Saturday, February 9, 2013

Selamat Datang dan Kembali ke Taman Ilmu dan Budi


Selamat Datang dan Selamat Pulang






Assalamualaikumwarahmatullahiwabarakatuh

Segala puji bagi Allah, selawat dan salam ke atas junjungan besar Baginda Nabi Muhammad s.a.w, keluarganya dan sahabat-sahabatnya.

Pertamanya, kami ingin mengucapkan selamat kembali ke universiti kepada mahasiswa dan mahasiswi. Juga diucapkan selamat datang, ahlan wa sahlan kepada adik-adik tahun baru ke taman ilmu dan budi ini. Diharap anda sentiasa tabah dalam mengharungi cabaran di universiti. Timba ilmu sebanyak mungkin dengan kelas ilmu yang banyak di persekitaran kita ini.

Di kesempatan ini juga, kami di pihak momentumuiam ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada sahabat-sahabat PKPIM yang banyak membantu dan memberi kerja sama dalam membangunkan dan menceriakan kembali semangat penulisan di blog ini.InsyaAllah kami kan cuba untuk tampil berbicara mengenai isu-isu semasa, hal ehwal pelajar dan sebagainya pada masa akan datang.

Semoga kita melangkah ke semester baru ini dengan azam yang kuat untuk berjaya bukan sahaja dalam bidang akademik malah semua sekali meliputi keperluan di dunia dan di akhirat.  Kejayaan dalam setiap perkara yang dilakukan adalah amat penting sekali.  Kita mesti dan perlu berjaya. InsyaAllah dengan usaha yang gigih, doa yang ikhlas serta tawakal yang yakin kepada Allah swt, kita akan berjaya.

Maka, janganlah kita persiakan peluang yang ada. Jangan kita hampakan harapan ibubapa, keluarga, kita. Ikhlaskan hati. InsyaAllah, Allah swt akan bantu kita.




jemputan ke program pertama Diskusi MASSA(Survival) 
Tajuk : Pemuda Khafi
Hari : Jumaat 
Masa : 9 malam 
Tempat : HS LR 20 

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...