Wednesday, September 28, 2011

Malam Tautan Anak Negeri 2011




Pada 15 September 2011, PKPIM Cawangan UIAM Gombak telah mengadakan Malam Tautan Anak Negeri. Tujuan program ini diadakan adalah untuk mengkader keahlian baru dan memperkenalkan PKPIM, ABIM dan WADAH pada ahli-ahli baru. Selain itu, PKPIM UIAM ingin merapatkan diri pada ahli yang sudah terdedah pada PKPIM lepasan pusat asasi mahupun yang lain dengan memperkukuhkan ikatan ukhuwah dalam gerakan jemaah bersama pimpinan-pimpinan BGN dan seterusnya menjemput ahli-ahli ke program-program yang akan datang.

Program ini berlangsung pada pukul 9 malam hingga 11 malam di bangunan EDU UIAM. Sebanyak 9 buah kelas telah dibahagikan mengikut anak negeri masing-masing iaitu Kesatuan Pelajar Islam Johor (KPIJ), Persatuan Pelajar Islam Selangor (PEPIAS), Persatuan Pelajar Islam Wilayah Persekutuan (PPIWP), Kesatuan Pelajar Islam Perak (KPIP), Ikatan Pelajar Islam Pahang (IKATAN), Persatuan Pelajar Islam Kelantan (PPIK), Sarawak (PERKEPIS), Persatuan Pelajar Islam Melaka (PEPIM) dan Persatuan Pelajar Islam Negeri Sembilan(PPINS).

Antara aktiviti yang dijalankan sepanjang program ini ialah sesi suai kenal (taaruf) antara ahli-ahli lama dan baru secara bermodul, ucapan oleh YDP BGN kampus, ucapan YDP pusat, penerangan tentang Badan Gabungan Negeri ( BGN ), tayangan video dan sedikit jamuan. Terdapat juga anak negeri yang mengambil peluang untuk mengadakan jamuan raya contohnya seperti KPIP, KPIJ, PPIWP dan PEPIAS.

Alhamdulillah, program Malam Tautan Anak Negeri ini berakhir dengan jayanya.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...