Wednesday, September 28, 2011

Malam Iftitah Perjuangan




Alhamdulillah pada 19 September 2011 (Isnin) yang lepas, PKPIM Cawangan UIAM Gombak sekali lagi telah mengadakan program iaitu Malam Iftitah Perjuangan dan Majlis Jamuan Hari Raya di bangunan Engineering (Collaseum). Objektif majlis ini diadakan adalah untuk memperkenalkan PKPIM dan Majlis Perhubungan Badan Formal ( MPBF ) yang ada di UIAM Gombak kepada ahli-ahli baru. Taklimat akademik bagi pelajar-pelajar baru juga diadakan bagi memudahkan pemahaman mereka dengan sistem UIAM dalam menguruskan jadual pembelajaran masing-masing. Memandangkan bulan Syawal belum meninggalkan kita, pihak PKPIM UIAM Gombak bercadang untuk menggabungkan program ini dengan Majlis Jamuan Hari Raya.

Majlis dimulakan dengan pendaftaran ahli, ucapan aluan dan bacaan doa bagi memberkati majlis. Kemudian, Malam Iftitah Perjuangan & Majlis Jamuan Hari Raya ini diteruskan lagi dengan ucapan pengarah program, saudara Mohd Nooramin Rahmat, Amir PKPIM Uiam Gombak, saudara Khairul Anuar Manap dan Presiden Pkpim, saudara Khairul Fahmi. Majlis ini diteruskan lagi dengan penerangan kepada ahli-ahli baru tentang badan formal atau persatuan yang ada di Uiam Gombak ini.
Sebelum Jamuan Hari Raya dimulakan, tetamu dan ahli-ahli yang hadir disajikan dengan tayangan video pimpinan PKPIM Uiam Gombak bagi sesi 2011/2012.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...