM)
Universiti Islam Antarabangsa Malaysia ( UIAM )

Thursday, April 2, 2009

Selamat menghadapi peperiksaan

Kami dari PKPIM UIAM mengucapkan Selamat menghadapi peperiksaan akhir semester kepada semua warga UIA. Semoga dipermudahkan menjawab soalan peperiksaan. Bertemu kita pada semester akan datang dengan wajah PKPIM yang baru.

Nantikan!!

Friday, March 27, 2009

UZLAH MAHABBAH DI BANGSAR

Hari ini berlangsungnya Uzlah Mahabbah antara pertubuhan pelajar Islam di Masjid Abu Bakar, Bangsar. Buat pertama kalinya wadah PKPIM, GAMIS, KARISMA dan TERAS Kampus berjaya dihimpunkan dalam satu majlis yang penting dan bermakna. Semua kepimpinan utama dijemput dan hadir dalam majlis ini. Tujuan majlis ini adalah untuk mengangkat martabat perjuangan generasi muda, yang bukan semudah membantah bak 'the young angry man', akan tetapi ada perancangan jangka panjang yang serius dan wacana yang membina pemikiran bersama.

Apabila bercakap mengenai perubahan atau Islah, apakah sebenarnya yang kita cari? Islah dalam ekonomi, mungkin kita memerlukan satu sistem perekonomian yang mapan dan mesra- Insan. Jika Islah dalam politik, tentu mahukan sistem tadbir- urus yang amanah dan baik. Islah dalam sosial, tentulah usaha amar makruf dan nahi mungkar. Pokoknya, semua bermula dari akal dan worldview kita.

Sebab itu bicara usaha perubahan atau Islah yang mahu kita buat harus menangani aspek pemikiran dahulu. Dalam konteks majlis malam ini, sebuah karya oleh Dr Majid Irsan Al Kilani telah menjadi the guiding ideas. Dr Farid Shahran telah mengupas dengan tuntas dan kemas akan idea penting ini.

Apa yang menarik buku ini ialah mengenai testimonial kejayaan Salahuddin merampas Baitul Maqdis bermula dengan pengaruh Imam Al Ghazali, yang hidup sebelum itu lagi. Imam Al Ghazali, Hujjatul Islam, telah membina satu kerangka pemikiran yang harmoni, berpandukan epistemologi ilmu yang jernih dari agama, melahirkan gagasan islah yang meresap pemikiran generasi selepas itu.

Hampir 2- 3 generasi selepas Al Ghazali, kemudian disambut oleh Sheikh Qadir Al Jailani, yang menubuhkan madrasah penting, yang melahirkan ramai alumni 'Ghazali School of Thought'. Kemudian mereka ini yang menduduki kerusi penting dalam pentadbiran negara, mufti agama, panglima tentera dan guru agama. Sheikh Nuruddin Al Zinki, khalifah yang ada ketika itu terkenal dengan sikap zuhud dan alimnya, telah membuka jalan kepada kelahiran Salahuddin Al Ayubi yang memimpin tentera umat Islam yang akhirnya berjaya merampas Baitul Maqdis.

Ramai yang mungkin melihat sosok Salahuddin dan Al Ghazali secara keperibadiannya, dan tidak nampak kaitan antara dua tokoh ini. Buku Dr Majid adalah testimonial yang relevan untuk kita kaji dan ambil iktibar. Testimonial ini dapat menyingkirkan sindrom menunggu 'hero' yang akan menyelamatkan umat Islam, tatkala diserang pelbagai penjuru hari ini. Apabila cara kesinambungan legasi Al Ghazali membina generasi Salahuddin dapat diambil iktibar, sebenarnya kita boleh terlibat sekali dalam proses islah tersebut, tidak semestinya menunggu dengan hampa siapa yang menyelamatkan umat Islam.

Majlis penting dan serius seperti ini dapat mengisi vacuum tatkala silang sengketa politik terus berleluasa. Kita berharap agar isu politik dapat diminimumkan demi kesejahteraan rakyat dan agenda besar negara. Hakikatnya politik adalah salah satu seni yang menarik, tetapi dalam konteks 'politik semasa', ramai yang semakin jelik, kerana terlalu banyak 'drama'nya. Akhirnya juga, jika landasan politik tidak berasaskan ilmu dan agama, maka sebenarnya politik yang ada dalam negara kita hari ini adalah islah yang tidak membantu secara produktif, akan tetapi semakin menghancurkan (fasad) semua.

