Saturday, July 19, 2008

Fitnah yang Mengelirukan

Rakyat Malaysia dikejutkan sekali lagi dengan kes liwat Dato’ Seri Anwar Ibrahim untuk kali yang kedua. Langsung kes ini telah menyebabkan luka lama berdarah kembali. Pertuduhan telah di buat oleh seorang remaja lelaki bernama Saiful Bukhari Azlan, 23. Pertuduhan salah laku seksual itu walau bagaimanapun telah dinafi dengan sekeras-kerasnya oleh Anwar Ibrahim yang beliau sifatkan sebagai fitnah jahat untuk menjatuhkan maruah dan kerjaya politik beliau sekali lagi. Pelbagai kontroversi telah wujud bersama-sama dengan isu ini yang menjadikannya semakin kompleks. Yang nyata, rakyat Malaysia menjadi sangat keliru. Persoalannya, siapa di pihak yang benar?

Kes liwat Anwar Ibrahim ini telah mendapat liputan luas kerana beliau merupakn antara pemimpin yang berpengaruh yang sedang berusaha untuk mengembalikan maruah beliau yang telah tercalar suatu ketika dahulu dengan kes yang sama. Kenapa isu ini muncul secara tiba-tiba di kala beliau hampir berada di ambang kejayaan perjuangan politik beliau? Adakah ini merupakan strategi politik keji untuk menjatuhkan beliau? Adakah kes liwat ini benar-benar wujud atau rekaan semata-mata? Terlalu banyak persoalan yang mengelirukan untuk mendapatkan sebuah kebenaran yang berpunca daripada FITNAH yang berleluasa. Sesungguhnya, kes ini telah membuka pekung pemimpin-pemimpin Negara yang mengamalkan fitnah dalam permainan politik mereka. Bagaimana rakyat ingin meletakkan sepenuh kepercayaan pada para pemimpin selepas apa yang berlaku. Fikir-fikirkanlah! Mengapa kami disajikan dengan perkara yang tidak bermoral ini? Apa yang kami mahukan adalah pembangunan modal insan yang berjiwa rabbaniy, pembangunan ekonomi, pendidikan dan pelbagai lagi yang menjadi hak kami sebagai rakyat Malaysia.

Fitnah menyebabkan berlakunya perpecahan dalam masyarakat. Pentadbiran Negara menjadi huru-hara, malah sebuah tamadun bangsa boleh runtuh dalam sekelip mata. Di sebabkan implikasi fitnah yang sangat buruk, Islam telah melarang dengan sekeras-kerasnya perbuatan fitnah ini dan di kategorikan sebagai salah- satu dosa besar. Allah berfirman dalam surah Al-Baqarah:191 dan 217 yang bermaksud; “ …Dan fitnah itu lebih besar bahayanya daripada pembunuhan.” Namun, larangan ini tidak di endahkan oleh orang Islam khususnya. Natijahnya, fitnah berleluasa sehingga boleh menyebabkan pihak yang benar di anggap salah, dan salah di anggap benar. Rakyat yang tidak tahu apa-apa juga secara tidak langsung terjebak dalam kancah fitnah ini. Mata yang celik bagaimanapun buta kepada kebenaran.

Justeru, dalam isu liwat ini, kami PKPIM- UIAM menggesa agar siasatan terhadap kes ini di jalankan dengan seadil-adilnya. Kami juga berharap agar rakyat Malaysia bertenang dalam menghadapi kemelut fitnah ini dan jangan terlalu mengikut emosi dalam melakukan pertimbangan siapa yang benar dan siapa yang salah kerana kesannya kepada diri, agama, bangsa dan Negara sangat dahsyat. Sesungguhnya, Allah sentiasa di pihak yang benar. Wallahu’alam.

Biro Tugas-Tugas Khas

PKPIM-UIAM 08/09

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...