Saturday, June 25, 2011

Orang terakhir masuk syurga

Bismillahrahmanirrahim

Dalam kitab Sahih Muslim, dalam sebuah hadis riwayat Ibn Mas'ud terdapat sebuah kisah menarik tentang orang yang terakhir masuk syurga dan percakapannya dengan Allah Azza wa Jalla. Kisah ini membuat Rasulullah SAW tersenyum.
Sahabat Ibnu Mas'ud bercerita, " Sesungguhnya Rasulullah SAW bersabda, ' Orang yang terakhir sekali masuk syurga adalah seorang lelaki. Sekali dia berjalan bertatih-tatih. Sekali dia merangkak, dan sekali terkena jilatan api neraka.
Begitulah lelaki itu dapat melepasi neraka, dia menoleh melihat neraka dan berkata, " Maha suci Allah, Zat yang telah menyelamatkan aku darimu." Allah telah memberikan sesuatu yang belum pernah diberikan kepada orang terdahulu dan orang yang akan datang. Lalu, diangkat dan ditumbuhkan sepohon pokok untuknya.
Apabila melihat pokok itu, lelaki tersebut terus berkata, " Ya Rabbi! Wahai Tuhanku! Dekatkanlah diriku pada poko itu. Aku ingin berteduh dibawahnya dan meminum airnya."
Allah Azza Wa Jalla berfirman, 'Wahai Bani Adam! Jangan-jangan jika aku kabulkan kau akan meminta yang lainnya. Dengan cepat lelaki itu menjawab; "Tidak, Tuhanku!"
Lelaki itu pun berteduh di bawahnya dan meminum airnya. Kemudian diangkat dan ditumbuhkan lagi sepohon pokok yang lebih baik untuknya.
Apabila melihat pokok yang lebih baik, lelaki itu berkata, "Ya Rabbi, wahai Tuhanku! Dekatkanlah diriku pada pokok itu. Aku ingin berteduh di bawahnya dan meminum airnya. Aku tidak akan meminta yang lainnya."
Allah Azza Wa Jalla berfirman, ' Wahai Bani Adam! Bukankan tadi telah berjanji tidak akan meminta yang lain? Jangan-jangan jika aku dekatkan kau dengan pokok itu kau akan meminta yang lainnya.'
Lelaki itu berjanji kepada Tuhan bahawa dia tidak akan meminta yang lain. Tuhan pun memaafkan dan memakluminya kera Tuhan Maha Pengasih. Lalu, Tuhan mendekatkan lelaki itu pada pokok yang lebih baik.
Lelaki itu pun berteduh di bawahnya dan meminum airnya. Kemudian diangkat dan ditumbuhkan lagi sepohon pokok yang jauh lebih baik untuknya dari dua pokok sebelumnya.
Melihat pokok itu dekat dengan pintu syurga lelaki itu berkata, ' Ya Rabbi, wahai Tuhanku! Dekatkanlah aku pada pokok itu. Aku ingin berteduh dibawahnya dan meminum airnya. Aku tidak akan meminta yang lainnya.'
Allah Azza Wa Jalla berkata, " Wahai Bani Adam! Bukankah kau tadi telah berjanji tidak akan meminta yang lain lagi?"
Lelaki itu menjawab, " Benar! Tetapi kali ini aku benar-benar tidak akan meminta yang lainnya."
Tuhan pun memaafkan dan memaklumkan padanya. Kerana Tuhan Maha Pengasih, Dia pun mendekatkan lelaki itu pada pokok berhampiran pintu syurga.
Setelah berada berhampiran pokok itu. Lelaki itu mendengar suara kebahagiaan para penghuni syurga. Dia pun memohon kepada Tuhan, 'Ya Rabbi, wahai Tuhanku! Masukkanlah aku ke dalamnya.'
Allah Azza Wa Jalla berfirman, 'Wahai Bani Adam! Apakah yang mesti membuatku mendengarkanmu? Apakah kau mahu aku berikan dunia dan sekaliannya?'
Lelaki itu menjawab, "Tuhanku, adakah Engkau mengejekku? Padahal, Engkau adalah Tuhan Pemilik Semesta?"
Sampai di sini, Ibnu Mas'ud, sahabat Nabi yang meriwayatkan kisah ini, tersenyum dan berkata kepada orang-orang yang mendengar di sekelilingnya.
"Apakah kamu tidak ingin bertanya, mengapa aku tersenyum?"
Orang-orang itu lantas bertanya, "Mengapakah kau tersenyum?"
Ibn Mas'ud menjawab, "Beginilah Rasulullah SAW tersenyum."
"Rasulullah tersenyum kerana Allah, Tuhan seru sekalian alam, tersenyum ketika lelaki itu berkata, ' Adakah Engkau mengejekku? Padahal Engkau adalah Tuhan Pemilik alam semesta?" jawab Ibnu Mas'ud.
Lalu, Allah menjawab, "Aku tidak mengejekmu kamu. Tetapi Aku Maha Kuasa atas segala sesuatu."
Begitulah akhirnya, lelaki itu dimasukkan ke dalam syurga atas belas kasihan dan rahmat Allah SWT, setelah melalui proses yang amat panjang.
Meskipun merangkak, lelaki beriman yang terakhir masuk syurga itu jauh lebih beruntung daripada orang-orang yang tak beriman dan beragama Islam.
Orang-orang kafir kekal selamanya di dalam negara.
"Ya Allah! Masukkanlah kami, umat Nabimu Muhammad SAW ke dalam syurga-Mu, dan selamatkan kami dari api neraka.

*dipetik dari buku Ketika Cinta Berbuah Syurga karangan Habiburrahman El Shirazy

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...