Terima kasih juga diucapkan kepada sdr Dzulhairi (Presiden GAMIS), sdr Wan Faisal (Koordinator Teras Kampus) dan sdr Abdullah Omar (Presiden Karisma), termasuk semua kepimpinan utama organisasi pelajar Islam kerana menyokong usaha penting dan bermakna ini.Semoga sunnah yang baik ini dapat diteruskan oleh generasi mendatang.

Wednesday, March 25, 2009

VITA-MEAN MENGGEGAR UIAM!!!

video

Saturday, March 14, 2009

MAJLIS PENGAJIAN KITAB TURATH I'TIQAD ASWJ

MAJLIS PENGAJIAN KITAB TURATH I'TIQAD ASWJ

Anjuran

PERSATUAN KEBANGSAAN PELAJAR ISLAM MALAYSIA (PKPIM),

dengan kerjasama

JABATAN AGAMA ISLAM WILAYAH PERSEKUTUAN,

BHEP, MULTIMEDIA UNIVERSITY (MMU)

dan

INSTITUT LATIHAN ISLAM MALAYSIA (ILIM)

OBJEKTIF

* Menimbulkan kesedaran terhadap kepentingan aqidah dan iman di kalangan belia.
* Mendedahkan umat Islam mengenai kewajiban beramal dengan ilmu daripada ahli agama Islam yang faqih.
* Menghidupkan budaya bertalaqqi secara berkitab.
* Memberi kefahaman tentang konsep dan perlaksanaan nilai-nilai Islam.

TEMA

Menghidupkan Ruhaniah Berlandaskan Pemantapan Akidah.

TARIKH & TEMPAT

20 – 22 Mac 2009 / 23-25 Rabiulawal 1429H di Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM), Bangi, Selangor Darul Ehsan

TENAGA PENGAJAR

Al-Fadhil Ustaz Hj. Zamihan Mat Zin Al-Ghari

SASARAN

Seramai 150 orang yang terdiri dari:

* Ahli Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM)
* Pelajar MMU Melaka dan Cyberjaya
* Kakitangan MMU Melaka dan Cyberjaya
* Orang Awam yang mengikuti pengajian Kitab I’tiqod Ahlus Sunnah Wal Jamaah di Masjid MMU Melaka
* Pelajar IPTA dan IPTS di Lembah Kelang

MODUS OPERANDI

Sila rujuk jadual kursus yang dilampirkan.

Program diadakan selama 3 hari 2 malam. Mengikut kaedah pengajaran kulit ke kulit menggunkan Kitab I’tiqad Ahlussunnah Wal Jamaah; Kiyai Haji Siradjuddin Abbas. Terbitan PUSTAKA TARBIYYAH Jakarta.

(Talaqqi kitab/Pembentangan/Riadah Islami)

TENTATIF PROGRAM

Jumaat (20/03/2009)

5:00 petang : (Check-in) Pendaftaran & Makan Malam

7:00 malam : Solat Maghrib/ Tazkirah & Solat Isya’

9:00 malam : Majlis Perasmian

”Aqidah sebagai Teras Jatidiri Belia”

Oleh : Al-Fadhil Ustaz Mohd Luthfi Bin Bakar

Penolong Pengurus STAD, MMU Melaka

10:30 malam : Minum malam & Berehat

Sabtu (21/03/2009)

6:00 pagi : Solat Subuh & Tazkirah

7:30 pagi : Sarapan

8:30 pagi : Taklimat & Aluan oleh ;

Saudara Abd. Muntaqqim Bin Zulkifli

Timbalan Presiden PKPIM

9: 15 pagi : Slot 1 :

Syarah Kitab I’tiqod Ahlus Sunnah Wal Jamaah.

10:45 pagi : Minum pagi

11:00 pagi : Slot 2 :

Syarah Kitab I’tiqad Ahlus Sunnah Wal Jamaah.

