Wednesday, October 22, 2008

SRC? MPP?


Kenapa nak masuk Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) atau di UIAM ia lebih dikenali sebagai Students’ Representative Council (SRC)? Penulisan kali ini lebih menekankan objektif dan fungsi SRC. Ini juga didorong oleh pertemuan dengan bekas Penolong Dekan Kulliyyah Ilmu Wahyu dan Sains Kemanusiaan (IRKHS) pada tahun lepas atas urusan pemilihan calon SRC. Penolong Dekan disetiap kuliyyah adalah orang yang bertanggungjawab dengan urusan dan aktiviti pelajar di UIAM. Beliau mengatakan ramai yang bertanding dalam pilihan raya kampus tidak tahu apa objektif dan fungsi SRC itu sendiri. Erm, kalau nak tahu, soalan ini adalah salah satu soalan kegemaran yang wajib ditanya oleh para Dekan. Sebabnya, dari soalan ini, mereka boleh memilih calon yang sesuai dan selari dengan objektif dan fungsi SRC. Fungsi dan obe\jektif itu adalah seperti di bawah:

1- SRC bertanggungjawab menanam dan menyemai semangat ukhuwwah Islamiyyah dan kerjasama yang melangkaui semangat kebangsaan dikalangan para pelajar di bumi UIAM.

2- SRC juga bertanggungjawab untuk menolong pihak Universiti mencapai visi dan misi (IIICE).

3- SRC juga dikehendaki untuk menolong pihak Universiti untuk menyusun, mengarah dan memerhatikan (mengikut budi bicara Rektor), kemudahan-kemudahan serta kebajikan para pelajar.

4- SRC juga menjadi wakil rektor dalam urusan-urusan yang berkaitan dengan kebajikan para pelajar di UIAM.

5- SRC juga dikehendaki mewaikili sesiapa sahaja berdasarkan keputusan yang dibuat oleh Rektor dengan tujuan tertentu, selain dipilih untuk untuk mengambil alih program untuk para pelajar di dalam universiti.

6- SRC juga bertanggungjawab menjaga dan mempromosikan nama baik dan reputasi antarabangsa UIAM.

7- SRC juga perlu turut serta dalam program-program yang akan ditentukan oleh Majlis dari semasa ke semasa.

Sebagai kesimpulan, diharapkan sesiapa jua yang ingin menjadi calon dan berjaya mendapat tempat di dalam SRC, janganlah lupa objektif dan fungsi SRC di UIAM ini. Tak kira, atas tiket apa pun sekali anda bertanding, ingatlah! anda akan bersatu dan bekerjasama untuk berkhidmat kepada para pelajar di Taman Ilmu dan Budi. Sesungguhnya, para pelajar ini semua adalah mutiara yang harus dijaga sebaik mungkin. Kerana mereka, anda berada diatas. Jawatan bukan untuk dibangga-banggakan, tetapi untuk menjadi pekerja mereka. Buang segala perasaan ‘asabiyyah’ dan permusuhan untuk kesejahteraan para pelajar semua.

Di kesempatan ini, kami ingin mengucapkan selamat maju jaya kepada bakal-bakal calon SRC. Bertandinglah dengan adil dan penuh perasaan muhibbah. Jauhilah gejala rasuah dan fitnah-menfitnah yang merosakkan identiti pemimpin Islam.


Allahuakbar 3x!

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...