Thursday, February 5, 2009

Non Partisan: Satu Penjelasan



Dalam mencari jawapan kepada krisis umat yang berlaku, Prof Syed Naquib Al-Attas menjadikan krisis kekeliruan Ilmu sebagai faktor terbesar kepada permasalahan pokok ini. Maka, menurut beliau, penyelesaian menerusi pendekatan pendidikan dan bukan politik merupakan wadah terbaik untuk menyelamatkan umat dari terus dirundung kehinaan. 

Lantaran, ia harus dimulai dengan pembentukan idealisme dan perubahan cara berfikir masyarakat Islam secara menyeluruh tanpa dibatasi fahaman politik. Dalam pada itu, ia juga memerlukan kredibiliti ilmu, sikap agresif dan iltizam penggerak risalah nubuwwah yang sentiasa dekat dengan denyut nadi umat sepertimana yang dirumuskan oleh Malik Bennabi sebagai quwwatu ruh wa ‘aql. 

Atas dasar ketidakterikatan dengan sesebuah fahaman yang tertutup, revolusi Islam yang dibawa Dr Ali Syariati menerusi gagasan “Rausyan Fikr” berjaya menarik sokongan bukan sahaja mereka yang berfahaman Islamis, tetapi juga sekularis, liberalis, dan sosialis. Berbeza dengan senario kita hari ini, atas dasar kemujudan partisan yang dibawa oleh sebahagian gerakan Islam dalam kampus menjadi faktor utama kelembapan gelombang ledakan ‘ubudiah pada era kini di kalangan generasi muda. Kesannya, generasi muda hari ini hanya didoktrin dengan idea-idea partisan politik yang terkongkong sehingga tidak lagi mampu berfikir merentasi sempadan politik. Akhirnya, golongan ini melihat aktivis Islam sebagai golongan pendokong kepada kepentingan sesebuah fahaman politik semata-mata. 

Maka, bagi PKPIM, sudah tiba masanya untuk kita melihat masyarakat menerusi kaca mata dakwah dan bukan politik. Apabila kaca mata dakwah digunakan, kita akan menganggap seluruh pihak sebagai rakan dan mad’u. Tetapi, jika kita menggunakan kaca mata politik, kita akan menganggap golongan yang tidak bersama kita sebagai musuh yang wajib diperangi. 

Pengelasan individu menerusi ideologi politik seperti yang dinyatakan telah membina tembok penghalang kita untuk sampai ke mad’u. Maka, jambatan hubungan dengan umat tanpa dibatasi dengan diskriminasi politik atau partisan kepada sesebuah parti politik harus dibina. Sementara itu, budaya “menghukum” seperti melabelkan mereka yang tidak sehaluan dengan kita sebagai tidak Islamis seharusnya diganti dengan budaya “mendidik”. 

Dalam konteks Pilihan raya kampus sendiri, PKPIM mengambil pendirian wasatiah dan berlapang dada dengan seluruh pihak tanpa dikongkong oleh doktrin mana-mana parti politik. Begitu juga dalam setiap tindakan yang diambil, PKPIM sentiasa berpegang kepada paksi kebenaran dan keadilan tanpa keterikatan dengan mana-mana ideologi politik. 

Atas dasar “non partisan” yang diambil, PKPIM tidak pernah mewajibkan penggeraknya untuk berpegang kepada mana-mana wadah politik sebagai manhaj pembawakan Islam. Apa yang penting matlamat Islah wa Tajdid itu sentiasa menjadi prinsip yang tegar dalam perjuangan. Lantaran dari sikap tasamuh yang diambil, PKPIM punyai ramai tokoh yang dicorak melalui kerangka PKPIM dan Abim sendiri sama ada di dalam UMNO, PKR, mahupun Pas. Sebagai contoh, di dalam PKR, Dato’ Seri Anwar Ibrahim dan Mustaffa Kamil Ayub sendiri merupakan bekas Presiden PKPIM ketika di kampus selain Shamsul Iskandar Mat Akin. Begitu juga di dalam Pas yang terdiri dari Almarhum Ustaz Fadzil Nor, Tuan Guru Abdul Hadi Awang, Dato Kamarudin Jaffar dan ramai lagi. Dalam pada itu, tokoh PKPIM yang cenderung kepada UMNO juga tidak kurang ramainya seperti Dato Saifuddin Abdullah, Dato Ahmad Shabery Cheek, Dato Kamarudin Mohd Nor dan sebagainya.

Faisal Abdul Aziz
Naib Presiden Antarabangsa 
Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia

3 comments:

Anonymous said...

salam'alaykum..

fahamilah Islam yg benar2 Islam..Islam merangkumi segalanya dalam hidup kita termasuklah berpolitik dan lain2..

benarkah PKPIM berpegang teguh pada ajaran Islam yg sebenar, sedangkan antum sendiri buat program yg terlalu bebas pergaulan antara ikhwah dan akhawat?


tinta_egypt@yahoo.com

Anonymous said...

kepada saudara/saudari tinta egypt, trima kasih atas ihtimam anda (susah nk pastikan akh au ukht)
disebabkan islam itu adalah indah bukan milik kita semua, dan brgkali tguran anda perlu kami ambil dan perbaiki..apapun, ingatlah, hdayah hak milik Allah, dan Islam adalah untuk semua musli waima dia alim, tsiqoh atau pun sosial..
samapi ble sesetgh dari gerakan islam berada dlm klompok mereka dan mmandang sinis pada orang lain? dan siapa yg patutnya btaggungjawab kepada sauada islam lain kalau bukan kita..Allah tidak memandang pada tubuh dan rupa, ttapi pada hati.sedangkan nabi berakhlak baik dngn orang bukan islam, adakah pkpim tidak islamis hanya kerana bgaul dgn orang yg tidak semulia anda? fikir2 kan...

Anonymous said...

Salam. Perbanyakkan bacaan anda tentang muamalah dalam Islam. Setiap tutur kata dan perbuatan perlu ada hikmah di dalamnya. Insya allah akan dirahmati Allah swt. Musuh yang paling kejam ada di depan kita. Sedang membuat perancangan dan melaksanakan perancangannya. Adakah kita sudah merancang melawan kembali? Atau adakah kita hanya bersemangatan dan tiada kesudahannya? Bersama kita berganding bahu melawan musuh yang satu.

Hidup Islam!

Takbir!!!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...