12:30 tghari : Makan Tengahari & solat Zohor

2:00 petang : Slot 3 :

Syarah Kitab I’tiqad Ahlus Sunnah Wal Jamaah

4:00 petang : Minum petang & solat Asar

Perlawanan Bola Sepak Persahabatan antara Pilihan ILIM dan Pilihan MMU [Muslimin]

Perlawanan Bola Jaring Persahabatan antara Pilihan ILIM dan Pilihan MMU [Muslimat]

6:00 petang : Makan Malam

7:00 malam : Solat Maghrib & Kuliah/Tazkirah & solat Isya’

9:00 malam : Slot 4 :

Syarah Kitab I’tiqad Ahlus Sunnah Wal Jamaah

10:30 malam : Taklimat Bengkel & Pembahagian Kumpulan/Tugasan; [Kewajiban

Mempertahankan Akidah Melalui Kesatuan Ummah]

11:00 malam : Minum malam & Berehat

Ahad (22/03/2009)

4:00 pagi : Qiamullail

6:00 pagi : Solat Subuh /Tazkirah /Sarapan pagi

8:30 pagi : Slot 5 :

Syarah Kitab I’tiqad Ahlus Sunnah Wal Jamaah

10:30 pagi : Minum pagi

11:00 pagi : Slot 6 :

Syarah Kitab I’tiqad Ahlus Sunnah Wal Jamaah

12:00 tghari : Ulasan & Penutup oleh;

Saudara Mohd Hilmi B. Ramli

Presiden PKPIM

1:00 tghari : Makan Tengahari

2:00 petang : (Check-out)

SEMUA DIJEMPUT HADIR..............

Monday, March 9, 2009

Anti-PPSMI: Ombak Rakyat menghempas Persekitaran Masjid Negara






Kuala Lumpur,7 Mac (Sabtu)- kemuncak Gerakan Mansuhkan Ppsmi (GMP) yang ditunggu-tunggu menyaksikan ribuAN rakyat berhimpun dengan perasaan yang sugguh dukacita apabila Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) mengambil pendekatan berlambat-lambat dalam memutuskan keputusan dasar ppsmi yang sudah terbukti gagal.


Gelombang GMP diketuai oleh Datuk Dr. Hassan Ahmad, mantan Ketua Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka. GMP didokongi oleh individu persendirian, beberapa badan bukan kerajaan (NGO), dan parti politik. PKPIM mewakili suara keseluruhan mahasiswa bagi menentang dasar yang bakal menghancurkan bangsa, agama, dan Negara pada masa jangka panjang.


Setelah beberapa minggu berkempen dengan mengadakan ceramah, forum dan debat di beberapa negeri dan univeristi di Malaysia, rakyat Malaysia mula membuka mata dan minda akan bahaya ppsmi pada masa akan datang. Kemuncak kepada kesedaran itu, rakyat memanifestasikan kerisauan dan kekecewaan dengan menghadiri perhimpunan gergasi 100 ribu yang di anjurkan oleh GMP.


Rakyat mula membanjiri di Masjid Negara, Kompleks Beli-belah SOGO dan Pasar Seni seawal pagi kerana perarakan dijangka bermula pada jam 2 petang. Di Masjid Negara, suasana cukup membakar semangat walau hujan turun renyai-renyai. Laungan anti-ppsmi kedengaran tanpa henti dan bersambut-sambutan.


GMP dibenarkan berhimpun tetapi tidak dibenarkan berarak ke Istana Negara bagi menghantar memorandum bantahan dasar itu kepada Yang di-Pertuan Agong. Namun, semangat juang GMP dan rakyat jelata tidak mempedulikan segala bentuk halangan. Mereka terus melangkah demi kemaslahatan generasi akan datang.


Jalan raya menuju ke Istana Negara dihempas dengan ombak rakyat. Mereka mengiringi wakil-wakil GMP terutamnya Datuk Dr. Hassan Ahmad. Pelbagai peringkat umur membanjiri jalanan dengan tekad yang satu, iaitu memorandum itu selamat sampai kepada Yang di-Pertuan Agong dan ppsmi dimansuhkan.


Turut sama berarak ialah Sasterawan Negara, Datuk A.Samad Ismail yang berbaju melayu warna merah jambu dan bersamping. PKPIM begitu terharu dengan semangat yang ditunjukkan beliau. Walau sudah lanjut usia, tetapi semangat beliau ibarat pahlwan muda yang jarang-jarang ditemui di kalangan anak-anak muda hari ini.

Perarakan yang bermula aman menjadi kacau apabila pihak polis dan FRU mula melancarkan serangan pemedih mata bagi meleraikan orang ramai. Orang ramai bertempiran lari bagi mengelak serangan itu. PKPIM begitu kecewa dan membantah sekeras-kerasnya tindakan agresif pihak polis yang telah membahayakan sasterawan ulung Negara, Pak Samad dan orang ramai.


Setelah lebih 2 jam, rakyat akur dan berpatah kembali ke Masjid Negara. Tidak beberapa lama kemudian, PKPIM mengusung keranda 152 yang menjadi simbolik matinya bahasa melayu sebagai bahasa kebangsaan di Malaysia jika ppsmi diteruskan juga..


Peristiwa Keranda 152 ini pernah berlaku pada tahun 1967 apabila kerajaan pada waktu itu yang dipimpin oleh Perdana Menteri pertama, Tunku Abdul Rahman memperkenalkan undang-undang bahasa kebangsaaan 1967. undang-undang ini ditentang oleh pelbagai pihak kerana mereka berpendirian “ penerusan penggunaan bahasa Inggeris sebagai bahasa rasmi kan mengurangkan nilai ekonomi bahasa Melayu, dan melemahkan sikap serta kemahuan penduduk Negara untuk mempelajari dan menggunakan bahasa Melayu”.


Masjid Negara mula lengang dari orang ramai sekitar jam 6 petang. Pihak PKPIM dan GMP keseluruhannya berharap KPM akan membuat keputusan secepat mungkin bagi memansuhkan dasar ppsmi ini. Kami berpendapat, jika KPM dan kerajaan mahu terus relevan di mata masyarakat, adalah baik jika ppsmi ini dimansuhkan dan mengembalikan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar sains dan matematik. Antara lain, kami menuntut supaya kerajaan:

1. mendaulatkan Bahasa Kebangsaan,

2. selamatkan bahasa Ibunda dan

3. tingkatkan Pengajaran bahasa Inggeris di sekolah-sekolah.


Faridah bt. Mohd Tap

Aktivis PKPIM & GMP.



Cinta Pejuang (kepada bahasa ibunda)

(1)

Kata katakanlah ada dunia

Juga pada generasi yang akan tiba

Akan duka hati yang memerah cinta

Tiada dapat dianjak dialih hala

Nanti kan lahir sesal tiada guna

Sebab dosa yang lahir dari noda.

Janganlah ditangisi bukan nasib kerana celaka

Tuah dan Jebat matinya tiada meniggal baka

Apa yang hendak dimenungkan tak patut bermenung

Belati di tangan terlepas jatuh berganti anggur

Sumpah yang tekad janji dan ikrar berderai hancur

Hati yang pucat, jiwa yang sesat biar terkubur.

Kalaupun mati putih tulang mata terbuka

Kempunankan cinta sebab bisa racun dan tuba

Darah dan nanah berpadu mesra dan membusuk cinta

Tujuh keturunan disumpah seranah mengutuk sesal

Kerana jahil untuk beri tiada dikwal

Jiwa yang kosong budi dan diri kawan sebantal.

(2)

Jiak cinta membakar pada hasrat yang murni

Peduli apa pada umpat dan keji

Cabar dan galang sudah permainan anak pejuang

Untuk ibunda cinta kita tak pernah renggang

Hasrat yang satu tak kunjung padam marak menyala

Tabah dan cekal jadikan tangkal doa setia.

Sekali dalam dada bergegar hasrat tercinta

Padukan tenaga seluruh baka gerak raksasa

Padat dan semrak bersama gerak “Bahsa Jiwa Bangsa”

Terus subur limpah kurnia di tanah pusaka

SEKALI MERDEKA-TETAP BERJAYA.

Mokhtar Yasin

Melaka

28 Februari 1967.

Thursday, February 26, 2009

Mari bersama-sama ke Istana Negara

Hari Keluarga PKPIM UIAM

Anda semua dijemput ke:

Hari Keluarga PKPIM UIAM

Tarikh: 1 Mac 2009 ( Ahad )

Tempat: Female Sports Complex

Masa: 2.0o petang

Aktiviti: Explorace, BBQ

Bayaran: RM 3

Jika berminat, sila hubungi 013-2026151 (bro) dan 013-2508346 (sis). Sila bagi nama secepat yang mungkin untuk tempahan makanan. Ajak kawan ramai2. Kehadiran anda memeriahakn Hari Keluarga PKPIM UIAM.

Terima Kasih

Thursday, February 19, 2009

Wednesday, February 18, 2009

PPSMI: Satu lagi laporan polis terhadap kementerian




Satu lagi laporan polis dibuat terhadap Kementerian Pelajaran hari ini berhubung pelaksanaan dasar pengajaran dan pembelajaran sains dan matematik dalam bahasa Inggeris (PPSMI).

Kali ini, Persatuan Kebangsaan Pelaja